Peperiksaan UPSR dan PMR ingin dimansuhkan?

Posted by sazali

Salam. Sebagai seorang bapa saya kurang bersetuju kerana:

1) gaji semua guru di SRK, SK, SMK, dan macam-macam jenis sekolah di Malaysia ni sudahpun tinggi dan selalu menikmati kenaikan gaji yang lumayan dari tahun ke tahun.(check papers B.Harian dari tahun 1995 - 2010). Tengok berapa kalikah gaji guru-guru dan kaki tangan kerajaan naik. Dashat - ada yang telah mengalahkan gaji seorang engineer di industri dan berbagai bagai profession yg bergelar profesional. Dengan sistem pendidikan yang berkesudahan dengan 'tanpa peperiksaan' ini saya rasa tepat. Bagusnya jika gaji naik maka kualiti dan kuantiti kerja pun naik seiringan. Barulah rakyat jelata yang lain tidak merasakan apa-apa cemburu.

2) semua orang ada target. Contohnya tiap-tiap hari kita sebagai ayah ..akan berpesan kepada anak di luar pagar sekolah .. " belajar betul-betul sayaang .. score exam tau!" . So tanpa exam ..saya rasa bapa tidak perlu pesan apa-apa lagi. Bukan kah ini satu benda yang gila? Bapa berpesan kepada anak supaya skor di dalam exam kerana kita bukan orang kaya. Tok nenek kita bukan raja-raja, sultan-sultan yang memiliki banyak tanah termasuk jugalah kuncu-kuncu kita ( orang-orang FELDA) yang tiba-tiba ada tanah tetapi sayangnya generasi kedua dan ketiga mereka lebih berminat merempit dari menyabit hasil sawit mereka. Teringat saya "..Hanya keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja lah yang dapat mengubah nasib hidup kita dari kalangan orang-orang Melayu yang susah". ( Tun Razak, 1972)

3) pendidikan tanpa assessment/pengukuran. Kita nak ukur sejauhmana anak kita faham matematik topik theorem pathagoras contohnya. Jadi cara nak tahu kefahaman anak kita adalah melalui QUIZ, UjIAN dan Peperiksaan Akhir Tahun seperti PMR lah. Tak kan kita nak bawak dia dan akawan-kawan dia try ..formula itu di depan satu parit tali air di Sungai Besar, Selangor dan kita uji semua rumus theorem tersebut di tempat yang bahaya ini. Silap-silap tergelicir budak ini di tali air dan mati lemas just because .. Malaysia dah tak ada exam dah PMR dan UPSR. Depa pi sekolah suka-suka jer. Di sekolah kita tak nak - Guru pandang-pandang kat anak kita dan anak kita pandang guru-guru mereka. Bayangkan sebuah sekolah menengah yang populasi guru adalah 80% guru wanita yang berumur kurang dari 35 tahun ke bawah. Sure anak cerita kat kita bapa dan ibu di rumah .. ada lagi cikgu yang cuti bersalin bah .. Argh! Payah kita nak jawab soalan Biologi ini. What a scenario will that be like in the coming years 2012 to the year 2015?

4) Saya merasa Pak Menteri Pendidikan akan akur dengan kehendak guru-guru ini kerana .. undi pilihan raya sangat besar dari warga guru. Mengikut statistik terdapat 800000 guru bauat masa ini. Bayangkan. Jika guru gembira dan mereka memangkah BN .. sudah tentu Pak Menteri pak Menteri BN akan merasa .. dunia ini ana yang punya. He..he.. Baru-baru ini Pak Menteri dah akur dah .. PPSMI mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris. Disebabkan guru-guru matematik ramai yang tak fasih berbahasa inggeris bila mengajar matematik..maka program PPSMI ditukarkan kepada .. matematik dalam bahasa ibunda pula. Tengok lah kelam kabut kita ..sebagai seorang ayah .. banyak dah modal kita kat rumah beli kamus/ tape Linguaphone / hantar tuisyen dengan guru India Serani belajar bahasa Inggeris/ supaya anak-anak mampu mengikut pelajaran matematik sains dalam bahasa inggeris ..tiba-tiba .. semua pelaburan itu .. terbuang begitu sahaja. Dengar khabar untuk PPSMI sahaja kerajaan sudah berbelanja lebih dari 1 billion RM dah. Ohhsss.. dashat ..now schooling tanpa exam pulak! Ajaib?

5) Sekolah Asrama Penuh dan MRSM kita nak isi pelajar bagaimana pulak? Adakah melalui 'crony dan cronism' sahajakah? Atau pendidikan UPSR dan PMR akan menjadi internal school assessment sahajakah? Penat guru-guru kita nanti. Jika pendidikan kita buat tanpa UPSR dan PMR ..saya rasa banyak pelaburan kerajaan dan rakyat membina SMS dan MRSM .. terbuang begitu sahaja. Dan besar kemungkinan ramai guru-guru SMS dan MRSM akan mula berhijrah pulang mengajar ke kampung halaman mereka masing-masing. Hilang sudahlah rasa seronok dan glamur mengajar SMS dan MRSM lagi. Bagaimana pula MCKK, STAR, RMC, TKC dan STF? besar kemungkinan nama-nama sekolah ini hilang kehebatan mereka dek makan usia dan zaman yang terus berlalu.

Itu sahaja lah ..coretan saya pada hari jumaat ini. Insyalalh bila ada waktu yg lapang lagi saya akan menulis lebih mendalam lagi side effect/impak , analisa bagi tiap-tiap perkara di atas. Harap maklum, ini adalah penulisan dari se orang ayah bapa kepada 6 orang anak dan bapa saudara kepada 50 orang pelajar-pelajar yang kini berada di SK-SK. Saya tidak bersetuju sangat sekolah tanpa UPSR dan PMR ini. Tempoh ujian dari darjah enam ke tingkatan 5 akan menjadi terlalu lama. Mood budak-budak pintar akan hilang dan terus luntur untu mencapai kecemerlangannya. Bagus sangat jika mereka diuji dan dididik dengan baik dan akhlak dan berhimah tinggi di dalam payung ajaran islam yang murni. Wallahu alam.

Sekian. wasallam. Renunglah nasib anak-anak kita ini.

0 comments:

Post a Comment