Berhati hatilah ..

Posted by sazali

Salam

Sembahyang teraweeh ..  satu solat peringkat 'sunnat' sahaja.  Boleh dibuat 8 atau 20 rakaat di ikuti dengan solat witir 1 atau 3 rakaat.  Di masjid begitulah amalannnnya.  Sunnat ini ..jika dibuat bagus , tak buat ..rugi sangat-sangatlah kerana  .. amalan ini setahun sekali jer.  Mengikut satu hadith, solat sunnat pada bulan ramadhan ..pahalanya transformed kepada pahala 'mengerjakan solat fardhu' di lain lain bulan.


Tetapi .. solat subuh .. hukumnya fardhu/ wajib.  Wajib didirikan solat subuh.  Tak buat berdosa besar.  Tiang agama terletak dalam solat 5 waktu.  Orang tak sempurnakan solat fardhu (wajib) dianggap meruntuhkan agama.  Bila agama runtuh ,  habis rosaklah manusia mukmin/ mukminah.  Satu solat fardhu dalam bulan puasa ..diangkat oleh malaikat supaya diberi ganjaran 70 kali ganda pahala menunaikan solat fardhu di lain-lain bulan.  Beruntung besarlah orang buat solat fardhu di masjid berjamaah.  Ingat tak formula 1 kali solat fardhu berjamaah adalah 27 kali ganda ganjarannya dari solat bersendirian depan TV, ASTRO, padang bola waktu world cup Braziil 0 - Germany 7 atau tepi - tepi meja opis kalian.   Itu formula for novice.  Kalau di waktu bulan Ramadhan , sembahyang solat berjamaah .. ganjaran nya cukup fenomenal.  Ajaib?

2)  Mengikut pemerhatian saya, ramai orang kita bersungguh-sungguh bila bersolat teraweeh.  Mereka secara senyum dan seronok  membawa nenek, atuk, anak-anak dan cucu ke masjid.  Cukup meriah sekali macam satu pesta sahaja.  Bila ini berlaku, masjid penuh sesak dengan makmum di dewan lelaki dan dewan perempuan.  Parkir pun susah.  Baguslah.

Tetapi waktu subuh .. tak ramai pulak atuk, nenek, abah yang datang bersolat ke masjid. Mungkin ...penat kot.  Orang perempuan terutamanya .. mesti terasa penat ..menyediakan sahur ..pada jam 0430 - 0530 pagi.  Syukurlah .. jika suami memuji kualitas perkhidmatan ibu itu.  Tapi yang bagus , waktu sahur ..pakailah pakaian itu dengan sopan jgn kain pakai .. the 'top' tak ada pulak.  Ok ker?

Ada pasangan muslikm/muslimat tidak bersahur jam 0430 - 0530 pagi ini .. mereka dah bersahur jam 1200 - 100 pagi lagi ... ada itu bersahur di hadapan TV, ASTRO bersaksikan Junk Food and ada di dapur.  Baguslah itu.  Yang penting semua berehhhhs.

3)  Mengikut pemerhatian saya juga, ..ada orang tidur selepas subuh.  Jam 0730 pagi .. mereka akan bergegas gegas ke opis, sekolah dan destinassi tertentu.  Kumpulan ini sangatlah bahaya.  Beberapa kawan karib saya sudah berubah alam (alam kubur)  .. bila mereka terlibat dalam nahas jalan raya .. kerana bila memandu kenderaan dalam keadaan mengantuk, 50% terjaga, memandu dlm keadaan tergesa gesa ..ini mengundang satu bahaya bukan sahaja pada diri kita tetapi orang orang lain di atas jalan raya tersebut.

Jika kita melanggar dan mematikan 'ayah /ibu' orang yg merupakan sumber rezeki utama sesebuah keluarga .. apakah hukumnya dengan tindakan kita itu?

Di sini, saya mengajak diri saya dahulu ..musim puasa ini ..kita buat amalan biar ikut otak/ fikiran yang baik .. jgn terikut ikut dengan orang lain kerana ada orang itu kan ... bila bekerja sendiri ..waktu opisnya boleh dibukak pada jam 200 petang dan terus tutop jam 0800 mlm sedangkan kita warga kerja .. tidak begitu bukan?  trafik jam pun dah 4 jam pergi dan balik.

Oleh itu .. berfikir waraslah wahai satria pertiwi.

Rancang tenaga kita baik baik.  70% di tempat kerja , 20% teraweeh dan 10% pandai pandailah menjaga diri kita ini. Sebenarnya ..tubuh badan kita ini adalah mesin paling mahal diciptakan oleh Allah Taala.  Lebih mahal dari BMW, MERZ dan Volks put al together.  Jika tercabut 2 biji mata kita atas jalanraya .. di Parit Raja Johor .. tak ada warung di Pesta Ramadhan sama ada di Batu Pahat atau Parit Raja City Centre yang ada menjual ..biji biji mata kita itu sebagai pengganti. Atau mu rasor guanor?

So ..buat amalan ini ..biar cerdik sakanlah.  Jangan terburu buru macam badak sumbu.
Orang yg baru khawin ... saya nasihatkan .. berhati hati meniti jambatan bahagia ini.  Nanti tergelecoh .. payah adik wehhhh..  3 bulan puasa terus menerus .. laratkah?  Penulis blog ini surrrender awal awal lagi nok puasa ganti ini.  Mematikan diri jer?

Sekian.  Selamat Menjalankan Ibadat Puasa dengan sebaik baiknya.  Baca Al Quraan ..biar member dengar bacaan mu itu ..ada bagus atau ..mcm mualaf jer yg sedang membaca.  Ambik faedah bila ada kawan kawan dgn kita. Depa beristeri ustazah KIK tau?

Wasallam

0 comments:

Post a Comment