Untung kau ..

Posted by sazali

Salam

Untung kau ada laki ..

untung kau ada bini ...

untung kau ada kerja ..

untung kau ada saham ..

untung kau ada assset (itu ini) walaupun masih muda ...

dan macam macam lagi untung ..dengan manusia ini.

He..he..he..

2)  Tapi keuntungan paling besar di sisi Allah ialah ..   kita adalah  umat Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan ugama islam , hidup kita terpandu atau terarah.

Kita ada arah ..dengan tujuan hidup kita.

Tanpa arah ..  kapal terbang sebesar Boeing 777 pun boleh hilang dari radar di pusat kawalan MAS.

Tanpa panduan hidup yg hakiki ..kita akan jatuh ke tahap binatang yg buas.

3)  Contoh:  kita manusia dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.

Ada masa itu ..kita ucapkan Happy Mother's day/  ada masa kita ucapkan ..Happy Father's Day.  Dan ada masa itu kita tidak lokek mengucapkan ..Happy Birthday Darling semasa di dapur serba lengkap dan mewah.

Ini semua boleh berlaku secara semula jadi jika kita ada ..itu sayang.

Tapi kebelakangan ini , kita lihat ada ayah dan ibu sanggup membunuh anaknya ..hidup hidup.

Ada ada anak dengan senapang yg baru dibeli dari internet (USA) ..  membunuh ibu dan bapanya tanpa ada rasa gerun dan kesalan.

Ada pulak tu ..   kerajaan dan polis itu ..sanggup bersekongkol sejak dulu lagi ... untuk membunuh  pelancung di  sesebuah negara. Mereka membunuh bukan dengan pistol yg panjangnya tak sampai 9 inci pun ..dasyat mereka gunakan .. bom skala yang meruntuhkan bukit dan bukau bandar seperti Ipoh itu?  Bayangkan ..manusia jenis apakah ini?

Ini semua boleh dilakukan .. jika manusia ..tidak ada iman dan takwa.

Apa itu iman dan takwa?  Secara mudah ..  mereka tak takut adanya Allah Taala yg akan memberi balasan kpd makhluknya dari sekecil kebaikan mahupun kejahatan.

4) Bila kita ada iman dan takwa ..maka ..kita ada agama islam dlm kehidupan kita.  dengan agama ini lah ..kita membina satu keluarga, satu masyarakat , satu negara dan satu dunia.

Untung ..ayah dan ibu ..boleh membangunkan satu keluarga berdasarkan agama.
Untung .. ketua kampung dengan bantuan orang orang besar masjid jamek  sesebuah kampung ..boleh .. membangunkan masyarakat kampung dengan landasan-landasan agama.  Sila rujuk Al Quraan dan Al Hadith.  Banyak mutiara yg termahal di dalamnya.

Beruntung besarlah kita semua.

Dalam surah Al Mukminun  .. Allah berfirman ..  lebih kurang begini ..  Untunglah mereka yg menjaga Solatnya  ...

Solat boleh dijaga ..jika kita sayang agama kita bulat bulat.

Bila solat di jaga ..seluruh ..aspek agama ..bereshhhh.

Tanpa solat 5 waktu cukup cukup setiap umat islam  ..banyak kejadian rasuah dan tipu muslihat berlaku sekitar kita.  Contoh: kes 1MDB .. duit 42Billion RM hilang.  PM kata duit ada masyuk ke dalam Bank Singapura dari mano tah .. ..tetapi Bank Singapura menyangkal perkara ini.  Tun Mahathir kata .. PM terkini DS Najik  menipu rakyat jelata jelatik dan pegawai-pegawai besar Bank Negara bukan tak tahu benda benda begini.  Oleh itu ..guanor laghu ini semua?


Beruntung tak kita selama ini .. bila kita berpegang kpd agama?  Sekurang-kurangnya kita tak menganggu anak dara/ janda  orang bukan? Pembunuhan banyak berlaku bila anak dara/ bini orang diganggu secara langsung atau tidak langsung.  Benda ini bukan sahaja berlaku semalam tetapi sejak Nabi Adam alaihis salam lagi.  Manusia ada perasaan.  Oleh itu berwaspadalah.

Sekian.

Fikir-fikirkanlah .. orang orang yg selalu mengaku .. mereka adalah tergolong antara orang -orang beruntung.

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.


0 comments:

Post a Comment