Hari 13 Ramadhan

Posted by sazali

Salam

Hari ini alhamdulilah adalah hari ke 13  kita berpuasa.

Apakah yang telah tercapai dalam bulan ini?

Ada orang akan menjawab ..dia dah habis 1 kali khatam kitab suci Al Quraan Noor Kareem.  Dia dah baca habis semua surah surah yg ada.  Sekarang dia dalam pusingan kedua pula.  Syukurlah begitu.

Ada orang sudah solat terawih lebih dari 10 buah masjid di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Ini pun bagus jugak. Syabas!

Saya?

2)  tidak ada apa apa yg menakjubkan kecuali perkara perkara berikut:

2.1  membaca artikel yg lebih baik dari perspektif Islamlah dibandingkan dengan bulan bulan sebelum ini

2.2  kurangkan FB

2.3  tingkatkan produktiviti kerja di dalam opis

2.4  kurangkan masa shopping 1999 macam mencari juadah di Bazaar Ramadhan

2.5 kurangkan belanja itu dan ini, simpan duit untuk bina garaj kereta tanpa mengisi borang pinjaman duit dengan Koperasi Guru-guru Kelantan  [ he..he..he..]

2.6  tingkatkan masa untuk beristighfar ( ampunkan aku wahai tuhan)

2.7 menulis buku GeoGebra insya allah dari muka surat 30 - 50

dan lain-lain lagi.  Niat keluar dakwah 10 hari terakhir Ramadhan ini.  Iktikaf dlm masjid ... insya allah.  Kadang-kadang niat lebih mulia dari kualitas amalan itu sendiri.  Berniatlah ..wahai kawan-kawan  dgn satu niat yg baik baik.

---------------- why?

3)  Saya rasa kita perlu ada target .. beribadat bulan ramadhan ini. Tanpa target .. perkara berikut akan terjadi:

3.1  kualitas puasa kita tidak meningkat pun ..macam berpuasa di Tingkatan 2 - 5 sahaja
3.2  kitab al Quraan tak habis habis dibaca..ada orang sentuh pun tidak
3.3  kita banyakkan tidur pada hujung-hujung minggu [ berdakap dgn adinda kita nn tahun sudah]
3.4 atau kita cepat keluar ke bazaar ramadhan ..sebelum asar lagi kita dah terpacak di sana..panas cuacanya bukan?
3.5  kita akan cari masjid yg solesai  20 rakaat terawwh sebelum jam 0945 mlm lagi
3.6 kita tak gemar mendengar tazkirah semasa ibadat teraweeh maklumlah kita tahu macam macam sudah
3.7  pendek kata ..  kurang peningkatan kualitas berpuasa kita walaupun berumur kita sudah menjangkau 40, 50 dan 60 tahun dibandingkan dengan kita waktu sekolah sekolah dahulu berusia 15, dan umur kita  22 tahun habis universiti. Alangkah  ruginya kito?  Tahap pembacaan Al Quraan pun belum mantap-mantap lg.  Bila mau repair ini?
3.8 jumlah hutang sekeliling pinggang tak surut surut jugak.  Alahai .. mak ooi.

Itu sahaja lah peringatan untuk diri saya ini dahulu .. kalau pembaca rasa ok penulisan ini .. ayuh .. amalkanlah .. insya allah kita sama sama berjaya di dunia dan akhirat.  Ameen.

Wallahu aklam bis sawabbbbb.  p/s: ya ROBBB ..plz forgive this very weak writer, avoid us from the habits of backbiting , slandering, peeping some one's  daughter/wife/husband, showing off, blow trumpeting, proud, bragging, legging  and many more.  If there is , what can we do ..ya ROBB? You are ever knower .. that .. Our inner hearts , lungs and many more parts there in .  were never been put to cleanliness  by any of your sacred angles like gabriel ahai his tus wa salammmm.  Plz forgive us this RAMADHAN.  can?

0 comments:

Post a Comment