Istilah 'ada'

Posted by sazali

Salam

Selalu bila berjumpa kenalan lama ..  antara soalan yang popular ditanya ialah '.. ada rumah kau?' atau ' ..ada cucu ..dah kau? '. Di sini perkataan 'ada' ..merujuk kepada 100% rumah bangunan yg dah siap.  Kalau 50% siap ..org tak kata dia ada rumah bukan?

Begitu juga ayat dari Jepun ini.  Menteri itu meletak jawatan serta merta bila pegawai bawahannya didapati melakukan satu kesilapan dalam nahas tragik itu.  Tindakan ini membuktikan  ' orang Jepun memangnya ada batu'.  Anda faham ada batu di sini?  Baguslah.  Orang lelaki (suami) kena berani.

Ada batu di Jepun ini  bermakna dia cukup berani.  Dia memang berani meletakkan jawatan setinggi itu.  Orang jepun terkenal dengan satu lagi sikap super berani iaitu 'kamakaze = bunuh diri'.

-----

Kebanyakan soalan ...  mempunyai istilah 'ada'.

2) Dalam masjid / surau ..  Tok Guru / ustaz pun selalu menggunakan ayat ... berbunyi .. ada agama kau?
Apakah maksud 'ada agama ' ini?

3) Setahu saya lah ..


'ada agama' ialah menghayati ajaran agama islam yg suci murni sebanyak mungkin jika ada taufiq dan hidayah dari Allah@ 100% mengamalkan ajaran agama.  Dan juga tidak ketinggalan dia ada fikir agama dalam kerja buat dia sepanjang masa.

kata lawan kepada istilah 'ada' ialah ' tidak ada'.  Oleh itu timbul ayat ini ..

Dia tidak ada agama =  bermakna .. si fulan bin si fulani tidak mengamalkan ajaran agama.

Contoh orang ada agama.

Setiap hari dia solat dan berikhtiar habis habisan mencari rezki yg halal untuk keluarganya walaupun jawatannya tidak tinggi menggunung pun seperti drebar ambulan KKM/ pak sopir.  Perkara-perkara yg was-was ..dia akan jauhi dari peringkat awal-awalan lagi.  Takut takut ..kpd azab Allah di kemudian hari.

Contoh orang tak ada agama.

Setiap hari dia bekerja .. kalau boleh dia  mencuri tulang jer.  Dia tukang tengok ..sedangkan rakan-rakan yg lain bertungkus lumus mengerjakan arahan ketua pengarahnya. Satu hari terkeluar dalam dada akhbar .. 33,000 lebih penjawat awam kerajaan tidak membayar hutang PTPTN ..

Bagaimana tu?

Kalau orang ada agama ..sudah tentu ..dia jaga ..perkara hutang piutang ini.

Oleh sebab kurang amalan agama .. hutang PTPTN ..(sewaktu pengajian di universiti) diambil mudah sahaja oleh warga penjawat awam (rujuk Berita Minggu 14 JUN 2015, muka surat 1).

Istighfarlah  ..banyak banyak.

Selagi hayat ada ..bayarlah hutang itu sedikit demi sedikit.  Malulah sedikit kepada orang lain yg mana kita selalu chop atas dahi mereka ..mu orang kapir, tahu gapor mu tu?  Dalam akhbar STAR ..ada orang cina/india walaupun pendapatan mereka tidak menentu ..mereka bangga membayar semua hutang anak anak cucu mereka yg mengambil PTPTN.  Mereka kata ..itu tanggung jawab mereka sebagai rakyat negara ini. Wah dus ..bagus sekali.

Itu jer ..pesanan untuk saya terlebih dahulu. Jika tuan/puan terbaca blog ini ..  buatlah sesuatu.  Tak rugi pun ..bayar PTPTN itu .. dapat kat anak cucu kita jugak ..satu hari kelak.  Sekarang ramai orang susah termasuk 6000 bekas-kakitangan  MAS.   Depa pun nak hantar anak anak mereka ke universiti juga bulan September 2015 nanti. Biarlah mereka ada sedikit wang dari PTPTN itu.  Ok tak?

Saya mohon maaf.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment