mulut kata lain, hati kata lain dan tangankaki kata lain pulak

Posted by sazali

Salam

Saya tertarik dengan sesetengah warga 'muslim/muslimat' yg turun dari tangga masjid dengan zikrullah. Astagh firullah hal azeem beribu ribu kali di bibirnya.

subhanallah, alhamdulilah dan Allahu Akbar pun beribu ribu kali.  Bukan di tangga jer kita lihat bibir bibir ini memgumat gamit  kebesaran tuhan tetapi dalam kereta pun .. mereka terus berbuat demikian.  Kalau kita 'buta' , mesti kita anggap semua orang ini ..orang cukup suci bersih punya. Tetapi awas.

2)  Alhamdulilah ..syukur aku  kpd tuhan maknanya.
Syukur dapat pekerjaan di Putrajaya.  Syukur ada suami . Syukur ada isteri.  Syukur ada ..macam macamlah.

Tetapi bila masuk opis ..  bila dapat maklum jer  dia kena bertugas di luar stesyen minggu hadapan ..ada orang membangkang ketua jabatannya.  Macam macam kata kasaq yg terlepas dari mulutnya.

Mengapa yer?

tadi kata ..alhamdulilah ..semua benda alhamdulilah .. tetapi baru masuk opis ..tengok nama dicalonkan bertugas di luar stesyen .. kita sudah mula mengamuk.  Berapi-api kemarahannya kepada bossnya.  Dia fikir ..bos dia menzaliminya kali ini.

Begitu juga kaum hawa. Tadi ..masya allah ..alhamdulilah beribu ribu kali di dewan sembahyang Masjid Besar Muhammadi Kota Bharu ...  sepanjang jalan dari masjid ke rumah ..subhanallah dan alhamdulilah ..tetapi bila sang suami mintak sediakan kopi panas se cawan ..mulalah melenting.

Mengapa yer?

Sang suami pun sama juga 2 x 5; 5 x 2 ;  tadi subhanallah berjuta juta kali. Dekat mimbar dok angguk angguk bila khutbah panjang diberikan.  Stail angguk .. kita mesti pikir ..dia sudah indaf sangatlah ini.  Syukur ..dapat lelaki yg sudah insaf akhirnya.

Tetapi belum sampai sepuluh minit di rumah ..suara nya .. mula marah marah kpd ahli keluarga.

Mengapa hah?

Pelik bukan?

Sepatutnya ..  apa yg diucapkan oleh bibir , disetujui oleh hati ..sepatutnya .. tangan dan kaki setuju samalah.

Tetapi andaian andaian tersebut tidak tepat sama sekali.  Matematic expression A=B=C  tipu belaka.

Patutlah ..orang orang tua melayu kata ..  menanam tebu di hujung bibir sahaja ?  pura-pura.

(ketawa)

3)  Saya rasa .. ramai kita tak faham pun ..apa zikirullah ini termasuklah diri penulis ini sendiri.

Untuk dapat satu persetujuan antara 3 bahagian tubuh iaitu bibir mulut, hati dan jantung dan akhirnya tangan dan kaki ..

kita kena menjalani satu latihan intensif mendidik diri kita secara intensf setiap hari, setiap minggu dan setiap waktu.

Jika tidak, ramai kita akan mati tertipu.  Kita ingat dosa dosa kita semua sudah diampunkan oleh tuhan robbul alameen.

Mulut kata lain , hati kata lain dan tindak tanduk kita seterusnya ..menunjukkan benda alah lain.  Kasihan kat kita.

4) Mulut kata Allahu Akbar ;  hati kata Allah Maha Besar ..tetapi ..tindak tanduk kita lain pulak .. kita percaya 'duit' itu lah .. yg memberikan kita kesenangan, kebahagiaan dan kelapangan hidup bukan Allah.

Kalau begitu .. mengapa sibuk kita berzikirullah.  Mengapa yer adik/ kakok kita sekelian.  Tak menipu diri sendiri ker ni?

5) Bila anak-anak diperantauan memberikan kita sesuatu ..belajarlah untuk mengucapkanlah terima kasih ..  bersyukur anak anak berikan juga ..sebahagian gaji/ elaun/ BRIM kpd kita untuk menjalani ibadat puasa yg panjang ini. Tetapi ... kita tak pernah rasa puas dengan pemberian orang. Sejak muda sampai tua .. dengan 1001 penyakit ..   kita selalu fikir yg bukan bukan.  Kalau begitu ....mengapa sibuk sangat .. kita ..beralhamdulilah/  subhanallah/ astaghfirullah  dan Allahu hu Akbar.  Hargailah pemberian anak-anak mu itu atau apa yg dihadiahkan oleh orang kpd kita bu.  Dia orang  pun susah jugak di Metropolitan Kuala Lumpur itu.  Lainlah ..kalau dia ada pencetak-pencetak duit buatan HP  .di bawah katilnya itu.  He..he..he..  bila bila masa mak/abah nak duit tambahan ..mereka cetak terus untuk kalian.

Sekian.  Wallahu aklam bis sawabbbb.  Fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Post a Comment