jagalah amanah itu

Posted by sazali

Salam

Amanah adalah hak seseorang di sisi agama.

Dalam islam
Bila seseorang memasuki alam rumah tangga
Suami berkhawin
Statusnya ialah

Dia berani menerima amanah si isterinya itu.
Dulu ayah menjaga amanah anak perempuannya.
Sekarang bila berkhawin
Amanah itu telah berpindah dari ayah si perempuan kepada suami  tersebut. Sekarang bergelar isteri, puan, Datin dan lain lain.

Dari konteks islam,  orang beramanah merupakan orang yg beriman. Percaya ada kehidupan selepas di dunia ini.

Beriman bermakna berani menerima akibat dosa pahala dari sang isteri. Jika isteri itu mulia, maka beruntunglah si suami. Dia memikul pahala demi pahala menuju ke syurga.
Insya allah.

Beriman berkaitan dgn amalan agama.  Semakin konsisten amalan suami menjaga solatnya, semakin mantaplah iman agamanya.
Masyarakat dahulu mementingkan agama sepanjang waktu.
Tak kaya tak apa. Tak handsome tak apa. Tak macho tak apa. Tak ada degree pun tak apa.
Yg penting beramanah.
Bila memilih menantu, org dulu meletakkan keutamaan pemilihan ke atas syarat beriman, beramal soleh dan baik budi bahasa( perangainya).  Jika tiba-tiba , menantu tu ..kalau kaya dgn ladang sawit, sawah padi, bilangan kerbau membiak setiap musim menuai ..ini bonus. Rezeki solat dhuha dan tahajud.

2).  Sekarang bila iman (agama)  tidak dijaga
Suami semakin hari hilang sifat amanahnya.
Suami 2 x 5, 5 x2  dengan isteri
Suami tak solat, isteri pun mengikut sama.

Subuh selalu terlepas.
Subuh jam 1145 ..bangun pagi, qodha dan terus tarik isteri brunch kedai benggali kulit hitam.

Suami pakai singlet jer. Mirip amitabh bachan.
Macho cukup tinggi.
Isteri pakai pun berlebih kurang sahaja.  Pakaian semua ketat.
Penipu pun bnyk juga,
Hutang keliling pinggang.
Dia berhutang. Isteri pun turut serta. Best friend court mammoth, the store dan ambank.

Sekarang semakin seronok
Masyarakat melayu menjaja pelamin di hotel 5 bintang.
Sebelum tu ..isi borang hutang. Semua online.
Prioriti perkhawinan pun
Ramai buat assumptions.
Jika menantu kelantan dekat dengan Pulau Melaka, agama islamnya berehs.
Kalau menantu dari Serawak, tak berehs tapi tunggu tunggu ..dia CEO proton, perodua, chartered bank, mcm mcm..
Pitih dio bnyk. Gerenti bahagia.
Jadi mok ayoh ..fikir bila pitih bnyk ..semua dunia berehs.
Idola mereka ..he he he.. jom kita terbang ke rumah tangga ore nombor satu  kita.
Dia kaya,
Kita nak tiru mcm dia lah.
Semua mahu hidup kaya.
Rich.
Life style of the rich n famous.
Sebut org kaya..itu kan menantu dia.
Pompuan beg tangan kecil itu tok besan dio lah.

Bila ini berluasa
Amanah dipinggirkan.  Amanah kurang ditekankan.

Akibatnya..

Ada anak bunuh ibu bapa.
Ada isteri sembelih suami dan anak anaknya.
Ada suami meracunkan isteri.
Satu masyarakat jadi gila.
Satu negara di ambang kemusnahan.
Contoh
Pegawai bank rasuah.
Pegawai tentera rasuah.
Pegawai polis/ JPJ/kastam berbaik baik dengan kepala ganster. Kongsi perempuan dan mcm mcm lagi.
Guru ke sekolah berkeadaan penat binti letih. Tak cukup tidur.
Lecturer terlalu rapat dgn students.
Lecturer berdengki sesama sendiri.
Institusi ilmu hilang seri beransur ansur ..dan hilanglah semua keberkatan ilmu dan hidup suami isteri.
Tidak bermoral.
Tidak ada amanah.
Hilang maruah diri.
Hilanglah jati diri anak melayu islam kita dulu kala ini lagi.

Keberanian untuk melawan perkara durjana ..tiba tiba lembik mcm tapai ubi.
Lembik.  Cakap besar tapi sayang cannot go.
Orang berlari bnyk pusingan.
Kita berlari 5 minit pun ..lelah, batuk dan terkencing .. cannot go. Bini sepak dia. Dia jatuh, kepala tercabut dan  terkulai.

Begitulah

Kita kena jaga amanah ini.
Buat ini sebagai agenda negara.
Insya allah kita semua selamat dunia akhirat.  Amanah..
Jom kita pakat pakat bergotong royong ..hidup beragama, bermaruah, beramanah
Ameen.

0 comments:

Post a Comment