Mengikut perasaan ..

Posted by sazali

Salam

Semua manusia mempunyai perasaan.
Ada perasaan kasihan belas, zalim, riak, takabur, bangga diri, rendah diri, zuhud, taqwa dan lain lain lagi.

Dalam masyarakat melayu ada ' hati batu'.
Ini bermaksud orang yang tidak mempunyai sebarang perasaan.
Contohnya dalam peperangan dunia pertama dan kedua 1930 - 1945 , ramai orang berhati batu.
Jepun menaaluki negara kita dan dalam proses pemerintahannya mereka menzalimi rakyat berketurunan cina tanpa sebarang perasaan. Ramai anak dara cina dan melayu diperkosa dan dibunuh mereka hidup-hidup.  Mereka berbuat demikian kerana matlamat mereka ialah menakluki negara ini.

2)  Sekarang rakyat Jepun sudah banyak berubah.
Kalau kita ke Tokyo, Tsukuba dan banyak lagi bandaraya di sana
Kita mendapati mereka menunjukkan sifat disiplin, kebersihan, kesopanan dan harga diri yang tinggi.  Ya ..semua
Yang tinggi.

Ada orang kata .. rakyat jepun melalui fasa transformasi yang total.
Dari bangsa yang tidak berhati perut kepada
Satu bangsa yang cukup penyayang.
Apakah formula yg digunakan?
Apakah kitab agama yg digunakan oleh mereka?
Mengapa pendekatan itu yg diambil? Hasil tangan dan otak mereka ada dlm rumah kita secara sedar atau tidak.  Saya ada selipar jepun contohnya.


3)  Perasaan?
Kita menulis dengan perasaan?
Bolehkah kita menulis satu novel terbaik dunia dengan berbekalkan perasaan sahaja?
Adakah jawapan kita dalam kertas  Law and Torts mencapai markah terbaik bila menjawab dengan perasaan?
Memasak?  Bolehkah kita memasak dengan perasaan geram kerana tukang masak dalam bulan Ramadhan diserahkan kepada kita secara bulat?
Sedapkah masakan ibu atau kakak jika hasil hidangan dibuat dengan penuh perasaan emosi?
Atau bagaimana?

Jika kita ibu bapa
Adakah kita mendenda anak anak dengan satu perasaan marah yg melampau lampau?
Kalau begitu mungkin anak anak cedera parah atau mati.  Beranak ini senang dan 'hobi'.

Apakah yg menjaga perasaan kita?
Betul.  Agama islam mengajar kita bersikap sederhana.
Sederhana memuji. Sederhana memuja. Sederhana memberi rotan kepada anak anak, isteri yg nakal dan banyak lagi kita perlu kesederhanaan.

Memandu  pun kita kena bersederhana.  Setakat 100 km sejam.
Insya allah sampai destinasi dengan selamat dan selesa.
Ingat orang orang tersayang.

4)  tujuan penulisan ini ialah
menulis mengenai perasaan.
ini ditulis dari hati, ilmu yg ada tetapi terbatas  dan hasil pemerhatian sama ada secara serius , santai atau tidak sengaja. Dikumpulkan dari pengalaman penulis di enam buah benua.

jika bagus bacalah.
jika tidak bagus, jangan lagi dibaca.  Memang penulisan ini cukup mendukacitakan. Hancur!

orang asia berperasaan lembut dan bersopan.  Dalam akhbar kita perhatikan ada rakyat dari benua eropah yg lanjut usianya sanggup beristerikan orang asia yg 5 dekad perbezaan mudanya.
Mereka mengaku beristerikan orang Thailand, Filipina, Indonesia
mereka hidup dengan aman. Tidur aman dan poket mereka pun selamat. Di sini rojak, mee kari semua murah.

Mengapa?
Ini menunjukkan hasil didikan dari keluarga di rantau ini
mempunyai sesuatu yg istemewa..
Mengapa orang puteh tidak mengambil orang arab atau afrikan sebagai pasangan hidup mereka?

saya tidak mempunyai banyak jawapan untuk kali ini.
Satu jawapan ialah orang arab .. mempunyai gaya hidup yg lain dari orang asia.

bila miskin
kita dididik agar lebih taat.
Bibik ramai dari asia tenggara.
mereka lebih taat kepada majikannya dan tidak banyak mulut.  Syukur tuhan menciptakan kita dengan 1 mulut sahaja.
Hasil ketaatan, bibik ramai bekerja di segenap pelusuk dunia. Ada yang berakhir dengan mereka berkhawin dengan tuan majikannya sendiri. Agama mereka dijual bersama sama dengan tubuh dan jiwa raga mereka sekali.  Tidak ada lagi pandang ke belakang.  Terus maju ke hadapan.

Belum pernah saya terjumpa bibik dari Mekah atau Madinah.
Begitu juga bibik dari Damascus atau Kaherah mengelap meja di opis saya Tingkat 7, Fsktm, uthm.
Anda bagaimana?

he..he..he..

saya perhatikan orang arab ada kasar sedikit.
Ini saya lihat di Mekah dan Madinah.
Di samping itu, mereka keras kepala/ babir orang kelantan kata.

Mereka payah nak menerima teguran dari orang lain.
Mungkin mereka ingat
mereka bangsa yg telah dijaminkan syurga oleh tuhan pencipta seluruh langit dan bumi. Lagi pun mereka menggunakan bahasa arab. Bahasa syurga.

Entahlah.
Di London, jika kita meminta pendapat dari mereka ..berkenaan sesuatu
mereka kata ..bla bla dan mesti ada wallah di hujung ayat.  Akhir akhir kami dapat markah kosong per 10.  Ha..ha..ha.. padan muka kerana percaya kepada orang lain membabi buta.

Kadang kadang mereka tidak memberi sebarang respons.
ok ke?

Bangsa melayu ?  Mereka suka memberi komen.
Cuba hidangkan sesuatu makanan pada orang dari bangsaku.
Ada saja .. masinlah, manislah, tawarlah dan macam macam lagi komen.
SEMUA dari perasaan dan lidah mereka.

Pendek kata payah hidup dengan perasaan sahaja siang dan malam.

sekian.  Wallahu aklam.







0 comments:

Post a Comment