Berbahagia

Posted by sazali

Salam

Jika saya bernama Bahagia bin Aman  maka

Secara otomatik  saya mempunyai sebuah

Keluarga Bahagia.

Sekolah pun bahagia.
Universiti bahagia.
Buku karyaku pun berbahagia. Contoh karya 'Berfikiran Bahagia'.  Salahkah?

Sayang tak ramai orang melayu bersedia menamakan anak anaknya seperti Nur Bahagia, Nik Bahagia atau Wan Bahagia.

2)  Kita suka nama kita ada unsur unsur islam dari tanah suci Mekah dan Madinah sahaja.

Maka timbullah nama seperti Abu Bakar, Umar dan Ali.

Abdul Rahman, Abdul Halim.
Khadijah, Aisyah dan Sarah.

3)  Orang gila bola pula memberi nama anak anaknya seperti Ronaldo, Ahmad Maradona dan Nik Zikco.

4)  Kereta nasional pun dinamakan Proton.  Tak tepat sangatkah jika kereta nasional diberi nama seperti "Bahagia 1.5S" ??

Macam macam..

Begitulah status bahagianya rakyat negara ini.

Bila sudah gila baru sibuk ibu bapa melawat

 Hospital Bahagia, Wad Bahagia dan ubat ubatan ala bahagia. Alangkah bijak kita memulakan kehidupan anak kandung kita dengan menamakannya 'Bahagia" di awal awal hayatnya lagi.  Fikir fikirkanlah.  Bagus tak idea ini?  Jika anda tidak berkenan , jom hapuskan istilah ini dari Kamus Dewan  keluaran DBP.  Boleh?

Sekian.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment