Interview 5 the last one

Posted by sazali

Salam

Rasa-rasanya hari ini dah start interview JPA/ SPA/ SPP di merata-rata tempat di Malaysia 1 FEB 2012. Tak apa lah .. bagi yg belum pergi interview lagi ..berikut adalah sedikit lagi tips yg ingin saya kongsikan untuk anda semua. Mengikut track rekod alhamdulilah 5 org anak saya sudah menghadhiri interview dan kesemuanya berjaya memperolehi sedikit sebanyak rezeki masing-masing seperti biasiswa MARA, USM, PETRONAS, KPM dan JPA. Saya selalu ambil cuti rehat 1 - 2 hari menemani mereka. Dlm kereta Iswara 1.3S model 1993 lah saya akan train mereka menjawab soalan soalan tertentu. Syukurlah empat daripadanya sudah bekerja termasuk seorang itu sedang belajar di peringkat sarjana dan PhD. Tolong doa-doakan tuan hamba.

Tips di hujung-hujung blog ini ialah:

(i) objektif interview

Anda kena tahu jawatan apa yg anda pohonkan dari JPA/SPA/SPP. Katakanlah anda memohon jawatan 'Perancang Bandar'. maka apa peranan, tugas, skop, gred tangga tagi jawatan itu. Anda kena tahu itu tau?

(ii) cari sedikit sebanyak latar belakang jawatan itu.

Just google jer. Type "scope of job town planner perancang bandar di malaysia '. Press butang ENTER

Kalau mintak kerja Pegawai Teknologi Maklumat google jer
'scope of job as an Information Technology Officer'.

Sudah tentu banyak bahan yang anda boleh baca.

(iii) Belajar berjalan dalam ruang bilik temuduga

Belajar lah berjalan tu. Saya fikir anda sempurna anggotanya. So try berjalan dengan kasut tumit tinggi 5 inci tu. Boleh jalan tak?

Belajar berjalan dengan baju kurung ala Erra Fazerra/ Ning Baizura tu. Rasa-rasa sedap tak memperagakan pakaian tersebut di hadapan panel 3 - 4 orang . Selalunya panel adalah terdiri dari orang-orang dewasa berjawatan tinggi seperti Ketua Pengarah/ KSU/ Profesor.

Kalau rasa sedap berjalan .. (jgn laju sangat wehhh) .. baguslah. Pastikan anda jangan cuba menggangkat kain walaupun 1 inci dari lantai carpet bilik intervieew itu

(iv) Beri ucapan / salam

Selamat pagi tuan puan
Assalamualaikum tuan/ puan
Good morning ladies and gentlemen (kalau ada pompuan as panel tahu) else they will all laugh at you b4 yu begin to be asked

Morning Guys ( TQ.. see you next time .. u r asked to leave// bcoz u got no manners.... morning guys is for western films like Fall Guy Lee Majors ). he..he..

dan bila sudah tamat sesi temubual ..ucapkanlah terima kasih tuan/puan
If u know there is a Tan Sri / dato' Seri / say Assalamualaikum Tan Seri

(v) Relax

Jangan takut. Mereka bukan nak bunuh / bom anda. Just relax. Buat macam rumah sendiri.

Duduk .. tegap/ dada kedepan sedikit. Bahu ke belakang. Tengok dalam cermin kat umah tu. Harap-harap kaki anda masih berada di atas carpet bilik interview itu. jangan main-main jari jemari anda. Jgn tunjuk anda nervous/ anxious/ ketar-ketar/ takut-takut.

Selalunya tempat duduk anda jauh sedikit dari meja panel. Di tengah-tengah ruang bilik interview itu. Jadi kalau anda jenis kecut perut / rasa-rasa nak kencing .. pergilah ke tandas dahulu sebelum anda dijemput masuk untuk sesi temubual itu

Jawab dengan cermat.
Jgn cuba gunakan istilah .. i see/ so .. so ... so on ... /
if they know u r trying to speak english .. they will ask you to describe the scope of job that you want in english please. Payah bang. Maklumlah kita tahu beberapa kerat jer bahasa inggeris itu. so so// i / you/ they all/ we all / i think..

Selalu nya they want to hear at least 5 minutes description about that job.

So be careful.

If your english is not as good as me (waduh waduh waduh .. maaf yer!) .. stay away from speaking english. Cakap dalam Bahasa Malaysia jer. Insyallah OK. Kalau ada Profesor dari UKM .. sudah tentu dia akan merasa bangga dengan kemampuan anda berbahasa ibunda. Tahniah.

(vi) jarang jarang anda berpeluang bertanya benda-benda ini

Ada apa-apa yg anda nak tanya dari kami. Rohana?

Ada. Banyak mana gaji jawatan JPA ini?
Saya akan start dengan tangga gaji T1 atau T8 ni .. saya graduate Architecture UTM ni.

Negeri manakah saya akan ditempatkan tuan?
Saya takut berjauhan dengan ibu ayah saya . Ada kemungkinankah saya akan ditempatkan di sekitar kawasan Telipot Kota BHaru Kelantan?

Itu semua jgn cuba tanya. Baik kata tak ada encik. Saya minta tuan puan pertimbangkan saya dengan adil kerana saya merupakan anak sulung kepada 14 orang adik beradik. kalu saya dapat jawatan ini, ini akan memberi motivasi kpd adik-adik saya yg lain. Lagipun saya akan mendirikan rumah tangga bulan 6 ini. (laugh)

Saya harap dapatlah kiranya tuan puan luluskan permohonan saya itu. Ini merupakan permohonan saya yg pertama sejak konvo dari UTHM JOhor
atau paling bagus

Tak ada Encik. Terima kasih.

(vii) Kadang kadang JPA/ SPA/SPP buat interview secara beramai-ramai

Kena bersedia lebih-lebih sedikit:
Mereka akan melihat siapa dpt memberi idea yg paling bernas/ siapa yg paling aktif/ siapa dalam kalangan ramai-ramai tu suka sangat tutup mulutnya apabila nak memberi pendapat/ suara.

He..he..

Yang senyap / pemalu terlampau-lampau tu ..mungkin .. anda akan kecundang dlm interview berbentuk kumpulan begini.

Sekian. Saya ucapkan SELAMAT MAJU JAYA.

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment