Nikmat Allah 2

Posted by sazali

Salam

Salah satu nikmat tuhan berikan kepada kita ialah kurniaannya dipanggil satu potong jari/ fingers/ hands.

Dengan jari ..kita dapat menggaru.  Kita garu kuat kuat/ slow, slow .. pada satu tempat yang gatal dan kadang-kadang tak gatal pun kita mau garu jugak. Kita shampoo rambut dengan bantuan jari.  Sedap garu garu rambut kepala dengan adanya jari jemari ini.  Bukankah begitu?

2)  Dengan jari manis kita, kita mampu menggorek lubang hidung kita.  Tak kiralah lubang hidung posisi kanan atau kiri. Favourite lubang mana? Beres punya jika kita ada jari manis.  Apa kata jika tuhan cabut nikmat  jari manis ini?  Saya lebih gemar menggunakan ibu jari. Dalam satu kemalangan di kilang ..tuhan tarik nikmat jari jemari kita.  Tidak ada sepotong pun jari kita yang tinggal pada batang lengan yang cantik ..tuhan kurniakan kepada kita selama ini.

Jari penunjuk - kita gunakan untuk menunjukkan arah / huruf bacaan al Quraan Nur kareem.
Jari hantu -  kita boleh gunakan untuk menunjukkan hantu jembalang yang sedang mengintai kita. Kita ketuk kepala anak dengan menggunakan jari hantu.  Panjang dan keras .. batang jari hantu ini.
Jari kelenking -  macam-macam boleh guna jari ini.  Contoh:  garu kepala bila baca sesuatu soalan matematik . pura pura tak faham cikgu.
Jari manis -  makin keciljari ini , makin manis rupa paras wanita  anda yg ayu itu tau? Pernah anda lihat jari manis lebih besar dari ibu jarinya.  Semua ini Allah ada resepi membuat nya.  Tak kira jari seorang negress atau melayu kelate yg sejati.  SEmua pakai satu formula ..hanya Allah yg maha Tahu. 

3)  Apakah kesannya?

Bila hilang jari jemari kita, Kita akan hilang nikmat menggaru dan menggorek.
Kita tak mampu basuh tempat angggota kita kencing/ buang air besar.  Hilanglah nikmat sedikit sebanyak kesedapan membasuh kepala zakar  bila selesai proses kencing (kaum pria) dan hilang nikmat  membasuh bahagian dubur seseorang  bila selesai ..proses pembuangan air besar.

Kalau kita seorang wanita .. jika tak ada jari jemari ..bagaiamana nak uruskan kacing bra kita?  Siapa mahu bantu kita setiap kali kita nak memakai / menanggalkan bra  ..  ?  Mampukah tuan hamba menjawabnya.

Tanpa jari manis tak berserilah kita ..di waktu hari pernikahan kita.  JIka mak mertua nak menyarung  sebentuk cincin berlian mutiara cantik dari Afrika Selatan khusus untuk jari tuan hamba?  See.. nikmat Allah pada kita.  Hanya dengan jari jemari .. Allah mintak kita fikirkan betul-bettul hadiah kurniaannya.

Dengan jari .. kita boleh grip batang pen/ pensil/ marker.  Kita menulis dengan jari tangan.  Kita menulis macam-macam ,  kita menaip apa apa butang key board komputer dengan bantuan jari jari yang Allah kurniakan kepada kita.  Alangkah senang hati kita jika .. Allah kurniakan 10 potong jari yang cantik cantik,  gemuk, putihgebu  dan sedap semua oarng memandangkannya.

Dengan jari jemari yang boleh dibengkok-bengkokkan, ramas-ramaskan kita boleh membasuh ikan , sayur-sayuran, basuh beras 2 3 pot banyaknya ..untuk makanan malam satu keluarga sederhana saiz .. sahaja famili kita.  Apa kata tuhan cabut nikmat kebolehan bengkok bengkok, ramas ramas jari jemari kita ini?  Bolehkah kita memasak dengan selesa?  Bolehkah kita hidangkan lauk pauk di atas meja besar untuk hidangan makan malam keluarga yang sangat kita sayangi selama ini?  Bolehkah kita suapkan makanan nestum ke dalam mulut anak kita berumur 1 tahun 6 bulan itu?  Kesat hingus anak yang melilih memasuki mulutnya kembali?  Nestum + hingus.  Hishhhhh .. Tuan hamba gunakan apa?  Tisu!  He,...he.. bijak kau.  Kau gunakan jari jemari kau lah. (ketawa).

Kita makan nasi.  Cuba tengok peranan jari jemari yang tuhan kurniakan kepada kita.  Kita masukkan makanan nasi, sayur-sayuran dan ikan terbuk tulangnya banyak berhati-hati ke dalam mulut kita yang kecil itu .. tanpa jari , tangan bolehkah kita makan dengan selesa?  Kita minum air selepas makan .. kita menggunakan tangan dan jari jari untuk pegang glass/ cawan yang mengandungi air mineral .. macam-macam kita boleh buat dengan penuh kesedapan dengan bantuan tangan dan jari tuhan telah kurniakan kpd kita.  Ayuh tuan hamba ..marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah yang satu.  Kita membaca akhbar harian THE STAR,  Nanyang Sian Pau , Tamil Nadu , Utusan Malaysia dan METRO ..semua kita selak bahan akhbar dengan bantuan tangan dan jari jari yg Allah kurniakan kepada kita selama ini.   

Tanpa satu potong jari ..kita tak boleh capai satu muka surat dari akhbar pun .. seksyen SUKAN DUNIA ..  hilanglah nikmat membaca akhbar .. kesnya..  tanpa bantuan jari jari yang tuhan kurniakan kepada kita.

4)  Tukang urut-mengurut badan

Tukang urut tradisional memerlukan sangat 10 batang jari-jarinya untuk menjalankan bisness turun-temurun ini.  Tanpa jari-jari ini .. mungkin, tak dapatlah ia mencari rezeki untuk keluarganya.  Upah urut RM50 - RM100 untuk 3 jam di bandar KOta Bharu, Kelantan.  Perempuan bersalin.  Kalau perkhidmatannya adalah untuk 7 hari .. jumlah upah RM350 - RM700 untuk sebuah rumah.  Tuan hamba boleh hitungkanlah.. nikmat rezeki tukang urut jika dia memberikan servis 3 buah rumah saban hari.  pagi, petang dan malam.

5) JIka kita mahu hidupkan enjin kereta VIOS Limited Edition G Versi ..kita memerlukan jari untuk memasukkan kunci kereta ke dalam lubang ignition .. tanpa jari tangan tangan ..kita tak boleh memandu kereta pun.
Kita beri signal kereta untuk laluan kanan dengan bantuan jari jemari kita juga.  Kita ke ATM nak keluarkan duit dari dinding se buah bank di Parit Raja.  Kita memerlukan jari jemari yang tuhan berikan.  Katakan jari kita mampus.  Tak boleh petik pun butang .. pada mesin ATM itu.  Bolehkah kita belanja seharian ..tanpa menggunakan duit .. dan untuk dapatkan duit kita memerlukan jari jemari yg tuhan berikan sema ini kepada kita.  Patutkah kita mengkufuri Allah .. dengan nikmat jari yang sebegitu banyak ini?  Bacaah Surah Ar Rahman .. nikmat mana yg kau cuba sangsikan / deny?

Subha nallah .. Syukurlah aku kpdmu Ya Allah. Izinkan aku (kurniakan aku hidayah dan taufik) Aku mahu menjadi makhluk mu yg ikhlas dan suci bersih di dunia hinggalah ke saat-saat mati.  Ameen.

Sekian.  Walahu aklam. 
Rujukan:

(i)  Siri Kuliah Pagi Jumaat di Masjid Ustaz NIk Aziz Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.  Ramadhan 15 tahun 1985.  Alhamdulilah.  Saya sebarkan untuk maksud berkongsi.
(ii)  Satu koleksi buku-buku  Ilya' Ulumiddin hak milik Cikgu Hajjah Maziah Harun , Taman Guru, Kota Bharu, Kelantan

0 comments:

Post a Comment