Tuhan tahu apa kita buat pada bila bila masa

Posted by sazali

Salam.

Esok hantar anak ke sekolahnya di Klang.  Jauh itu tetapi itu dah tugas seorang ayah/abah.

2)  Orang lain pun akan mencuba menghantarkan anak-anaknya ke SBP, MRSM, dan macam-macam sekolah la ni.  Dulu abah gi sendiri ke sekolah STAR, Ipoh menaiki 2 , 3 buah bas dari Jerteh, Besut ke Kuala Lumpur dan seterusnya dari KL ke Ipoh.  Baju abah selalu kotor jika sampai ke sana.  Lain dgn zaman lani .. anak anak beruntung sangat.  Ada orang tuanya yg sanggup menghantarnya ..ada yang sampai bawak 10 pasang baju sekolah, baju kurung outing  dengan  penyangkutnya sekali .. bawak keluar dari MPV ke bilik asrama puteri.  Hebat ka wahai anak-anak ku.  Tanda kita mewah.  Syukur kpd Allah .. sampai begini kehidupan kita la ni.

Zaman emak dan abah dulu mana ada pameran baju yg sudah bergosok begitu.  Afer that ..kami tolong bawak baldi, besen, penyapu lidi, shelltox, macam-macam ..supaya anak jgn digigit nyamuk walaupun se ekor pun.  Selamat dari deman denggi dan macam-macam.

3)  Selalu nya after angkut mengangkut barang2 dan buku2 , kami keluar makan tengah hari.  Solat zohor dan bila semua selesai .. kami akan beredar pulang jauh ke Johor.  Itu tugas mak dan abahmu sokmo sokmo.  Tak pernahabah kata no no no way dear.  Demam , batuk, tak larat badan ini .. semua dikuiz ke tepi demi kebahgiaan anak belajar di SBT ini.

4)  Esok if abah dan mak duduk dalam ward ..sakit .. if kami call .. anak anak .. jgn tak endah pulak.  Balas jasa mak bapak kamu.  Insyallah kamu akan selamat dunia dan akhirat. 

Sekarang dalam akhbar setiap hari kita dihidangkan dgn cerita .. anak anak ramai sanggup hantar ibu ayahyg sudah uzur ke hospital atau tempat org org tua dan nazak.  Mereka datnag menjenguk sekali se tahun bawa apples, anggur, mempelam masam, buah pauh ringan wak colek , cadbury ..  dan mereka bawakjuga .. beberapa helai baju T atau kemeja untuk abah dan emak mereka.  Yes sekali setahun jer.  Ada yg bagus se minggu se kali mereka datang menjenguk org org tua mereka.  Ada se bulan sekali .. ada 6 bulan se kali.   dan ada yg tak pernah tahu di mana mereka letak mak ayah mereka sejak dahulu lagi.  Kerana ..sudah banyak tempat org tua yg mereka dah bawa mak abapak mereka try try try .. maka mereka lupa address terakhir tempat mak ayah mereka berada ..menghabiskan sisa sisa hidup mereka.  Bila mereka mati, TV3 akan menayangkan gambar lawatan mereka ke pusara ibu ayah di iringi dgn lagu Arwah Sudirman atau lagu dari Arwah P Ramlee.  Betapa bagus anak anak melayu zaman lani .. jaga kebajikan ibu ayah mereka di kala mereka sudah meniti zaman tua / zaman nak mati mereka masing-masing.

Bagus kot?  Kitab mana mereka pakai ni?
Adakah cetakan PTS, Sasbadi atau .. mana hah?

4) Payah nak cari anak dan pasangan nya yg nak jaga ..kebajikan ibu bapa mereka .. masing-masing di rumah sendiri.  Bila pasangan hidupp tak suka cara ..mak ayah kita makan pakai tangan ..susah sikit anak lelaki kita nak cakap .. hari hari .. mak / ayah .. jgn jatuhkan nasi ituke atas lantai.

Lama lama ..bergaduh .. emak dan ayah .. dgn anak lelaki sulung mereka.  Lalu mereka tempatkan ayah mereka di anjung sana jer .  Di luar kawasan tempat makan utama mereka.  Macam filem PETRONAS itu pada satu masa dahulu.  Bagus filem itu.  Menitik juga air mata saya menonton sketsa hidup zaman la ni .. anak anak buat/layan  kat mak abah ..  jgn gitu anak-anak ku.

Sekian.

Wallah hu aklam.


3) 

1 comments:

  1. Su-haila said...

    Salam,
    Thanks Prof for your reminder.
    Suka baca blog prof ni. Sy jadi pembaca setia blof prof ni dah nak hampir setahun. I'll always keep your reminders in my mind and also in my soul.

Post a Comment