Nikmat 5 - berkhawin dan berkasih sayang

Posted by sazali

Salam

Sebagai seorang makhluk, Tuhan jadikan kita berpasangan.  Ada lelaki dan ada perempuan.  Ada jantan dan ada betina.

2)  Ini semua dijadikan agar kita mengetahui .. siapa tuhan yang menciptakan sekalian alam fana  ini.  Adam alihis salam tu salam  diwujudkan dari tanah dan selepas beberapa lama masa berlalu .. sejarah membuktikan adam   merasakan tersangatlah sunyi menjalani kehidupan seorang diri.  Memahami kehendak tuntutan naluri manusia . Allah ciptakan Nabi Hawa alih his salam ..   dan dari situlah makhluk bernama manusia membiak sehingga ke hari ini dan seterusnya ke satu tarikh bergelar kiamat.

3)  Bila manusia berkahwin, mereka dapat berkongsi kehidupan .. saling lengkap melengkapi.  Nabi Hawa pandai memasak, menjaga anak-anak kelahiran mereka dan Nabi Adam mahir dalam memburu haiwan dan bercucuk tanam untuk dijadikan makanan.  Sekarang ini pun fungsi kedua-dua belah pihak masih jelas kelihatan walaupun dalam masyarakat moden ..sudah ada trend siperempuan mampu berdikari mencari rezeki kerana Allah kurniakan dia kelebihan akal fikiran dan bermacam-macam lagi sedangkan si lelaki pula .  ..  masih bertahan untuk berikhtiar habis-habisan mencari rezeki demi untuk kebahagiaan ahli keluarganya siang dan malam.

4)  Bila kedua-dua belah pihak saling faham memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.. Allah campakkan perasaan kebahagiaan dan ketenangan antara dua pasangan manusia ini.  Huru hara dan porak peranda  mula berlaku dalam sesebuah rumah tangga jika pada satu masa (tempoh sekejap / lama) sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak cuba berikhtiar lari dari tugas dan peranan masing-masing ..contohnya .. si isteri keluar mencari rezeki di luar rumah dalam satu tempoh masa yang terlalu lama dan si suami pula dayus memberi terlampau banyak kebebasan untuk si isteri berada di luar dari rumah tangga sehinggga menumbulkan fitnah dan berbagai-bagai gejala yg tidak diredahi oleh Allah Taala.  Hinggakan pada satu ketika bila adanya pihak ketiga , maka manusia akan bunuh membunuh antara satu sama lain.  BIlaini berlaku, segala tamadun manusia hancur sehancurnya dengan pertumpahan darah - hasil dari prosses pembunuhan (termasuk menghancurkan badan si mati melalui bom ..sehingga semua tulang dan cebisan daging si mati hilang lenyap dari permukaan bumi untuk selama-lamanya).

Walaupun itu berlaku , Tuhan Yang Maha Agung ini ..  tidak memberi hak kepada sipembunuh satu kehidupan yang senang lenang. Tuhan jadikan si pembunuh itu ..perasaan bersalah ..yangsentiasa menghantuinya ke mana-mana saja dia pergi/ berada.  Kegembiraan si penjahat tidak akan dapat bertahan lama .  Pada satu masa nanti , segala kejahatannya akan dipertontonkan oleh sekalaian manusia dari Amerika hingga ke Mongolia.  jika ini terjadi , keaiban jatuh ke atas maruah dirinya tanpa disedari.

5)  Melalui perkahwinan, manusia akan berkongsi nikmat kebahagiaan berkongsi-kongsi keseronokan berkeluarga, bersaudara bukan satu hari tetapi untuk selama-lamanya.  Kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.  Dengan ada nya agama yg suci - ISlam -  manusia tahu bergerak, berfungsi mengikut had dan batasan masing-masing.  Contohnya orang lelaki yang bukan muhrim haram hukumnya memasuki rumah jiran tanpa izin orang lelaki (suami) jirannya tersebut pada bila bila masa.  Orang bukan muhhrim tidak dibenarkan berada berdua-duaan secara rahsia(gelap) kerana jika ini berlaku orang ketiga adalah syiatan/iblis yang akan menyemarakan nafsu shahwat sehingga timbulnya kes zina dan anak-anak haram.  Bila ini tidak dijaga, maka masyarakat manusiasudahjatuhtamadun peradaban manusia kepada satu tahap di panggil kebinatangan.  BIla ini berleluasa, maka manusia sudah hilang pertimbangan untuk hidup berbaik-baik sesama manusia.  Lantas jadilah peristiwa bunuh membunuh sepanjang masa.  Tuhan menjadikan manusia berasa berdengki jika isterinya/ pasangannya dimainkan orang.  Tidak ada orang mengajar perkara ini (perasaan dengki dan cemburu) tetapi disebabkankita diciptakan oleh Allah . maka pencipta alam ini menciptakan perasaan cemburu ke dalam semua jiwa manusia tak kira warna kulit  putih atau hitam , berada di kawasan dunia sebelah timur dan barat.

Orang yg miskin mampu memperolehi kekayaan jika dia berkahwin.  Dengan lahirnya anak-anak yang ramai, rezeki anak-anak ini jika dikumpulakn akan ditakrifkan sebagai rezeki anak dan rezekinya sebagai seorang ibu dan seorang bapa.  KIta tidak perlu pergi jauh..  di Malaysia sudah terjadi si ibu dan si bapa adalah cacat dan buta huruf tetapi melalui takdir qada' dan qadar, anak-anak pasangan cacat ini menjadi manusia pandai dan pintar hingga mampu mengetuai satu negara sebagai seoarng perdana menteri, ketua menteri, ketua oraganisasi, Pengertua Sekolah, Naib Cancelor Universiti dan sebagainya.  Allah Akbar!   Ada anak mampu menjadi profesor, saintis, jurutera, doktor, pensyarah, pilot, askar, polis, jururawat, peon dan macam-macam lagi.  Ada menjawat jawatan yang besar besar dan ada yg menjawat jawatan yang kecil-kecilnya.  Ada bekerja sektor kerajaan dan ada yg berkerja di sektor swasta.  INi berlaku dengan proses pendidkan di rumah tangga degan adab susila yang baik dan proses belajar ilmu ilmu dunia di sekolah dan universiti.  Dengan pegangan agama yg jitu ISLAM .. manusia terus membiak dengan sihat , aman dan damai di Malaysia.  Pokoknya ..mereka menikmati hasil perkahwinan dengan llimpahan rezeki Alah yg tidak putus-putus buat selama-lamanya.

Berbahagia sungguhlah siapa-siapa sahaja jika mereka mampu berkahwin dan hidup berbaik-baik dari hari pertama pernikahan itu  sehinggalah mereka mati dan akan dibangkitkan pada satu masa nanti untuk pengadilan tuhan yang maha esa.    Surah Mukminun.   Kod af lahal mukminun.   Sukses sungguhlah orang yang mukminunnnn.     Adakah kita tergolong antara orang yg mukminuun?  Check masing-masing.   Jom kita hargai kenikmatan perkhawinan ini. Wallah hu aklam.

0 comments:

Post a Comment