Jangan khianati dan zalimi orang .. ingat pesan ayah

Posted by sazali

Salam.

Dalam cerita zaman para-para sahabah Nabi Muhammad s.a.w kita ada terjumpa sebuah cerita Luqman Hakim, anaknya dan se ekor unta yang mereka tunggangi .. dari tempat ke satu tempat yang lain.  Moral cerita itu ialah :  jangan dengar sangat komen orang kerana ..selagi manusia dipasang sebuah mulut .. mereka akan berkata kata sampai bila-bila.  Semua benda tak betul.  Susah kita tau nak ikut nasihat mereka itu.

2)  Sekarang giliran saya sebagai seorang ayah kpd 6 orang anak.  Ikutilah cerita ini.

Pada zaman ini .. selepas Steve Jobs mati ..  wahai anak-anakku .. jgn terpengaruh sangat dgn dunia teknologi gila ini.  After Isya', bacalah sedikit ayat-ayat quraan dan teruslah tidur.  Esok bila bangun ..sudah tentu kau segar kembali untuk terus menyahut cabaran , dugaan hidup.

Sebelum tidur , whai anak anak ku , bacalah surah Taba rakalazi Al Mulk,  dan Alif lam min sajadah.  pasang niat sembahyang tahajud dan yg paling penting .. subuh berjamaah di masjid berdekatan dgn rumah mu.  Allah telah berjanji .. kejayaan dan kebahagiaan kpd mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.  Bagaimana mendapat kusyuk? Jaga otak, fikiran, mulut dan mata mu sepanjang masa.

Sekarang 99.9% manusia berwarna putih, kelabu, hitam, oren, merah ..meraba-raba mencari kebahagiaan.  Mereka mencuba bermacam-macam untuk mendapatkan kebahgiaan, ketenteraman hati dan hidup.  Kasihan?  Mereka cuba macam-macam.  Ada menjadi penyanyi , ada menjadi penari, ada menjadi pencipta lirik, ada yg bergiat gila-gila dalam facebook, tweeters, yahoos, googles .. utubes dan macam-macam ..  Nah.  Apa mereka dapat?  ramai antara mereka membunuh diri, terjun dari tingkap polis kerana kes rasuah, ada matikan diri kena dibakar hidup-hidup oleh lawyer india di Banting ..konon-kononnya ..dengan kekayaan itu seseorang melayu korporat akan bertemu dengan kebahagiaan.  Seluruh rakyat Malaysia dah dikejutkan - korporat melayu ini dapat ialah tubuh badan mereka dibakar rentung dan debu mereka dihidangkan kpd pelbagai ikan seperti ikan jerung ..

Ada juga ..org islam kita cuba apa yg org kafir sudah turun temurun mencuba tak kira masa siang/ malam.. dari Amerika , London, Perancis, Berlin, Singapura, Kumpur, Parit Raja, Karachi, nairobi ..  kes perceraian pasangan islam yang berkhawin dari tahun 2002 - 2009 , lebih dari 65% pasangan ini bercerai.  Bila bercerai .. anak anak mereka.. jadi apa yer?  Betul bijak kau anak-anak ku .. 15 tahun lagi ke hadapan ..para para guru di Malaysia terpaksa kena mengajar anak-anak orang bercerai ini .. banyak masalah sosial budak-budak ini.  Isu halal dan haram sudah tentu payah mereka nak faham.

Pejabat Agama Wilayah dah angkat tangan .. tak mampu ..nak kawal kes perceraian ini.. menjadi-jadi ..kata Pengarah JAIWP.  malunya kita wahai anak-anakku?  Mereka try macam macam falsafah .. tapi mereka terlupa ..ubat segala masalah ialah jom kita semua buat dakwah rumah ke rumah , siang dan malam.  Macam sahabAT-SAHABAT NABI  Muhammad s.a.w buat bersama-sama dgn Saiyidina Abu Bakar r.a dan Omar r.a .  lakukan.  Sure ramai lagi pasangan yg berjanji hidup semati .. dalam kawasan gelap-gelap .. akan tertangkap hidup-hidup.  Tak payah pakai polis PDRM atau askar wataniah untuk menangkap pasangan yg lupa tuhan ini.        Bila masyarakat dah muntah dgn kerja kerja agama dakwah mendakwah .. maka bukan sahaja org islam jadi bagus dan terlebih bagus tetapi org org lain kaum cina dan india turut mengambil islam sebagai cara hidup mereka.

Insyallah kita selamat wahai anak-anak ku.

KIta selamat dari kegelisahan, kerungsingan, payah nak tidur malam, tak selera makan, buang air besar pun payah walaupun dah banyak round kita jogging kat tasik indah dalam kampus UTHM.  Ramai org mati atas jalan raya .. jika kita tanya mereka 1 minit sebelum mereka cium .. tayar kereta, tayar treler kes kemalangan .. sah mereka akan berterus terang bahawa ..mereka sedang mencari kebahagiaan siang dan malam.  Ada yg makan pil kuda, pil tongkat ali, tongkat zali, tongkat nawi, macam-macam tongkat .. mereka lupa tongkat nabi Musa a.s.  Dalam Al Quraan . Allah Taala mengajar Musa a.s bahawa ..Allah lah yang maha berkuasa.  Allah boleh buat bermacam-macam benda.  Yang nampak bagus tiba-tiba jadi sesuatu yang tersangat bahaya.  Tongkat itu bagus ..untuk pukul daun kayu . tetapi pada saat lain ..bila tongkat menjadi se ekor ular ... yg besar .. Nabi Musa a.s. pun cabut lari.  See? Bukan tongkat mu itu wahai Musa a.s. yang membawa kebaikan, kebahagiaan dan macam-macam yg kau percaya .. bahawa benda dunia ini lah .. benda yg akan membawa mu ke alam kebahagiaan, kesenangan , keamanan, kedamaian dan sukses bermacam-macam tafsiran mu wahai anak-anak ku. BAIK BURUK SESUATU BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH.  iNI MAKSUD 'LA ILA HA ILA LLLAH
'
Wahai anak-anak ayah

Ada ramai orang percaya if mereka khawin dgn org kaya harta benda ..maka senang lah kehidupan mereka.  Tetapi kita boleh nampak .. MELALUI kekayaan itu .. SUDAH RAMAI MANUSIA  memalukan diri mereka juga.  Bayangkan jika kita orang susah.  If kita kahwin anak menteri besar (katakan lah)..  anak org kaya sudah biasa dgn kesenangan siang dan malam.  Jika kau membawa pulang 30 kg emas sekali pun ..  mereka punya status tak akan berubah sedikit pun bahkan mereka akan berkata .. kau ada atau kau tak ada pun ..  tidak membawa apa-apa kesan kpd diriku ini.  Nah!  inilah .. punca segala .. kes perceraian yg berlaku di sana sini.  Iman manusia sudah berubah .. dulu kita beriman kpd Allah Yang Maha Besar ..sekarang iman manusia .. mengambil harta emas sebesar GUNUNG .. sebagai tuhan mereka.  Disebabkan mencari emas itulah .. ada ibu bapa yg sanggup meninggalkan anakanak meekayg demam panas kpd .. amah amah indonesia yang jauh tak tahu apa apa ..apa itu cara mengawal demam panas secara mendadak ini.

Bukan setakat anak kpd nelayan sahaja yg mengambil GUNUNG EMAS sebagai tuhan mereka ..bahkan anak-anak org alim ulama pun .. ikut serta.  tak percaya?  Cuba anak-anakku survey?  if anak anak mereka berkelulysan maahad sekolah agama .. adakah pasangan hidup anak mereka terdiri dari alim , muazin, guru Quraan , guru Hadith .. ? Jawapan nya tak ramai ..ikut formula begitu nya.  yang lazim ...  anak mereka uztazah (graduan Mesir, Jordan, Syria) tetapi anak-anak menantu mereka setakat askar , jurutera Proton, saintis UMT, guru PJ, kontraktor stadium Trengganu yang tiba-tiba runtuh .. itu ... lihat?  Itulah .. stail .. pattern ..  kelaziman .. kebanyakkan orang orang kita.  ramai akan berkata .. nak makan apa ..jika menantu TOK BILAL jer .. ? Lainlah jika menantu aku .. jurutera TNB, TELEKOM,  .. , nama pun gagah ..sedunia .. See?

Wahai anak.  Penat dah ayah mu menulis ini.  Ikut lah nasihat ayah sepanjang masa. 

*** Jika kau bekerja dengan orang , bekerjalah dengan amanah, jujur dan bersungguh-sungguh.  Jangan ambik jalan pintas.  Rasuah itu bukan setakat duit sahaja..tetapi rasuah juga merangkumi .. curi masa mengajar, menanda kerja pelajar-pelajarmu,  ponteng kerja tanpa alasan, keluar dari pejabat tidak ikut masa , macam-macam penipuan boleh kita ceritakan di sini.  Jika kau seorang BOSS , layani pekerja mu dengan adil dan saksama.  Jika kau beri mereka tindakan tata tertib , explain to them ..why ..and why .. mereka dipecat dari jawatan mereka.  Jangan takut.  Orang yg benar , Allah akan melindungi kita sampai bila-bila.

**** Bila bercakap, fikir dahulu apa yang hendak kau cakapkan.  Banyak kes bercerai berlaku apabila si lelaki mengeluarkan 8 letter word CERAI kau tanpa memikir semasak-masaknya.  Lagi besar kesalannya jika org lelaki lain (suami baru) pompuan yg diceraikan nya itu ..lebih 'RENDAH' darinya dunia dan akhirat.  Padan muka dia ..wahai anak-anak ku.  Kau tak pernah jual kereta kau?  Jika kau jual ... tengoklah si pemandu baru kereta lama itu.  Apa rasa mu ..jika pemandu baru itu ..pakai bawak jer kereta itu ikut sesuka hatinya.  Begitulah .. bila isteri mu kau ceraikan.  Bila mamak jual carpet ambik isteri mu .. maka air mata mu akan mengalir .. mengalahkan air yg keluar dari batang paip SELANGOR WATERS jer.  kau akan menyesal tak sudah-sudah.  Oleh itu fikir dulu sebelum mengeluarkan apa apa verdict .. hukuman itu dan ini.  Silap perahu boleh diundur , silap kata buruk padahnya.

** Tuntutlah ilmu melebihi kaum wanita dalam semua bidang.  Jika kau anak jantan ayah .. biarlah kau belajar lebih tinggi dari  isteri mu pada bila bila masa.  Memang sifat wanita .. dia tak boleh lebih dari kaum Adam.  Mulalah dia perkecil-kecilkan kehebatan mu.  Ingat tu ..wahai anak-anak jantan ayah/abah! Tak kau baca ..baru-baru ini .. ada seorang PTD perempuan membelasah kepala suaminya dengan fail kertas keras.  Tengok?  Mungkin PTD ini ingat dia hebat dari suaminya.  "kau ada atau kau tak ada ..  tak beri aku apa apa .. kesan ke atas darjat ku ..  ".  Tengok itu?

Penat dah abah menulis ini. 
******Tak rugi mu wahai anak-anakku jika kau baca, renung, fikir dalam dalam maksud setiap ayat yg abah surat dan siratkan di sini.  Hanya untuk tatapan mu wahai anak-anak ku.  SEbagai penutup ..berikutlah rumusan apa yg ada dalam hati abah.

Tanamkan
1.  keyakinan bulat-bulat kpd Allah Taala sepanjang masa , dan percayalah .. hanya stail hidup Nabi Muhammad s.a.w sahaja .. mendapat jaminan ..  kebahagiian di dunia dan di akhirat sana

2.  keyakinan kpd kehebatan solat 5 waktu di masjid secara berjamaah dan buatlah sembahyang sunat .. sebanyak mungjkin .. agar kita semua mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup

3.  cari ilmu dan buatlah zikir banyak-banyak siang dan malam. Ingat janji Allah kpd kita org mukmin. Jgn terbawa-bawa janji Steve Jobs Apple .. dia pun dah mati.  Muda pun dah mati. Ada animations, interactivity hebat hebat ala komputer interbnet ..pun dia sudah mati.

4.  keyakinan kpd amalan ikram muslimin.  Jaga hati org tua mu.  Muliakan guru guru mu terutama ustaz, ustazah, dan guru-guru Quraan mu.  Hormat kpd ketuamu di mana-mana selagi dia tak terpesong dari perintah2 Allah dan sunahh nabi muhammads.a.w

5.  buat semua amalan semata-mata dgn nama Allah.  Amalan tanpa ikhlas akan ditolak mentah mentah oleh Pencipta Agung -  iaitu Allah.  gunakan istighfar jika niat kita terpesong.  Jika bagus niat mu itu .sebutlah alhamdulilah.  Ingat bila memberi sesuatu dari tangan kanan biar tangan kiri mu tak tahu bila derma mu telah engkau tunaikan.  Buat derma secara diam.  Selamat.

6.  usahakan supaya kau boleh keluar berdakwah untuk menyebar agama Allah ..ke semua pelusuk dunia ..timur dan barat ..jauh jauh.  Belanja hartamu untuk agama .. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara datang pd mu.  Sihat sebelum sakit,  kaya sebelum miskin, senang lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan akhirnya ... hidup sebelum matimu.  Bila kau mati .. kau sudah tertutup segala peluang untuk melakukan amalan amalan para para anbiya' alihis salam.

Alangkah rugi nya kita!
Doa untu ayah mu wahai anak-anakku.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment