Belajarlah

Posted by sazali

Salam

Selagi kita hidup kita mesti belajar dan terus belajar sampai ke saat Allah mengambil kita kembali kepangkuannya Abadi Abada.

Apakah ilmu yg perlu kita belajar?

i) ilmu dunia - baiki motorsikal, kereta, kipas angin rumah, air kond .. jika tidak mekanik lulusan SM Vokasional akan main-mainkan kita terang-terangan. Mekanik cina pun boleh tipu kita jika kita tak tahu apa apa pasal kereta. Ada org tahu beli kereta mewah sahaja, tetapi bateri kereta pun dia tak tahu di mana letaknya dalam bodi kereta. Dia mula belajar satu yg pahit ..selepas kena tipu terang-terangan dgn mekanik india tepi lebuh raya PLUS. Mahu kita?

ii) ilmu agama - cara sembahyang yg betul, ngaji Al Quraan, baca hadith dengar ustaz mengajar dan huraiannya, sembahyang dhuha, tahajjud, isra', buat kerja dakwah tiru macam Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yg agung ABU BAKAR, OMAR, OTHMAn dan ALI r.a. aj main.

iii) ilmu rumah tangga - belajar memasak, menghidang makanan, servis suami , servis isteri, servis anak-anak yg sihat n sakit . Belajar muliakan ibu bapa yang sudah tua. Untung org yg ada ibu bapa yg tua ini sekarang ini. Dia tua - ibu bapanya pun dua kali ganda lebih tua. Jika mereka gembira dgn mu ..sah kau akan ke syurga. Tetapi senangkah servis ibu bapa yang semakin tua? ..dan tua .. dan mulut pun banyak .. maklumlah org tua sekarang bukan macam org tua zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ada anak derhaka dan jgn lupa ada ibu bapa yg derhaka juga di sekeliling kita. Ibu bapa derhaka adalah ibu bapa yg tak mengajar ilmu agama kpd anak anaknya .. tidak ajar mereka ilmu adab, sopan santun, gaya gaya bercakap dan melayan org org tua di kampung. Ibu bapa derhaka adalah ibu bapa yg bercakap lain , buat lain. Suruh anak pakai sopan ..dia sendiri pakai ketat ketat mcm org kafir. Suruh anak sembahyang subuh ..tetapi mereka tidur sampai ke tengah hari. Suruh anak jgn merokok , tetapi si ayah tetap merokok .. ke sana sini . Masuk masjid pun berbau rokok. Kadang-kadang Pak imam pun merokok. Pelik betul? Rokok adalah haram. TOK GURU Nik Aziz kata. BUkan saya kata. Tuan GUru kata. Tetapi ibu bapa yg derhaka ..tak faham itu semua.

(iv) ilmu kesihatan - minum air kosongbanyak banyak di awal awal pagi sebelum menjalankan tugas harian. Ini akan memberi kebaikan kpd isi perut tuan hamba. Banyak penyakit dalam badan kita berpunca dari isi perut kita, Ada benda yg tersumbat ..tak leh buang najis dgn baik ..ada sesuatu berkaitan dgn air dalam badan kita. Dalam usus kita. Dalam urat saraf kita. Tak cayo? tanyalah dokto tuan hamba itu. Makan makanan yg segar segar seperti apple, anggur, oren sunkist, limau mandarin, delima, belimbing, betik, mempelam, pauh ringan, .., buah kiwi 3 biji RM20 , .., minum madu tualang , minum banyak air kosong. Bila makan ..makanlah ikut gaya nabi kita Rasulullah. banyak khair (kebaikan) jika tiru macam nabi. Semua pahala dari siang sampai ke malam. nabi makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Kita sakit? Kita makan terlampau banyak .. makan dan makan ..macam lembu ..selagi ada rumput ..selagi itu lembu NFL (Syohrijjak n the geng) akan makan rumput. Cuba belajar berhenti makan makan sepanjang masa. Makan ala kadar saja. Buat alas perut. dan berhenti makan sebelum kenyang. Tahu makanan yg baik lagi halal. Halal kah rezeki tuan hamba? Cikgu ada mengajar cukup waktunya CIKGU? Cukup masa. Kalau diberi jadual 6 waktu kelas sehari .. rasa rasa cukup semua masa itu anda mengajar dgn baik. Katakan satu waktu pengajaran ialah 50 minit. Adakah 300 minit wajib itu sehari ..anda telah mengajar dgn baik? Tanda buku-buku budak budak itu? hilang! Gi mana buku mereka - Ada guru yang hilangkan buku anak anak murid nya. halalkah rezeki guru yg sedemikian rupa? Bukan makanan jer kena halal ..cara mendapat rezeki (gaji bulanan) biarlah halal juga. Belajar lah mencari satu kehidupan yg halal semasa hidup di dunia ini.

(v) ilmu dakwah . Orang islam diberi penghormatan sebagai manusia terbaik oleh Allah. Banyak bukti dalam Al Quraan. Setiap perkataan mu berdakwah Allah akan balas .. dengan balasan yg sebesar-besarnya. Ini adalah kerana keistemewaan berdakwah Nabi Adam a.s hingga ke Nabi Muhammad s.a.w berdakwah. Jadi khalifah Allah . Belajar lah berdakwah. Nak belajar berdakwah .. tak boleh belajar depan TV ASTRO jer. Tak leh belajar dakwah dalam dewan hotel yg sedap sedap ada air kond jer. Itu bukan belajar. Itu namanya ENJOY. Org tua enjoy ..mana ada ilmu yg boleh dia amalkan dgn baik dan penuh hakikat. Nak jadi doktor ..mana boleh belajar depan TV. nak jadi tukang masak hotel 5 bintang ..mana boleh belajar dalam rumah sendiri. Kita mesti keluar dari rumah kita .. korbankan duit, masa, tenaga bertahun tahun lama nya .. baru leh sijil kemahiran Tukang Masak Hotel 5 Bintang. Ada anak cina muslim gi SWITZERLAND semata mata nak belajar ilmu buat kuih .. dan terus dapat tauliah sebagai TUKANG MASAK/ CHEFFF yg hebat macam Datuk Wan.
INi pula ilmu dakwah? .. tak kan dok suka suka depan TV jer . tak kan suka suka semasa .. ada program Maulidur Rasul jemput Dato Hassan Al Hafiz jer .. kita kena ikut ..jejak orang orang tabligh.. ada yg jadi profesor UM ..tapi buat dakwah tabligh; ada doktor pakar USM buat kerja dakwah tabligh .. ada jutawan negara Afrika Selatan jual intan berlian .. buat juga kerja dakwah tabligh ke seluruh dunia. Mereka sedang belajar dan terus belajar menjalankan kerja dakwah, Setiap pengorbanan itu .. Tuhan akan balas dengan setimpal timpalnya. Susah payah mereka meninggalkan opis, kaum keluarga .. Tuhan akan balas dgn janji janji syurga. Kalu askar melayu yg meninggalkan anak-anak bini mereka selama 2 tahun ..bertugas di negara Afrika ,,tiba tiba mati terkena peluru sesat budak negro tembak dgn pistol paling kecil .. pun kerajaaan Malaysia .. akan balas semua jasa baik , jasa susah payah askar tadi berkorban di Afrika .. tak kan lah Allah Taala yg maha KAYA, MAHA BERKUASA dari kerajaan BN Malaysia ini tak mampu nak membalas jasa baik pendakwah pendakwah yg telah bersusah payah berdakwah di jalan fi sabi lillah. Ingat arwah Cikgu Zaki MRSM SEREMBAN dahulu terkorban di Filipina? Tak fahamkah kita bahawa Allah Maha Adil. Allah Akbar. Pembalasan dari NYA tidak ada tolok bandingnya.

Kita kena belajar ..mengenali siapa itu ALLAH YANG MAHA KUASA?

Allah yg menjadikan kita/ Allah yg memberi kita kecantikan , bibir nipis bak delima/ Allah yg mengurniakan kita kulit yg halus .. putih gebu bersih .. macam sabun debu FAB .. kalau lah Allah terberi kat kita bibir yg mega tebal dan kulit hitam macam .. dalam dapur RESTORAN MAMAK 25 jam itu.. tak kah susah kita? Tetapi Allah dah kurniakan kita ..kecantikan yg sementara. Bersyukurlah kita. Sekurang-kurangnya ..senyuman kita .. masih mampu menambat hati suami kita. Cakap elok dgn suami. Jgn meninggikan suara kita dari suami. Baiklah bang. Apa yg abang cakapkan itu ..Ani akan ikutlah.. jgn bimbang bang ..be happy. Cuba?

Belajar bersyukur dgn nikmat Allah.

Pendek kata selagi kita hidup kita mesti belajar belajar sampai ke mati. Universiti hantar pegawai pegawainya berkursus rata riti tak henti henti supaya pensyarah pensyarahnya .. sentiasa meningkatkan ilmu.

Osshhh .. banyak tulis dah ni. Penatlah. Nak rest dulu. Ok tak? Penulis ini fahamkah apa yg dia tulis ni? He..he..

Sekian. Renung renungkan lah.

Karya: Dr Hj Sazali Hj Khalid - Pensyarah Kanan Universiti

Wallah hu aklam. p/s: Maafkanlah saya jika tersilap bahasa tuan hamba. Saya pun dok belajar lah ni. Sebab itu saya menulis ..sedikit sebanyak idea ..supaya kita boleh berkongsi ..sama sama belajar sampai mati. Setiap ayat / huruf saya yakin seyakin yakinnya Allah akan beri pembalasannya yg setimpal , adil se adil adil nya. Lebih baik dari SBPA itu . kata nok we.. tak we pung .. Wasallam.

0 comments:

Post a Comment