Jalan jalan makan angin di Shah Alam

Posted by sazali

Salam

Hujung minggu ini saya berkesempatan melawat kawan satu kolej saya pada zaman dahulu. Nama glamournya N-N.

2) Nak cerita ..kami dah lama tak jumpa ..35 tahun kot? tapi .. sembang punya sembang ..suami dia kawan baik mantan TNC (Akademik n Keantarabangsaan ) universiti tempat saya sedang bertugas.
See nikmat berani jumpa kawan lama? Kita dapat network(rangkaian kawan-kawan) yg lebih besar lagi.

He..he.. dia ada 7 orang anak. 3 lelaki dan 4 perempuan. Semua dah dewasa.

3) Yang seronok/ takut nak cerita ialah kami ditimpa hujan ribut yang kuat 1 jam sebelum sampai ke rumahnya. Takut bukan kepalang ..ingat ..ini mesti tanda awalan .. mungkin Allah tak suka ... kita jalan jalan rumah orang ..tetapi .. perangai buruk saya ialah ..bila kami dah decide melakukan sesuatu .. mesti start dan mesti endding punya. Tak leh buat 'U-turn' lagi ..maklumlah .. isteri dan anak perempuan saya ikut serta .. rombongan kali ini. Bukan senang ajak isteri dan anak perempuan melawat kawan kawan abah yg sudah berumur 50 PLUS ini. Saya mesti gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Syukurlah ..kawan lama saya itu tidak bekerja sejak kuar dari Universiti luar negara. Sedap sikit isteri saya berbual mesra kerana .. titik pertemuan/ awalan ialah masing masing adalah sama iaitu mereka tak bekerja. Hanya bekerja dalam lingkungan rumah tangga masing-masing. Cara dia (N-N) cakap .. jenis skop kerja dia ..cukup memukau saya. Itu stail orang Grantham, Lincolnshire, England ..bila bercakap. ha..ha.. Suami dia org Laughborough University of Technology. Tempat ini sangat ngeri ..saya pernah bermain bolasepak di sana - Grantham melayus VRS Laughborough mat sallehs - skor 1 - 11. Kami dibelasah teruk maklumlah bermain atas ais (snow time) tetapi saya mampu tersenyum ... saya skor that gol for Grantham. (laugh).

Dari N-N dapat lah sedikit sebanyak cerita kawan-kawan perempuan saya yg lain seperti Zawiyah (isteri Zulkifli Jamil, MCKK) dan Mahayon (bekas isteri org kuat FOSIS UK 1975 - 1980 En Zahari Awang, asal usul org Kpg Nan, Chabang 4 , Tok Mek Ngoh, Tumpat , Kelantan). Saya pernah bekerja dgn zahari sebagai programmer MSC Kota Bharu. Upah elaun RM100 sebulan tetapi saya belajar banyak skill programming N-BASIC dgn nya. Projek dia ialah MPKB - system ticket parking, KESEDAR dan lain-lain tidak termasukk mencetak wang palsu ..AMERIKA. ha..ha..

Apa-apa pun .. saya doakan kalian berbahagia / berjaya hendaknya.

4) Di dalam rumah , syukurlah kami dijamu makan stew ..sejenis makanan istemewa ala British.. dan bersiapkan roti bakar .. ha..ha.. memang .. kawan saya ini ..pandai memasak hidangan western untukkawan lama nya ini.

Terima kasih lah semua. Panjang umur kita jumpa lagi. Anak sulung dia 32 tahun dan anak sulung saya akan masuk 30 tahun this April 2012. Saya rasa pembaca boleh teka ..umur kami semua. Bila selesai .. lawatan kami yg mengambil masa 1 jam 15 minit itu .. dalam perjalanan

pulang, isteri dan anak saya kata .. sedap masakan stew itu abah. How to get the recipe plz?

Sekian. Wasallam.

p/s: jika kita mahu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki , .., cepat-cepatlah berziarah antara satu sama lain sebelum kita kata kat dunia selamat tinggal dunia .. i.e., mengikat talian silatul rahim dalam islam .. ( hadith).

Wallahu aklam. p/s: bila berjumpa kawan lama kita mesti tunjuk kita ceria sepanjang masa

0 comments:

Post a Comment