Wahai guru, ustaz, uztazah dan ..

Posted by sazali

Salam.

Dunia makin parah. Masyarakat makin keliru dengan pelbagai fenomena. Salah satu ialah pembuangan anak/bayi baru lahir ke merata-rata tempat. Mengapa/ dan bagaimana membendung/ mencegahnya?

Sebagai guru islam yang akan pencen tak berapa lama lagi.. benarkanlah saya menulis sesuatu:

(i) amalkan apa yg kita cakapkan dalam kelas

Seorang guru tak terlepas dari memberi nasihat kepada anak-anak muridnya saban waktu dari guru itu berumur muda trang tang-tang kepada umur senja 50 - 60 tahun. Tetapi memberi nasihat itu sedap sangat tetapi cuba kita fikir-fikirkan banyak mana kita sendiri yang mengamalkannya. Contoh:

jgn merokok - tetapi ada guru , ustaz yang merokok dlm kawasan sekolah.

jgn dedah aurat - tetapi ada guru, ustazah pun apa kurangnya yang bukak tudung selepas waktu pejabat, opis atau sekolah. Ada suami ustazah ..pergi ke sana ke mari naik motorsikal dalam kampung ..pakai seluar pendek sahaja.

jgn pakai pakaian yg ketat dan menjolok mata / poke the eyes MOD Malaysia ... tetapi kita boleh tonton ramai guru dan ustazah yang pakai pakaian yang ketat dan membenar anak anak dara mereka, menantu menantu mereka sendiri memakai pakaian yg menjolok mata

bagus sembahyang berjamaah - tetapi ada guru dan ustaz yang gemar bersembahyang seorang diri di rumah/ di bilik guru / di pejabat

bacalah bahan bacaan yang baik baik - tetapi kita boleh lihat ramai guru, ustaz dan ustazah yang sudah lama tidak membaca apa-apa sangat yang berbentuk ilmiah. Sejak meninggalkan bangku universiti/ maktab perguruan .. banyak mana pihak guru, ustaz dan ustazah menambahkan ilmu pengetahuan untuk berdakwah dan bertindak sebagai kaunselor di sekolah secara percuma lillah hi taala. Jangan datang memberi syarahan agama tetapi mengambil upah .. ada yang mencecah ribuan ringgit .. baguskah itu?

jangan cakap laser sahaja - tetapi kita boleh lihat guru, ustaz dan ustazah bercakap macam orang orang tak bersekolah pun. Bahan ucapan nya menjejekkan. ada yg bersumpah dan bergaduh sesama sendiri dalam bilik guru atau diluarnya. Caci mencaci. Malu bukan?

jangan habiskan masa menonton filem yg tidak berfaedah - tetapi ramai guru, ustaz dan ustazah yang berbuat begitu siang dan malam

pendek kata ..payah nak bezakan antara uztaz , ustazah dan guru guru sekular kerana tabiat tabiat masing-masing adalah se akan-akan sama. BLUR nak nampak kumpulan yg dijaminkan syurga. Tidak keterlaluan orang cina kata .. lu punya uztaz, ustazah dan guru melayu buat sama jugak dgn ggua punya guru cina di sekolah cina persendirian. Contoh?

(i) facebook terlampau banyak sangat
(ii) berbual dan sms melalui handsets .. sudah menjadi perkara wajib jer. Mesti nak sms ikut handsets siang dan malam. Bahkan ada yg tak sempat berdoa selepas solat ..kerana mencapai handsets nya terlebih dahulu
(iii) makan KFC, McD, Granddy's . .. halalkah ..makanan makanan segera ini? Mana kita tahu halalnya? tahap kehalalan nya.
(iv) dan macam-macam lagi seperti tidur di waktu pagi , sepanjang pagi di waktu hari cuti .. serupa dgn guru india/ cina/ siam/ kemboja/ indon sedangkan dalam kitab agama ..mereka menyarankan kita bangun pagi=pagi .. dan mencari rezeki yg melimpah ruah dari langit tuhan ke permukaan bumi yg serba menghijau di Malaysia ini. SEkarang di kampung waktu pagi ahad/ jumaat .. semua kampung sunyi jer kecuali pemotong getah .. itu pun orang Siam yg memotong/menoreh pokok getah kita
(iv) Quraan jarang dah nak baca dan menghayati betul-betul. Zaman susah dulu kita baca Al Quraan beramai-ramai dan berdoa pada Allah siang dan malamsampai menangis-nangis. Mintak macam-macam dgn Allah. SEkarang bila kita dah senang dan 'kaya' ..Allah sudah mula kita lupakan slow slow.. ansur ansur. Astagh firullah.

sembahyang yang wajib-wajib sahaja di hujung-hujung waktu. Yang sembahyang sunat-sunat (seperti tahajud, dhuha, awabin, isra' )hanya jadi bahan ketawa oleh orang orang munafik termasuk guru, ustaz dan ustazah sahaja. Betul tak? Mengapa jadi begitu? Iman kita sudah makin hari makin luntur. Kita bila berdoa .. tak yakin bahawa Allah akan membantu kita. Kadang-kadang ada orang berdoa kpd Allah .. tetapi dalam hati berbisik takabur..jika kau tak beripun ..tak apalah .. ayah aku kaya dgn kebun sawit beratus-ratus ekar dan.. pak mertua aku pun kaya, tunggu masa dia nak mati jer .. tak beri pun alright punya MY LORD.

So apa patut kita buat?

Jom marilah kita berubat bersungguh-sungguh. Ubat hati dan iman kita yang sudah rosak binasa. Saya memanggil diri saya , tuan hamba guru, ustaz dan uztazah .. jom kita post mortem amalan amalan masing masing sebelum terlewat. Jom.

Kembalilah .. kita
kepada masjid. Kita beribadat secara berjamaah, beramai-ramai
kita dengarrr ustaz mengajar kitab, hadith dan kita berpakat-pakat/ tolong menolong beramal dgn saranan Rasulullah s.a.w

Kita buat dulu dan kita cakap kat pelajar-pelajar sekali gus / serentak. Kita bikin sama dgn apa yg kita ucapkan atas pentas perhimpunan sekolah kita.

Kita bantu kerja dakwah ..yg datang ..dan buat kerja gazt ..secara percuma/ dan tidak meminta apa-apa dari kita sedikit punpasal upah/ gaji.

Jom.

Wahai mereka mereka yg beriman sebelum terlewat. Ingat Acheh?.. Ingat Bosnia?.. ingat Jepun ??.. bila Allah turunkan bala .. Allah tak kira siapa kita lagi ..kau guru, ustaz atau ustazah .. kita akan dihancurkan sehancur-hancurnya.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment