Amaran keras dari Nabi Muhammad s.a.w. mengenai petugas bergelar pemberita

Posted by sazali

Salam

Tugas memberi laporan adalah tugas utama seorang pemberita.  Gaji / upah yang diperolehi adalah  merupakan ganjaran yang dikurniakan oleh sesebuah majikan kepada mana-mana pemberita yang bertugas.  Jika gaji Ahmad (pemberita Akhbar Utusan Malaysia,  Berita Harian, METRO, Harakah, Keadilan contohnya) ialah RM3000 sebulan maka itu adalah ganjarannya untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya di rumah setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun.

Tetapi baru-baru ini saya terbaca satu hadith dari Rasulullah s.a.w mengenai amanah / tugas seorang pelapor (narrator).  Mahfum hadith itu ialah lebih kurang beginilah:

' jika kau melaporkan sesuatu perkara yang tidak betul (menipu, mereka-reka cerita untuk tujuan tertentu) kepada masyarakatmu ..  maka kau tidak akan berbau syurga'   Sahih Muslim Volume 1 page 59-60  tale-bearer.   Lahore:  Ashraf Press.  May 1972.

So macam mana tuan/puan/Encik/ Cik?  Kalau kita seorang beragama islam, mukmin dan percaya habis-habis reng bahawa kita akan mati satu hari nanti ..  tak takutkah kita dengan amaran Rasululahh s.a.w. tersebut?  tak berbau syurga maknanya apa yer... tidak akan masuk syurga.  Dalam kata lain tempat kita adalah neraka buat selama-lamanya.   

Teringat arwah ayahku .. seorang anggota polis sepanjang hayatnya.  Setiap kali pulang dari meronda-ronda sesebatang lorong di Bandar Tumpat(Kelantan), Jerteh(Trengganu), Karak(Pahang), Batu Pahat (beat/bet)..arwah ayah akan tekun menulis laporan dalam buku notanya.

Saya tertarik dengan semua penulisannya kerana ..  ayat akhir setiap laporan berbunyi seperti berikut:

Begitulah laporan saya seada-adanya.  Semua adalah baik.

buku nota ini akan dibaca oleh Ketua Balai Polis lahhh..


----

Laporan polis memainkan peranan yang sangat besar dalam banyak kes.  Contohnya jika saya tak lupalah ..a u zubillah hi minas syaiton nir rojim (aku mohon perlindungan dari Syaitan yg direjam)

kes rakyat mongolia yang telah dibom hingga hancur berkecai-kecai /  lumat /  segala kepingan daging buatan mongolia berterbangan di seluruh Puncak Alam .. 

sudah tentulah ada polis yang akan membuat laporan itu dan ini hingga terhukumnya dua orang polis berpangkat rendah ..

Arwah ayah (KPL Khalid Muhammad 10452)  ada bilang selain dari 1-2-3 kepada ku dengan bantuan jari jemarinya ..  ' ayah kerja ikut perintah jah LI ..  setiap hari .. kalau nak keluar ronda-rondaan di Pekan mana-mana pun ..  pihak Balai Polis dah buat jadual giliran ..  untuk ayah dan kawan-kawan ayah ..'

Oleh itu , sebagai anak yang taat kepada perintah ayah, agama dan negara ..  sudah tentulah 2 orang polis yang telah dihukum oleh pihak kerajaan ( Pihak Hakim Negara) memang sah telah menurut perintah ketua mereka yang bertugas pada masa itu.  Siapa ya?

Kembali kito kepada hadith Rasulullah s.a.w.  dan reflection(imbas kembali sejarah)  catitan buku laporan arwah ayahku yang berkelulusan setakat darjah 3 sekolah melayu zaman jepun dahulu kala ..  sebagai rakyat Malaysia aku masih tercari-cari jawapan di bawah..

***

ada orang yang bertanggungjawab masih belum ditangkap oleh beribu-ribu anggota polis, tentera malaysia dari hari pemboman rakyat mongolia itu hinggalah saat / ketika kita umat islam sedang menunggu Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 2012.   Siapakah orang itu ?  Ketua Polis Balai di mana polis bahagian BOM berkhidmat itu kah ? he..he.  . tok panik mu?

***

Jika kita orang mukmin ..  sejati .. tak takut mu nok mati /  tak takut mu masuk nerako sampai bilo-bilo .. wehhhhh?

Jawapan mesti ada /  tidakkan lah ..  tak ada seorang pun dari anggota polis yg pandai-pandai setelah berkursus di luar negara bertahun-tahun lamonya PhD (criminology, bommongoliakology), Masters (Police Management) dari USA, UK, FBI, CIA..  memberi tahu bendo senghoti ..itu?  Ajaib bukan/  Ketua Polis Negaro sokmo dok wayak semasa Tan Sri Musa Hassan dan sekarang sapo hah ... claim kepada seluruh dunia ..anggota polis kito terbaik punya orang dalam kalangan Sistem Kepolisan Dunia .. 


kita kena bertaubat banyak-banyaklah dan yang paling best ..  cakap jer ..siapo we arahan itu.

Habih cerito/    seluruh rakyat Malaysia sedak sikit nok pakoh sapo-sapo yang betul-betul baguih punyo memimpin Malaysia kito ..selamat negara kito dunia dan akhirat.  Ameen.

Wallahu aklam.

p/s  Selamat Hari Raya .  Maaf Zahir dan Bathin.  Jom kito tulis bendo-bendo yg bagus, tepat dan sahih jah..ok tak?



0 comments:

Post a Comment