Assalamualaikum w.r.t.
Greetings - Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maaf Zahir dan Bathin.
Syukur tahun ini saya tak perlu bersusah payah nak pulang berhari raya di kampung halaman nun jauh di Kota Bharu Kelantan. Tak perlu fikir fikir dan buat kertas kerja bagaimana nak bawa pulang anak-anak ke Kelantan. Lega tak terkata kerana tak payah :
(i) check status prestasi enjin kereta-kereta untuk dipandu ke kampung halaman
(ii) check tayar kereta; tukar tayar
(iii) atur isu-isu keselamatan harta benda semasa kita tiada di tempat bertugas
(iii) withdrawal duit banyak-banyak untuk menampung kos item di atas dan
(iv) angpow raya - just ATM jer kat adik adik di Pasir Mas, Kelantan
** Tahun ini saya hanya fokus bersembahyang terawih 20 rakaat sahaja dan khatam Al -Quraan Nur Kareem. Insyallah dan Alhamdulilah. Muga-muga diterima oleh tuhan pencipta alam. Ameen.
*** Fokus buat doa yang bagus-bagus dan lama-lama ( 30 minit - 60 minit sekali berdoa) takut-takut Allah tak kasi dah kita peluang berjumpa dengan bulan Ramadhan yg mubarak lagi. How? matikan kita. (simple).
Jika tidak ..banyak masa .terbuang memandu kereta sejauh 750 km dari BP ke KB, Kelantan. Tempoh pemanduan melebihi 10 - 12 jam. Bonus satu lagi ialah kita dibebaskan dari mengalami masalah 'penat tak terkata' dan besar kemungkinan tak dapat sembahyang terawih dan berjumpa lai latul qadar lah selalunya. Bila penat ..saya tak ke mana-mana bila sampai di kampung. Malam ini malam 27 ramadhan dah. Lai latur Qadar. Adushhh.
Penutup cerita: ucap Selamat Hari Raya pada diri sendiri sahaja lah. Bawak bertenang. Jangan bersedih kerana tak dapat pulang berhari raya dgn ibu tercinta. Lagi pun , tidak ada dlm kitab mana-mana .. Sahih Muslim, Sahih Bukhari , Ihya Ulumiddin .. mewajibkan kita balik raya mana-mana. Kau balik dapat pahala ..dan jika tak balik ..awas anakku berdosa besarlah engkau. Mana ada bukan? he..he.. selamat kita.
So pura-pura anda dan keluarga sedang bertugas di Arizona, USA sahaja lah tahun ini. Relax. Pagi raya ,,, makan corn flakes campur susu berkrim pekat susu lembu Amerika atau Argentina. Kueh? cadbury black forest + kacang-kacang gajus bersalut madu dari lembah mana tu .. di Peranchis. He..he... lunch? lempeng bercicah dgn sardine mckarel dari Amerika Syarikat. Sos? Linggam, Malaysia. (laugh).
Untuk pengetahuan saya dah biasa tak balik raya/ time saya berstatus students peringkat GCE A-Levels, BSc Computers dan Masters Computers degree .. saya tak balik pun beraya mana-mana. Sihat pun saya. Relax? Senyum sorang-sorang diri bila pandang cermin bulat di waktu pagi ....pakai baju melayu bersamping ..jam 1000 pagi tolak trolley besar masuk emporium orang Inggeris di Leeds dan Birmingham .. beli macam-macam .. habiskan duit untuk memakan dan meminum sorang-sorang diri di tanah penjajah bernama England. Pura-pura ada angin kencang sedang bertiup-tiup , sejukkkkkk sekali, dan terselak kain sampingku. Wush..sejuklah angin di England dan Arizona ini. Students di luar negara selalu berkumpul di Malaysia Hall, London. Itu pun .. on Sunday. Week ends. I seldom attend all those functions. Ok punya?
So for those out side there .. don't cry .. time raya. It won't be the end of the world you know? Think .. it is so nice raya kat tempat orang. No visitors .. lagi ok kita nor? Baca buku jer. Baca jurnals ..tetapi banyak tak faham dari faham. (laugh).
Wallahu aklam. Maaf dipinta. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Bathin. p/s: kalau tak-leh bawak anak-anak dan isteri ke kampung , kira-kira tak beraya sakan lah kita.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin,Dr. =)
Sama-sama Puan. Wish you will have a great raya in Besut, Terengganu. Kirim salam saya kpd my ex-teachers i.e., your beloved pak mertua dan ibu mertua mu. Untungnya dioooo! wasallam. tk care plz.