Ucapan 'Well Done my Son'

Posted by sazali

Salam

Bila kita ada anak ..  jika dia menceritakan kejayaannya dalam peperiksaan percubaan SPM 2012 ..jgn lupa ucapkan 'Well Done my girl!'

Ucapan begini memberinya banyak motivasi untuk terus ..berusaha dan memperolehi kejayaan demi kejayaan.  Tak payah hantar anak ke Camp Musim Panas di mana-mana pun/


Sebagai ibu dan bapa ..  jgn lokek ..dengan ucapan seperti 'Tahniah'.
'Syabas'. ' Bagus tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Mek Ani'.

Semua ni free of charge/  pendek kata ..  bibir mulut kita dan lidah biar ringan untuk menyebut kalimah-kalimah motivasi agung ini.  Lagipun ..untuk anak-anak kita juga.  Kalau tak kita puji anak kita siapa lagi/

2) Jika kalian ..dianugerahkan isteri yg 'pandai' memasak terutama waktu shahur ..  ucapkanlah Great ur cooking is superb!  Brilliant!  the best dish ..i  had ever tasted in my entire 50 year life.  Kalian tak tengok astro TLC.  semua masakan dia try dan dia ucap 'fantastic'.  'great ..thats superbbbb ..out of the world really'.  See?

Saya rasa ..jika kita suka memuji masakan isteri kita ..lagi seronok dia nak masak, memasak , dan terus memasak .. kasihan kat dia tau?  jam 0430 pagi kena bangun untuk proses makanan dalam fridge, panaskan balik, kutip makanan bawah tudung saji, panaskan balik,   hidang dan ..kejut suami dan semua anak-anak dan menantu bersahur pada bulan ramadhan yg mulia ini.  Semua dibuat tanpa meminta sebarang bayaran tambahan.  Sedaplah mak masak ni!  he..he..!


3)  Mengikut pengamatan saya, orang melayu dulu dan sekarang sama jer/  payah nak ucap apa-apa yg segar telinga mendengarnya.  Kalau anak buah baru khawin lain ..  jgn harap Boss akan ucapkan 'Bagus kau Suddin'.  Yang kita dengar ada lah ..'mana Suddin ni..dah lama aku tak nampak batang hidung dia'.  gi cari dio tu/  aku nok jupo dio segera.
tak seronok betul kerjo bawah boss gini lagu.

Time membaca Al Quraan pun sama/  tak pernah aku dengar Tok Guru Ngaji Quraan kato kat aku '..  bagus tu ..  sedap suara mu ..  tajwid bagus doh tu .. '

yang aku selalu dengar ' Salah tu!  .. tajwid muuuuuuuuuuuuuuuuuuuu di mana ni..  ?'  (sambil kepala rotan dicucuk ke dalam lubang telingo aku).  Hisshhhh .. tok best ngaji dgn tok guru Mok Weng ni.  Asyik keno maroh jah.  Malah aku ngaji.

So sebagai penutup ..  jom kita memberi sedikit umphhh .. banyakkan kata kata ucapan kepada isteri, anak-anak, cucu cucu, jiran tetangga, rakan seperjuangan, kawan se opis, kawan se fakulti, kawan se universiti, kawan se negara , ..  dan seterusnya.  Well Done Datuk Lee Chong Wei . U r our hero .. Malaysian Hero.  Olimpik 2012 London.  Well Done.  U made us really proud of being a malaysian ..that night.

Sekian.  Wallah huaklam



0 comments:

Post a Comment