Masa terus berlalu ..

Posted by sazali

Salam.

Alhamdulilah kita sebagai umat islam telah melalui 24 hari berpuasa.  Ada orang , Allah permudahkan dia berpuasa 24 hari penuh, dan ada yang Allah telah kurniakan 24 hari ramadhan tetapi disebabkan faktor tertentu seperti biologi .. dia hanya mampu berpuasa selama 10 hari sahaja.  Mungkin dia uzur atau sakit atau .. (sangkaan baik ).


Di sini izinkan saya berpesan kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum pembaca kalian mendapat apa apalah  jua  'faedah'nya.

(i)  peluang berpuasa ini mungkin kali terakhir untuk kita ..  mungkin satu hari nanti sebelum datangnya ramadhan tahun hadapan .. kita telah dijemput Allah untuk  mengadapnya ..tanpa diskriminasi .. bangsa, umur, darjat dan pangkat apa-apa.  Kullu nafsin za ikatul maut.  Semua kalian akan merasai mati.

(ii)  oleh itu ..gunakan peluang berpuasa ini sebaik mungkin.  Bagaimana?  jika kita staf kerajaan seperti penulis seorang guru/pensyarah ..  kita buat semua tugas yg diamanahkan oleh kerajaan/ Universiti/ sekolah.  Mentaati perintah dari pihak atasan adalah dituntut pada  bulan-bulan puasa begini.  Kita membaca buku, nota kuliah, menyemak tugasan pelajar dan boleh juga buat research sepertti downlload  kertas peperiksaan dari universiti R.U lain di tanah air.  Kita buatlah perbandingan kualiti soalan.  Fikr jap .  pelajar kita boleh buat tak soalan R.U begini?

(iii) jika dah rasa boring membaca buku pelajaran ..kita boleh beralih kepada membaca Al-Quraan secara sendiri-sendiri dalam hati (jgn baca kuat).  Malas juga .. kita berzikir dengan menyebut subhanallah, alhamdulilah, Allah Akbar, salawat kpd baginda rasulullah s.a.w. Kalau berzikir dalam staf guru jgn lah ampai berpeluh-peluh pula.  Berzikirlah secara normal/ bersantai saja/ tak yah kuat kuat bunyinya/  nak pakai biji tasbih pun ok ..tak guna biji tasbih pun tak apa/  gunakan jari-jari sepuluh itu yg Allah berikan secara percuma sejak kita kenal ..ibu dan ayah kita.  Simple?

(iv)  kalau semua tak mau ..  apa kata ..kita contact ibu kita yg berada di kampung.  Kasi 10 minit ..kita phone jer mak kita.  Cakap elok elok dgn dia.  Mulakan dengan assalamu alaikum ..  dan mak apa khabar?  sihak kor?  sahur tadi dengan gapo?  sedap solok lado tu?  he..he..  geletek geletek hati ibu kita yg semakin hari semakin tua.  Mendengar suara ibu pun satu pahala.  Cakap elok elok dengan penuh sopan dengan bonda kita pun satu pahala.  Tanyalah ..mak buat apa raya ni? masak apa mak raya ni?  Best ..mak buat sate lah .. kami tak balik tahun ini mak ... (beri alasan) tetapi kami pulang nanti 20 shawal mak.  Insya allah. Tadi jali dah e-transfer rm500 untuk mak beraya tu ..  bukankah ini satu benfda yg best untuk telinga bonda dengar dari kita.  he..he..

(v)  kalau dgn mak pun malas nak contact .. apa kata contact jer ..  ayang kat rumah itu.  My wife tak kerja kerajaan.  Dia suri rumah tangga jer.  yang ..wat apa tu?  today mau masak apa .. untuk berbukak puasalah/ daging ayam dah, daging lembu dah,  ..  i beli daging rusa ok tak bali opis nanti ?  (mesti bising tukang masak ..ha..ha..) . begitulah .. kalau muda-muda dulu sebelum khawin every second SMS Maxis , Celcom, Digi  kita bergayut kat cell phone masing-masing .. kenapa selepas dapat  6 orang anak , 3 orang cucu, 2 buah kereta, 2 buah rumah , ..  , 30 tahun berumah tangga ..  cara kita berinteraksi dgn pasangan kita hambar dinar jer...  kalau kita tak CREATE all the  excitement, happiness, good goody good ..siapa lagi mau bikin keseronokan itu kalau tidak kita bukan?  Tetapi ingat 10 minit jer/  kita kat opis tau?  jgn over over ...nanti kita dipanggil dekan.  Mati kita/


(vi) waktu malam ..  kita gi terawih kat masjid/ surau.  Buatlah 20 rakaat.  Jgn dok asyik buat 8 jer.  Tingkatkan sedikit bilangan rakaat sembahyang terawih itu.  Sembahyang dgn penuh khusyuk.  Jgn marah marah jika imam tua mula membaca surah panjang-panjang seperti Al- Imran, An-Nissaa, Al-Mulk, seelain dari Wal Asri,  Al qadr , ..  pasang senyuman itu .. dari awal sembahyang terawih kpd akhir sempurnanya sembahyang terawih.  Jgn panik.  Tak pernah ada berita dalam akhbar Metro, Utusan Malaysia atau Star ..  melaporkan 2 orang guru mati kerana stroke ..disebabkan terlampau lama sangat berdiri dlm sembahyang terawih ini.  Ada tak?


(vii)  balik terawih ..  ajak bini makan asam .. potong pauh ringan, cicah cuka, garam, gula, belacan dan of course cili padi.  Makan banyak banyak sikit .. insya allah ..malam nanti tak leh tidur kaut.  Kerap melawat tandas kerana najis keluar tanpa henti-henti.  Jgn lupa buat kopi orr yg kau.  Sedap tuan hamba.  If tak mau makan cholek pauh ringan .. why not .we prepare ..  goreng keropok lekor .. 2 batang yg panjang pun dahh ok punya.  Makan dgn bini lah ..jgn lupa itu.  sambil-sambil tengok television .. ustax kapten punya filem melayu .. ending story that filem ustaz itu mati di luar negara .. sayu jugak hati .. that day walaupun tergigit cili padi berwarna kuning .. pedasssssssssss.

(viii) after semua dah selesai ..jom tidurlah.  tapi pasang niat ..jam 0430 pagi ..kita bangun dulu ..sembahyang  sunat tasbih, sunat tahajud dan jgn lupa ..  tutup dengan sembahyang sunat witir 3 rakkat 2 salam please.  Tak lama ..ibadat waktu malam ini kat rumah .. 30 minit - 45 minit settlelah ..sebelu kita dipanggil oleh bini kita ..bang ..sahur bang.After that sahur ..jom kita gi sembahyang fardhu subuh berjamaah.

Begitulah adanya.  Kalau nak join ahli masyarakat lain ..untuk beribadat waktu malam .. kita kena join jam 0330 pagi lagi.  payah sedikit itu kerana .. kiat kena sukat tenaga kita.  Pagi nanti jam 0700 pagi  kita mau bawak kereta dari rumah menuju ke pejabat / opis/ sekolah/ kilang Sharp .. dan macam-macam lagi destinasi bukan?

Why not kita join dgn masyaraakat untk semabhyang malam lama-lama sikit -   time ?  weekends jumaat, sabtu dan ahad sahaja.  why?  kita boleh sambung tidur  selepas subuh ..

See?  thats the way ha hard ha hard/   insya allah Allah jualah yg memberi pahala kpd kalian semua.  Yang baik dari Allah ..yg tak baik semua adalah kelemahan saya sendiri.  Pokok pangkalnya ..muim raadhan ini ..kita buatlah amalan amalan mulia yg dituntut oleh PENCIPTA sekalian alam.  Doakan kita dapat malam Lai klatul Qadar.  1 malam = 1000 bulan = 83 tahun 10 bulan pahala amalannya.


Wallah huaklam ..

0 comments:

Post a Comment