Tidur ayam

Posted by sazali

Salam

Bulan puasa payah nak tidur dengan nyenyak maklumlah macam-macam nak uruskan.

Pertama:  Ibadat bersahur - sunat yang paling besar tak boleh ditinggalkan kerana mengikut hadith Rasulullah s.a.w. perbezaan puasa umat islam dengan umat umat terdahulu ialah dalam 'bersahur'.  Orang yang bersahur mendapat rahmat dari Allah sepanjang masa.  Rujukan:  Fadilat  Amal.  2000.  Kuala Lumpur.

Kedua:  Ibadat sembahyang tahajud, tasbih dan witir.  Bagus menggerjakan sembahyang sunat ini sebelum jam 0500 pagi.  Mengapa?  Jam 0500 pagi kita bersahur.  Tersangat afdal orang bersembahyang tahajud apabila 1/3 malam masih berbaki.  Pada saat inilah kita boleh mohon apa-apa yang kita berhajat dari Allah Tuhan Semesta Alam.  Dulu semasa saya sibuk menulis tesis PhD ..saya gunakan tahajud ..untuk minta dari Allah ..idea dan keberanian untuk menyampaikan apa yang ada dalam otak saya ke atas beberapa keping kertas dalam Bahasa Inggeris.  Saya sebut istilah  keberanian kerana ..kita mesti berani menyampaikan hujah sesuai dengan tahap kesarjanaan kita selama ini .. mengikuti pengajian PhD selama 1 - 4 tahun.  Tetapi semua ibadat ini tak leh lawan dengan sembahyang fardhu Subuh di masjid.  Why?  Sembahyang subuh adalah wajib sedangkan sembahyang tahajud, tasbih dan witir adalah berstatus 'sunnat'.  Buat leh pahala dan tak buat rugi kita.


Ketiga:  Bila dah selesai subuh ..kita nak uruskan anak-anak ke sekolah.  Kena pastikan beg along dan angah tak bertukar ..maklumlah anak anak pun sedang belajar berpuasa.  Bila mata mereka menggantuk nanti tertukar beg sekolah .. ayah/mak juga yang susah .  Betul tak?
Zaman sekarang ..anak anak adalah boss ayah dan bonda.  Tak percaya?  tengok siapa fotostat gambarajah peta malaysia setiap malam di kedia fotostat?  bukankah ayahmu !  Buku siapa ?  buku anak.  so ayah dah turun status jadi khadam (kuli).  Maaf.
---

Rumusan:  kalau saya jadi Perdana Menteri Malaysia ..saya dengan rela hati menganugerahkan cuti kepada semua kakitangan muslim muslimat pada bulan puasa ini.  Bila kita dah beri mereka cuti, tak payah berikan mereka bonus setengah bulan gaji esok 09 August 2012.  Jimat duit negara.  Bila beri bonus ..toke cina emporium yang dapat untung.  Inflasi berlaku di seluruh dunia.  Minggu lepas harga daging RM18 sekilogram. Mulai esok harga daging sudah tentu melambung.  Lagipun bila banyak sangat bonus, ramai staf islam tak akan jumpa malam Lai latul Qadar.  Kerana sibuk perabihkan duit bonus kat kedai cina, tambi dan indon.  Kaum ibu akan menggunakan duit bonus itu untuk membeli alat-alat dapur yang sedikit eksklusif.  Bila dah ada duit bonus, benda tak perlu tiba-tiba jadi perlu.  Kita banyak membazir. Dulu tak dapat duit bonus , kita beli kueh kering tunjuk-tunjuk 10 balang banyaknya.  Bila ada bonus, insyallah , jumlah balang biskut pun bertambahlah dari 10 ke 20 botol ..begitulah adanya.

  Settle? Mengapa cuti?  Saya rasa kita umat islam ..mengharungi banyak kesusahan  dari segi kesihatan  dan kecergasan fizikal bila tidur tak cukup setiap hari selama 29 - 30 hari pada bulan ramadhan ini  ..  maklumlah ..  badan kita tak cukup rehat macam kaum lain (cina dan india) yang bukan beragama islam.  Banyak kes kemalangan berlaku dalam bulan puasa maklumlah ..  mata pemandu kereta dan motosikal ..tak dibuka betul-betul  100% pada jam 0630 - 0800 pagi.  Mata tak bukak kerana kita tidur ayam jer selama satu bulan puasa ini.  Lagipun ..saya perhatikan kita selalu  berkejar-kejar untuk menjalankan apa apa aktiviti ..  contohnya ..guru guru kanan sekolah .. tercungap-cungap naik tangga satu tingkat , dua tingkat dan tiga tingkat untuk mengajar .  Jika mereka berbadan dua(mengandung) .. kasihan mereka.  Sebagai negara islam contoh, beri cuti jer semua staf islam di negara ini.  Deal ialah tidak ada bonus kerana kerajaan dah kurniakan CUTI SEBULAN lamanya.  Saya percaya ramai staf islam akan sokong kerajaan yg ada pada hari ini.

Al-Fatihah.

Sekian.  Wallahu aklam.


1 comments:

  1. Unknown said...

    Agreed.. di Arab saudi bulan puasa mmg cuti..

Post a Comment