Satu puzzle dalam hidupku

Posted by sazali

salam

Aku sayang kat ibu.  Mana ada anak tak sayang kat ibunya.  Ibu adalah segala-segalanya dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.

Dalam Al-Quraan ..  Allah Pencipta sekalaian makhluk ..  memberi penghormatan kepada insan berstatus IBU.  banyak ayat-ayat Al-Quraan memerintah anak anak sejak adam a.s hingga kepada hari ini ..supaya kalian sentiasa taat kpd ibu-bapa.  Taat kita kepada ibu mesti 3 kali darjat dari taat kita kepada ayah.  Mengapa?  Kerana senang jer. Ibu bawa kita seberat 20kg merata-merata selama 9 bulan 10 hari ..(mengandung) ..   bahkan dalam hadith-hadith ada menyebut setiap kali ..selesainya proses melahirkan anak 1,2, 3 , ..n, n kali .. setiap itu menghapuskan dosanya .  Alhamdulilah jika dia redha dgn kesakitan yg dialaminya.

Tetapi ..  benda yg menghairankan saya ialah ..

mengapa sang ibu ramai ..dalam neraka ? (bukti:  hasil lawatan Nabi Muhammad s.a.w ..  pd mlm israk mikraj ..  ke kawasan neraka ).


Jawapan dari Ustaz Wan Yusoff (dakwah n tabligh Dusun Rajo, KB, Kelantan) :  Mungkin jawapan ini .. tolong verify ..tentusahkan ..buktikan ..

1- ada sesetengah kaum wanita tidak menghargai penat lelah suami mencari nafkah hidup sehari-hari/contoh ayat : eleh ..ikan kembong jer abah dia/  dulu ayah aku kasi aku dan adik beradik aku  makan .. daging kancil tau?

2- ada sesetengah kaum ibu yg terpelajar n profesional n so loaded  .. sanggup mengeluarkan ayat ini kpd sang suami ..  ayat durhaka ..  kau ada atau kau tak ada .. serupa jer /  aku dah cukup segala-galanya.  Nyah kau dari sini..  bawak keluar semua pakaian, reket badminton, seluar trek, PC, buku akaun bank Muamalat  kau .. and clear off  ur ISWARA 1.3S second hand itu dari kawasan garage aku/

See?  bertaubatlah kalian.  Ada sesiapa lagi nak tolong menjawab kekeliruan saya ini?

Wallah huaklam.






0 comments:

Post a Comment