Kita sekadar pelakon

Posted by sazali

Salam

Alhamdulilah semua umat islam beraya hari ini.  Selamat Hari Raya Aidil Fitri.  Maaf Zahir dan Bathin.  Sempena hari yang baik dan mulia ini saya turunkan di sini 14 jenis lakonan umat islam pada hari ini.  Saya syorkan mainkanlah lakonan itu sebaik mungkin agar Allah happy dgn kalian.  Ameen.

(i)  seorang anak -  minta ampun dengan ibu bapa yg sudah banyak berjasa kepada kita.  Kita capai status pada hari ini ..semua adalah hasil susah payah ibu bapa kita itu.  Bersyukurlah.

(ii)  seorang suami -  ucap terima kasih kepadaisteri kita yg tercinta.  Kita berjaya dalam semua bidang kerjaya .. banyak pengorbanan yg telah dibuat oleh isteri dan anak-anak tau?  Bersyukurlah tuan hamba.
Sebagai isteri .. puan / kakak pun tahu peranan dan lakonan u bukan today?
tok bakar sate ko.. rendang mano?  roti nok cicah dgn kuah sate di mana/  mintak ampun dgn suami dan suami pun kena mintak ampun jugak dgn bini.  Orang yg  mana isteri mereka telah membela, membelai  suami sampai masuk universiti, naik jawatan guru pakar macam macam .. kena ucap banyak banyak terima kasih kat bini tu. Dio dah banyak berkorban untuk tuan.  Jgn gaduh-gaduh lagi.  Jg hatinya bini.. then makin banyak duit kito leh korek dlm beg galas bini itu.  Settle?



(iii)  menantu/  ucap terima kasih kpd pak mak  mertua //  melawat lah mereka/  bawak hadiah kat mereka/  ingatlah kalau Allah Taala tak campak rasa restu kat dalam hati pak mak mertua kau dengan pinangan kau hari tu ..tak kan dapat kau khawin dgn anaknya tau yg cantik jelita macam Seniwati Sarimah  itu?  So berbaik baiklah dgn mereka pada hari raya ini.  Jgn today baru sibuk .. jarak rumah mereka dgn tempat kau bertugas.  Dulu orang ramai dah kata ..  kumpur tu jauh/  tapi kau kata dekat jer/  now bila uban dah banyak atas kepala dan perut dah mula buncit .. semua nampak jauh.  So no excuse.  wajib kau melawat mak ayah mertua kau.. NO WAY OUT!  syukur banyak banyak kat Allah dan mak pak mertua kau ..dengan izin mereka ...kau dah dapat anak yg ramai .  Berderet deret ..  boria jer warna baju bila kelaurga kau berjalan atas batas sawah padi di sana.   Minatk maaf dgn mereka banyak-banyak dari rambut ke hujung kaki.  Maaf dengan ikhlas.  If can ..action ..nangis sikit.  Nanti ..mereka kasi kau harta kebun sawit 2 - 3 hektar kau?  (laugh)

(iv)  seorang ayah/ bapa / ibu/ nenek /atuk-  ucapkan happy raya kepada semua anak-anak.  Kalau ada duit hadiahkan setiap anak dengan wang sebagai tanda 'terima ksih anak ' kerana menemani abah ke luar negara untuk pengajian masters dan PhD.  Bersyukurlah tuan hamba.  Nok gapo lagi?

(v)  salah seorang dari saudara-saudara mu yg lain dalam hierachy sanak saudara bermula dari toknenek kita dari Thailand, Indonesia, India, China, kita, sepupu-sepupu kita, saudara-saudara seibu sebapa, dan lain-lain,  Bersyukur kita tidak bergaduh dan berkelahi macam orang dahulu kala.  Pada hari raya ini .. tak yah bergaduh pasal parti politiklah.  UMNO dan PAS dan PKR dan DAP ..kita semua dari satu rumpun yang sama/  Umat Muhammad s.a.w.  MInta maaf terkasar bahasa ..  haram jadah .. sapo kato tu?  Berjabat salam.  Lupa yang keruh dan ambil yg jernih. Ok?

(vi)  jiran tetangga.  Jadilah seorang jiran yang baik hati pada hari raya ini. Kita saling kuunjung mengunjung antara jiran-jiran tetangga.  Melawat jiran / ibu bapa jiran yang terlantar sakit di rumah jiran atau hospital.  Tanda kita prihatin saudara.  Jiran adalah saudara kita juga.  Tanpa kita , jiran lah yang akan menjaga rumah tangga kita dan anak-anak bini kita .. kalau terjadi apa-apa.  Ingat itu?

(vii)  orang kampung.  Kita mesti bermanis muka dengan orang-orang kampung .  Jangan sombong dan meninggikan diri.  Berbahasa dengan baik/  semua orang suka kat kita.  Insyallah bila ada kenduri ..mereka akan hadhir menyerikan majlis kita yang tak seberapa grand pun.  So jadilah ahli masyarakat yg berbudi bahasa tinggi. Tak rugi tuan hamba?  ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.

(viii)  saya guru.  Jemputlah anak-anak murid mu bertandang ke rumah. Jamu mereka dengan apa-apa yg ada.  Kalau ada bonus tu, hulur-hulurkan sikit.  Tentu anak anak murid pun boleh bergembira sama.

(ix)  saya adalah seorang murid kerana tuhan mintok kito tuntut ilmu sampai ke mati.  Pada hari raya, melawatlah rumah guru-guru kita sama ada yg masih sihat atau terlantar sakit di rumahnya.  Jika kita berbuat demikian , insyallah Allah Taalla memberikau .. sakinah/ rahmat/ keberkatan hidup.  How?  anak-anak kau cerdik belako.  Dapat scholarship dan tak yah tuisyen ke sana sini macam orang gilo.  Betul kan?  Minta guru mu halalkan ilmu yg telahmereka samaikan kpd mu dahulu.  Gi pusara tok guru tok guru Quraan mu.  hadiahkan Al fatihah kpd mereka.  Tanpa ilmu dan didikan  mereko dalam selok belok agama ..u r nowhere as u r now brother?  Boleh beristerikan anak anak org kayo dan orang kuat dalam parti kerajaan. Right?

(x)  seorang rakan .  Kita ada ramai kawan di sekolah, masjid, pasar , emporium, stadium, stesen bas, stesen kereta, airport, kedai mamak 25 jam parit rajo  dan banyak tempat lagi termasuk luar negara.  Kita berlakon jadi rakan yang baik.  Kalau member susah ..  patah kaki ker/  operation kaki / potong kaki kerana kencing manis .. tolonglah mereka.  How?  cari kaki baru untuknya.  (laugh)  Kalau kawan kita sudah kematian isteri / tolong rakan kita itu/  How?  senang jer.  cari bini baru untuk nya yg sepadan .. contohnya jika dia tinggi badan  > 5 kaki 5 inci /  cari pasangan hidup baru untuknya yg tinggi nya sekitar 5 kaki 5 inci juga.  Tidak tension dio.  Insyallah. Kalau dia ada PhD matematik Harvard .. cari bini baru untuknya yg ada kelulusan setanding macam itu.  Boleh kor?  Jika rakan baik kita meninggal dunia.. hantarlah dia ke tanah perkuburan/ al fatihah untuknya/ doakan agar dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg baik.  payah sangat kah itu semua?

(xi)  salah seorang dari pengunjung rumah orang pada hari raya.  Berlakonlah dengan baik.  Jangan intai anak anak dara mereka.  jaga mata juling mu itu.  Haram hukumnya.  Makan apa yg dihidangkan .  Jangan mintak makanan yg tiada.  Contoh mintak tandooooori mamak dengan jiran kita berbangsa KEMBOJA.  Mana ada lah?  Anak anak dara orang islam kemboja ..kulitnya putih macam hamba juga.  So jaga mata mu itu.  Cakap elok elok.  Berlakonlah dengan baik , terbaik insyallah kita semua akan hidup bahagia

(xii)  berlakon sebagai atuk.  Hushhhh..ini yg paling best.  Dah ada 3 orang  cucu saya ini.  So as atuk muda ..  kena spare sikit duitlah untuk cucu-cucuku .. tetapi .. mereka tau ke belanja ni?  (laugh).  Save/ save duit atuk this time.  lagipun 2 orang cucu atuk .. nun jauh di Pulau Pinang dan Kelantan.  dan yg junior cucu .. all the time tutup mata (tidur).  Umur baru 25 harinya.  So dia tak dapat beza lagi duit RM10 dengan RM50 .. so save lagi duit atukmu/  best raya this time dgn cucu-cucu ni

(xiii) berlakon sebagai customer kedai apek dan tambi di kampung.  As customer , regular pulak itu, mesti ada hutang itu dan ini dgn apek/ tambi dalam kampung sendiri atau pekan besar di luar sana.  So sempena hari baik bulan baik ini ..jelaskanlah hutang itu.  Settle hutang cepat-cepat.  Kito berhutang dgn org bukan islam ..lagi kena cepat kito settle hutang kito tu.  Jaga imej islam.  Biar cakap serupo bikinlah.  Kasihan ..apek dan tambi kedai itu.  Dia pun ada anak bini.  Kalau kau bayar hutang ..lega mereka berniaga dalam kampung kalian. Dengan lunasnya hutang mu itu ..dia boleh we makan minum anak anak dio jugok.  Dio happy mu pun happy jugok.  Right?  Kasi chance mereka happy jugak ..  kita pakat-pakat bayar hutang kedai itu.  Jgn berbaki hutang itu.  kalau mu  mati accident sehari dua ini ..kira dah bayar hutang.  Semua amalan sembahyang terawih + puasa 29 hari .. kira kira tak tergantung apa-apa di sisi tuhan mu. kalu mu cayo ada tuhan bernamo ALLAH Azawajala  ..bayarlah hutang itu ...  Hutang bank pun sama/  bayar hutang itu. Please.  HUTANG WAJIK DIBAYAR. ( Tok Guru Nik Aziz somo wayak pagi sabtu kat kelab pas kota bharu) .   If perabih semua hutang today lagi bagus ..tetapi .. apa apa pun bayarlah.  Pasang niat ..bor lah berhutang lagi dan lagi.  Please?

(xiv)  akhir sekali sebagai rakyat Malaysia. Keno puji hari rayo ni//// (he..he..)  Puji sikit YB Dato' Seri Md Najib Tun Razak  PM Malaysia kito tu dan barisan MP MP yg telah bertungkus lumus membina ekonomi Malaysia.  Seingat-ingat atuk lah dah banyak kali lah gaji pegawai kerajaan dah naik , naik , dan terus naik.  Baru baru ini tiba-tiba ada bonus pulak 50%. Sedap kalian beraya sakan nor?  Hargailah ..sumbangan yg telah dibuat oleh pihak kerajaan kita ini.  Memang mana ada 100% perfect kerajaan kito atas muko bumi ini ... tetapi memandangkan gaji kita dan 3 - 4 kali naik ..apa lagi nak complain   boss? Sekarang gaji koporal polis dan askar dah menjijak RM4000 sebulan ..dulu semasa arwah ayah pencen tahun 1982 ..gaji korporal RM780 saja sebulan.   Bersyukurlah ..kita rayo di Malaysia/  apo kato today tuhan wat kito rayo di Syria, Afghanistan, Pelestin, Bosnia today mampus kito weh  lokkk .. ,  payoh nak paka kain samping ma.  Ha..ha... org yg pandai bersyukur ..Allah akan kasi lagi banyak rezeki kat kito.  Puji kat Tun Mahathir jugak.  Bijok kepalo otok Tun. Bijok seghoti.  tabik sprint Tun.  Kalau tak ado dio ..mana ada lebuhrayo UTARA SELATAN dan TRENGGANU.  tapi ..opps brek.  Bilo boh ..lebuhraya KL straight masuk Kota Bharu nyor?  apa apa pun ..saya ingin mengucapkan banyok-banyok  terima kasih banyak-banyok kpd kerajaan kito yg bijok bistari.  Alhammdulilah.  tok leh lawan .. kerajaan arab dan nigeria pun nok belajar dgn kito orang.  Sebab itu tertubuhnya INTAN, Bukit Kiara dan Intan-Intan yg lain.  Syukur ..leh ado anak anak kito lahir dalam kebun sawit tetapi kerja PTD-PTD di INTAN itu.  Betul tak atuk cakap ni?

Selamat Hari Raya .  Aidil Fitri semua.  Maaf zahir dan bathin. Maaf jika brothers & sisters tersinggung dengan bahasa saya yg .. tak censor . sangat sangat ini.  Tak sengaja. please brother/ sister.  Maaf kan hambo org kelate tapi dgn pertolongan kerajaan malaysia .. aku leh belajar rato riti dalam dunia terbukak luas ini termasuk rezeki kat anok anok & cucu cucu hambo selama ini.  TQ so much Allah dan TQ so so so much Kerajaan kito  ..  Wallahu aklam. 

0 comments:

Post a Comment