Rambut sama hitam , hati lain-lain

Posted by sazali

Salammereka makan

Bahasa Melayu kaya dengan peribahasa , simpulan bhasa dan banyak lagi.  Saya ingin mengingatkan diri saya dan para-para pembaca tentang peribahasa di atas.

Makma literarinya ialah :  jangan percaya sangat kepada semua orang.  JIka kita kenal 20 - 50 tahun pun , kenalan kita boleh menipu kita hidup-hidup apatah lagi kita berkawan dengan orang melalui Facebook , internet, naik bas sama-sama, naik teksi KUmpur sama sama dan lain-lain media komunikasi.

Banyak contoh boleh kita ambik iktibar tentang peribahasa di ayas.

(i)  sekarang orang asing dah pandai main ayat ayat cinta dengan amoi-amoi yang menghampiri zon pencen dalam perkhidmatanya.  Hasil penyelidikan awang-awang hitam (africa) ramai mereka yelah berjayn memperdayakan mangsa-mangsa bukan setakat  mereka 'makan' tubuh badan amoi  tetapi wang simpanan yang telah lama terkumpul untuk masa tua/pencen pun turut hilang / lenyap dari pandangan.  Oleh itu berwaspadalah pegawai-pegawai awam / swasta di Malaysia ini.

(ii)  ada anak anak dara kita bertindak sebagai 'keldai dadah' untuk awang awang hitam dengan bayaran RM10,000 sahaja.  Kita dapat melantik keldai ini hasil dari persahabatan dan sogokan lumayan semasa mereka mengenali keldai ini dalam tempoh 2 - 24 bulan.  Hasil tangkapan polis polis luar negara ke atas keldai dadah ini ..  ramai pihak MCA/ UMNO bersusah payah melalui proses undang-undang luar negara untuk membawa keldai keldai ini balik buat confession  ke tanah air sempena hari raya aidil fitri untuk menangis dan ditonton bersama oleh semua rakyat Malaysia. 

(iii)  sekarang tak ramai orang bersikap jujur.  Tengok sahajalah jam jam tangan yg tertinggal dalam surau-suara RnR Lebuh raya Malaysia.  Tidak ramai yang dapat kembali jam mereka yng tertinggal dalam surau walaupun pengunjung pengunjung surau adalah kalangan mereka yg ada ingatan tuhan dalam sanubari mereka dari ramai  pengguna PLUS.  Mengapa jadi begitu? Kerana rambut kita walaupun sama hitam, hati kita lain-lain.

(iv)   dulu kat pasar beras Wakaf Bharu, jika kita membeli 3 - 4 gantang beras, selalunya ..  penjual menghadiahkan kita segenggam / dua genggam beras sebagai sedekah lillah hi taala.  Hasil dari sikap suka menderma , Allah kurniakan anak anak peraihberas  pandai pandai dalam sekolah dan universiti.  Akhbar Utusan Malaysia .. berjaya merakamkan ramai tok peraih berjaya melahirkan anak yg berjawatan peguam , akauntan, duta diplomat , PhD scholars , guru-guru pakar dan bisnesmen yang hebat-hebat.  SEkarang kalau kita pergi kedai Nasi Ayam di Bandar MUadzam Shah ..bukan setakat nasinya yang disukat cukup cukup tetapi tetapi kualiti daging ayamnya keras, kering macam selipa jepun BATA jer , berbau, dan rasa-rasanya sudah expired.  Hasil jualan ini termasuk sumpah seranah pembeli ..melahirkan ramai anak anak dari keluarga penjual nasi ayam, nasi dagang dan nasi berlauk yg jadi kaki dadah, mat rempit  dan banyak bergejala sosial.  Orang dulu masih ada lagi masa  nak tadah telinga mereka nak belajar agama di Masijd , Surau  Wakaf Baharu ..tetapi sekarang ramai penjual beras dan macam macam .. ada yang tertidur atas guni guni beras mereka sahaja kepentan.  Tidak ada masa langsung  gi dengar Ustaz Ustaz jemputan memberi taskirah dan lain-lain.  A u zubilah hi minas syaitan ro jim.  Rambut sama hitam, hati lain-lain.

(v)  kalau menjual , kita dianjurkan bermanis muka dan bersuara enak kat pelanggan sama ada pembeli mahu membeli ataupun tidak.  Ucapan terima kasih setelah proses muamalat selesai dengan adanya keuntungan seharusnya menjadi budaya penjual apa tah lagi ..di Kelantan yg tersohor dgn jolokan gelaran serambi mekah.  Kata-kata yang manis akan dikenang oleh pelancung jika ke Kelantan ..tetapi la ni .. jarang sangat kito  dengar ucapan teriima kasih dari mulut peniaga di sana / dan ada yg tak mahu layan kita pun.  Keadaan layanan ini berbeza jika mereka ternampak pelancung asing, mereka punya stail layanan kalah pelayan STOR SELFRIDGES in OXFORD STREET LONDON.  Itulah rambut sama hitam hati lain-lain.

Dunia dah banyak berubah.  Oleh itu berhati-hatilah anak anak ku di mana jua engkau berada. Jangan jadi hamba FB sepanjangmasa, siang dan malam.  Gunakan masa berbual dgn orang tua mu ini.  Masa berbaki semakin berkurangan ..

Walalllahu aklam.

0 comments:

Post a Comment