Arahan guru

Posted by sazali

Salam

Kita semua pernah ke sekolah. Kita ke sana untuk belajar beberapa bidang ilmu dan dalam masa yg sama kita belajar berkawan-kawan dengan orang dari bangsa lain seperti bangsa cina dan india (sikh).

Pemain utama di sekolah dipanggil GURU/ CIKGU.  Orang paling utama ialah PENGETUA/ GURU BESAR.

Tetapi semua itu tak wujud tanpa .. pemain tak utama ini yg bergelar PELAJAR-PELAJAR.  Tanpa kami, kalian tak dapat kerja tau dan of course .. no gaji cikgu wehhhh.

Tetapi mengapa kami selalu disalah ertikan?

(i) tak buat homework, kami yang salah?
(ii) tak masuk kelas awal awal pun , kami salah?
(iii) kereta ibu lambat .. so kami sampai lewat pun ..kami salah?
(iv)  tak buat cemerlang dalam PMR ..kami salah?
(v) dan akhir sekali jika kami tak dengar .. arahan guru .. kami juga yg salah?

Mengapa dunia ini ..jadi seburuk ini?
-------------------------------------------------------

Jawapan senang jer/  tak yah gi Oxford University pun nak tahu jawapan benda benda di atas.

b(i)  if tak buat homework, makna nya kau tak mahu belajarlah tu.
b(ii)  if tak masuk kelas awal awal .. makna nya kau tak berminat belajar matematik tambahan lah itu
b(iii)  emak kau pun guru jugak//  kau di sekolah menengah // ibu kau di sekolah rendah// dah tahu kereta tak berapa laju .. minta ibu mu beli kereta barulah.... why gohead .. kereto buruk Peugeut tu?

b(iv)  mak guru, ayah penghulu, tuisyen sana sini, duit berguni guni dah habis .. hantar kau tusisyen sana dan sini .  tak cemerlang jugak ..ini tanda kau ada masalah. Sebab itu kami guru cukup marah kat kau Balang.  Sikap kau .. kau nampaknya berlebih kurang jer bila belajar itu dan ini .  Tak nampak kau ni nak bersungguh sungguh hati nak cemerlang dalam semua bidang/

b(v)   bukankah kami sekolah dah bilang 1  2  3   4 ..  datang ke sekolah awal sedikit.  Sebelum jam 0730 pagi.  Nanti kami nak kunci pagar utama sekolah.  Jika kau ikut ..  arahan sekolah sejak muda ..nanti bila dah dewasa .. kau akan disayangi oleh boss kau ..   Kau Pekerja yang patut dicontohi oleh semua.  BUkankah murni hati guru guru kalian?

He..he..

Alasan lagi kau ini/

c(i)  nak buat homework macam mana cikgu/  mak saya selalu dapat adik baru.  Tiap tiap bulan 9 .. saya dapat adik yg baru.  Baru jer nak pegang pen hitam ..nak settle homework Add maths ... mak dah panggil ..suruh itu dan ini .. basuh kencinng adik dan basuh seluar pendek angah itu pulak ..  geli lah cikgu ..  nak pegang pen jawab soalan pengamiran itu penuh dengan cacing dan kerawit pulak.

c(ii) nak masuk kelas awal?  Cikgu tak ada mata ker ..  before kelass sains itu ..kami satu darjah..  main senaman ..  tiap tiap kali senaman .. datang hujan .. so kami perempuan ..basah/  kami kena salin baju // dari baju sukan kpd baju sekolah/ pakai bedak Amami pulak ..itu ..  kasi wangi sikit .. maklumlah kami pompuan cikgu.  Bidin dan Dolah itu ok lah .. tak mandi dan gosok gigi pun tak apa/ cikgu tak marah marah punnnnnn.

Kasihanlah kami murid-murid perempuan/  cikgu pun nak ajar maths ..dalam keadaan kami ..sedap mata cikgu memandang.  So lambat lah sikit ..cikgu.

c(iii) mak saya itu pun satu hal jugak.  Dia penakut nak lintas bas dan lori waktu pagi pagi begini.  Kalau dia bawak MERX   'M' series pun .. dia jennis penakut cikgu.  Kalau dia berani bawak kereta laju laju sikit ..  cepatlah saya masuk kawasan sekolah tu cikgu/  apa leh buat .. saya anak orang yg slow cikgu/

c(iv)  Tuisyen?  boringlah tuisyen di bandar ini.  Muka cikgu yg sama jugak.  Kat sekolah .. dia tak masuk kelas ..tetapi time tusiyen ..pop pop pop .. muka nya ada pulak.  Boring!  sebab itu .. saya tak kesah sangat belajar tusisyen tu cikgu lagi pu n .. duit belajar saya semua datang dari hasil sawit jer cikgu/  nak tak nak ..pokok sawit sentiasa berbuah/  bila ada buah ada duit tuisyenlah saya/  so ...cikgu apa susah nya pulak?

Lain lah ..jika pokok sawit tak mau buah buah lagi.  Tak yah saya tuisyen semua subjek gila ini.

c(v)  Pintu pagar 730 nak kunci?  Kunci jerlah cikgu/  tak payah tunggu 730 pagi/  kunci jam 0720 pagi pun tak ada orang nak marah pun cikgu/

Kuncilah ..awal awal kunci pun bagus jugak//

Ha..ha..

Boleh kami cakap ..  sekolah tak kasi kami masuk belajar lagi.  Cikgu nak belajar dan ngajar sendiri sendiri jer/  syok sendiri lah tu.  Tak kah binggung .  cara begitu cikgu?

Ha..ha..

Sekian.  Berilah arahan .. biar berhemah sedikit.  Budak budak sekarang .. makin pandai tau?  Buat alasan dan perkuatkan kes ..  macam macam mereka boleh buat.  Bertenanglah cikgu.  Kasi chance .. buat kita sebagai kawan.  Jgn bossy bossy sangat. Kami dah meluat orang bossy bossy ini ..kat rumah ayah dah jadi Boss/  mak ruma mak nak jadi BOSS/  kat sini pun  ..cikgu nak jadi BOSSS ...perggg.

Sekian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment