Salam
Semalam saya ke kedai fotostat kepunyaan seorang toke berketurunan cina. Ingat nak fotostat beberapa jenis graf untuk maksud PnP Statistik mulai 18 febuari 2013 ini. Tetapi di dalam kedai sudah ramai pelangan-pelangan mendapatkan servis dari toke cina ini. Melihat keadaan sedemikian saya tak jadi berurusan dgnnya tetapi ..dlm masa bergegas -gegas mencari lorong keluar dari kedai tersebut , tiba-tiba mata saya ternampak sebuah buku bertajuk Wasiat wasiat Ibn Al Arrabbi 1169 - 1240 Masehi. Sekarang Masehi yg ke 1434. Masya allah!
Bagus buku ini. Fikir hati ku. Mengapa tak beli satu set buku ini untuk dibaca sebelum tidur. Itu fikir hatiku.
2) Tanpa berfikir panjang .. aku mengambil kitab itu dan terus berjumpa dgn atuk kpd toke cina di kedai ini. "toke ..tolong fotostat kitab agama ini ..satu set .. nanti saya ambil jam 130 tengah hari". Baik .. Doktor.
3) After zohor .. aku bergegas ke kedai cina itu. Janji mesti ditepati. Sekarang jika PM Malaysia boleh kata "janji boleh ditepati .. aku pun mampu juga berkata demikian .. tetapi beza aku dgn PM ialah .. janji janji tetap janji .. tetapi bila musim pilihan raya umum menghampiri .. dgn pantas .. janji janji BN kpd rakyat ..semakin pantaslah .. niatnya? tanya depa lah kerana dlm kitab kitab agama .. kita mesti buat sesuatu dgn ikhlas lillah hi taala ..tetapi bagi aku .. janji dgn toke cina mesti aku lunaskan ..seberapa segera kerana kerja aku berkaitan dgn kitab agama islam yg suci murni. itu jerlahhh"
4) Sampai di kedaii .. kitab aku sudah tersedia untuk diambil. Harga RM20/= aghh tak mahal .. dibandingkan bonus ..yg aku terima beberapa minggu yg lalu. Syukurlah!
5) Malam tadi sebelum tidur sempat aku baca .. satu muka surat ..kitab itu sambil isteri berada di sebelah. Jom saya baca this kitab ,you pasang telinga jer. Can you do that honey? Bertajuk - Wasiat bila mempunyai tetamu yg datang ke rumah'. Bunyinya senang sahaja .." bila ada tetamu , layanlah dgn baik dan berikan hak tetamu mu itu".
Apakah hak tetamu ..selama 3 hari/ 3 mlm ..wahai mak dia?
Dia pun menjawap satu persatu.
Aku balas ..bijak you ini.
He..he..
Jika waktu nak tidur ..elakkan dari berbincang panjang dan lebar @ bertengkar mengenai fakta .. sesama kita. Kalau menang pun apa gunanya kerana tukang masak untuk tetamu ku ..selama ini pun ..bukannya aku.
he.,..he..
Did you see my point?
Yes ..bijak you.
Jom kita tidur dgn elok elok wahai anak anakku.
Yang penting ... kitab wasiat sudah mula dibaca. Nanti pada malam malam yg akan datang ..kita sepasang suami isteri akan terus membaca untuk panduan hidup dan amalan kita bersama.
Ooops ..sebelum pergi .. kita umat Nabi Muhammad s.aw. diminta menulis wasiat sebelum tidur terutama pasal hutang piutang dengan orang melayu, cina , india dan makhluk Allah. Jika kita mati, dan hutang kita tak ada seorang pun yg tahu .. rugi besarlah kita. Aduhai.. nasib mu ini. Semua amalan mu tergantung tak sampai sampai ..bahkan Nabi Muhamaad sa.w. pada satu masa dahulu pun tak mahu sembahyangkan jenazah sahabatnya yg Nabi sangat maklum .. bahawa si mati masih berhutang. See?
Sekian.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment