Salam
Tadi kami diberi penghormatan .. YB Ustaz Shahril Al Hafiz (Imam Besar Masjid Univ ) memberi sedikit syarahan Maulidul Rasul - mengenai sunnah Nabi MUhammad s.a.w. Istilah Sunnah ini mengikut Ustaz Shahril ialah seluruh skop agama islam itu sendiri - cara hidup baginda 24/7 sejak baginda diangkat sebagai rasullullah oleh Allah Taala yang Maha Esa/ Agong hinggalah dia wafat pada umur 63 tahun.
Apa yang menarik bagi saya .. syarahan mauludul rasul ini ialah perkara berkenaan..
(1) janganlah kita bergopoh gapah dalam menunaikan sembahyang berjamaah di mana-mana pun
Kadang kadang jika kita bergopoh gapah .. banyak perkara yang tidak diingini berlaku seperti
kita kehilangan wang , kehilangan kunci kereta, tertinggal itu dan ini terutama terjatuh seluar dalam isteri yg kita 'terpakai' pd hari ini .. handset dan macam macam lagi dlm masjid besar universiti. INi terjadi apabila warga emas .. tukar seluar pakai kain palikat untuk solat. So bila bergegas .. join barisan jamaah .. terjatuhlah ..seluar dalam itu. Hishhh! Bila ini berlaku ...payah orang nak tuntut bendera merah bernyala itu dgn getah seluar yg sudah melondeh hak dia punya.
Lagipun .. orang yg tiba-tiba join jamaah ..bersembahyang jamaah sekali pun ..
kadang kadang .. makmum lain rasa ..kurang selesa dgn tindak tanduk orang sebegini .. dalam banyak hal seperti angkat takbir terutama orang yg banyak sangat 'was was '. Rimas kita rasa kan? maaf tuan hamba
(ii) jika kita sakit perut . tunaikan hajat kita itu terlebih dahulu dalam tandas masjid itu ..
jika kita berbuat demikian .. amalan sembahyang kita ..bertambah khusyuk .. dan kadang-kadang kita tak perlu bergeliat kerana menahan sakit perut semasa imam membaca ah' tiyaaaa ..terlampau lama
Ha..ha..
hukum nya Makhruh ..kita masuk sembahyang berjamaah jika kita masuk dalam keadaan perut tak selesa/ kita tahan tahan berkentut dan kencing ..
apa kata gas nitrogen hidrosik itu dilepaskan dalam bunyi yg memalukan .. Ha..ha..
Awas tuan tuan.. jgn lah bergopoh gapah.
Ustaz itu menggesakan kita datang ke masjid awal awal contohnya untuk bersembahyang jumaat .. Jam 1200 tengah hari adalah waktu terbaik untuk kita hadhir dan terus duduk disaf hadapan sekali dgn mimbar masjid dan bukan diceruk ceruk tiang masjid besar ini. Ada orang datang masjid untuk landing .. tidur ayam dan kambing dalam tempoh masa 1 jam ..
Bila datang awal .. buatlah sembahyang sunnat .. 20 rakaat ker .. 40 rakaat ker .. dan bacalah surah Yaseen itu 2 - 4 kali maklumlah minggu lepas kita miss sembahyang jumaat . Minggu sebelum itu ..miss jugak . .. dan banyak sangat dah kita miss ..bacaan yaseenan ini. Betul tak? Gantilah balik.
Muga-muga Allah Taala akan sayang pada kita semua. Ameen.
SEkian.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment