Tazkirah FSKTM 22 Feb 2013

Posted by sazali

Salam

Al Fatihah ..  hari ini kami kehilangan seorang sahabat dari FPTV PM Hj Mohd Salleh Tahar ..yang baru pulang ke rahmatullah.  Saya teringat sangat kat arwah  ..kerana ..arwah sama sama berjuang dgn saya .. dalam proses mencari-cari segulung  PhD pada satu masa yg lalu.  Al Fatihah ..sahabat baik ku.

2)  Dalam kesedihan ini saya di minta menyampaikan tazkirah kpd sahabat sahabat di fakulti ini selama 10 minit jer untuk sama sama merenung / muhassabah diri sendiri selama ini berlakon sebagai  ayah/ ummi .

3)  Secara ringkas isi kandungan tazkirah ialah

3.1  tajuknya  :      Sayang Ayah
 Tips  Mendidik Anak Dengar Kata kita sebagai Ayah

a)  seorang ayah mestilah / wajib bertakwa kpd Allah Azawajalla

b)  taat kepada suruhan tuhan , perintah Nabi ..iaitu mengerjakan solat 5 waktu sehari.  Si Ayah diminta bersembahyang di masjid dan si ibu ..sembahyanglah..  di awal awal waktu dengan anak anaknya di rumah

c)  hargai ibu ayah (dah tua) yang masih ada dgn kita seharian.  Jika kita layan mereka dengan baik, anak anak akan mengikut teladan tersebut mulai sekarang

d) hargai pasangan hidup kita.  Si suami hargai ..  susah payah si isteri .... bekerja/ tidak bekerja sambil membesarkan anak anaknya

e)  patuh arahan ketua di opis/ Dekan/ TD/ KJ-KJ/ Ketua Makmal/ dan PK-PK, PM PM yg ada di fakulti.

f)  jagalah apa yg diperkatakan dalam rumah tangga kita saban hari dan waktu itu.  Jauhi dari kata kata seperti memaki hamun, sumpah seranah dan sebagainya apabila isteri menghidangkan secawan teh tarikkk tak sesedap kedai mamak buat bercampur serbok papan kot (he..he..).  GUnakan .. kata kata yg baik dan sedap didengar oleh anak anak kita sendiri.  Contoh .. jom ..Along/ Angah/ Chu  ..kita baca Al Quran sebelum makan malam ni yer  /abah ajarkan ok sayang?

g)  jagalah rezeki yg kita bawa pulang ke rumah untuk makanan anak anak kita sendiri.  Adakah ianya halal?

h)  jaga adab adab bergaul sesama suami isteri.  Musim ..no solat oleh si isteri,  sang suami kena patuhi ..  pantang larang agama.

i)  minta ampun jika kita tersilap kata/ berkelakuan tak baik ..  minta ampun dan .. sudilah mengampuni pasangan hidup kalian dan anak-anak ... [ kalau susah sangat ..minta Maaf jer lahhh pun dah cukup ]

j)  menunaikan hak jiran dan saudara mara di sekeliling kita .  Jika ada jemputan kenduri oleh sanak saudara . hardhirlahh..   cuba hadhirkan diri.  Hak jiran ialah :  jika kita masak banyak sup ekor lembu .. belajarlah hantar sedikit sup dan beberapa buku roti untuk jiran sama-sama rasai/ nikmati.  Kalau payah .. hantar ice cream bubur kachang ..  sure jiran/ anak anak jiran cukup happy punya?

Itu jer lah kali ini maklumlah 10 minit jer ..(manalah cukup.. aduhai.).  BTW, alhamdulilah.

Sekian.

Wallahu aklam.

p/s:  rujukan.  Buku Mendidik Anak Dengar Kata.
oleh Ustaz  ?
Madrasah Kluang Johor.

0 comments:

Post a Comment