Selamat Pulang ke tanah air

Posted by sazali

Salam


Selamat Pulang ke Tanah Air

Sedikit masa dahulu, rancangan TV Malaysia ada menayangkan satu filem pendek 3 – 5 minit mengenai orang yang baru pulang ke tanah air dari lawatan kerja/ makan angin di luar Negara di kaunter kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Dialognya begini:
Kastam: Selamat Pulang ke Tanah Air Encik.
En X :  Terima kasih.
Kastam:  Ada ole ole Encik?  .. (he..he..) Berapa lamakah  Encik berada di sana ?
En X:  tak lama .. seminggu sahaja.
(seberapa ketika selepas itu .. Kastam membelek-belek dan memeriksa barang barang yg dibawa oleh En X)
Kastam: Maaf  Encik .. Encik  kena bayar cukai ni Encik.
En X:  Bayar cukai ?  bayarlah [ nada kasar sedikit]
Moral:  jangan berkasar Encik. Bercakaplah dengan sopan.  Bukankah kita rakyat Malaysia yang bersopan santun.

Begitulah ceritanya.

He..he..

Esok 18 FEB 2013 – alhamdulilah sudah ramai pelajar-pelajar dari seluruh pelusuk tanah air ini pulang dari cuti panjang ke kampus university selepas peperiksaan akhir Semester selama 5 minggu.  Jika mereka baru sahaja  pulang ke kampus sudah tentu mereka sedang  merasa sedikit kepenatan  dan mengantuk.  Ada juga pelajar yang belum berkesempatan untuk pulang lagi kerana maklumlah ..  tiket dah habis ..kerana mereka ini sama-sama berebut rebut untuk pulang ke Batu Pahat bersama sama orang awam yg turut bercuti panjang sempena Hari Raya Cina pada 10 FEB 2013 yang lalu.

Syukurlah Malaysia mempunyai banyak bangsa. Bila rakyat cina beraya , rakyat berlainan bangsa dan agama lain akan turut bercuti  juga.  Oleh itu , tiket kenderaan awam seperti bas ekspress, kapal terbang , kapal laut dan kereta api selalu menjadi rebutan ramai.   JIka pelajar itu bernasib baik , dia akan sampai ke kampus 3 atau 4 hari sebelum 18 FEB 2013 lagi.  JIka tidak mungkin, si malang akan timbul semula selepas 24 FEBRUARI nanti kerana peperiksaan MUET dan sebagainya.

MUET ialah peperiksaan bahasa inggeris untuk pelajar university di Malaysia.  Mereka mesti lulus dengan Band 3 untuk bergraduat.  JIka tidak, mereka akan dikatakan belajar dan berlatih industry sesedap rasa sahaja.  Tidak akan bergraduat.  Dulu ada seorang pelajar saya , selepas 7 tahun dalam pengajian ijazah pertama dan mencuba MUET beberapa kali tetapi belum dapat dapat Band 3, maka pihak university tidak membenarkan nya bergraduat pun.  Kasihan bukan?

Tetapi itulah satu kenyataan yang benar.
Band 3 =  tahap paling minima untuk graduan memasuki alam pekerjaan.
Ramai antara mereka hanya memperolehi Band 1 dan 2 sahaja.  Band 1 ialah tahap paling minima di mana pelajar itu hanya mengetahui istilah Bahasa Inggeris sahaja selepas berada di alam sekolah dan university selama 15 ~ 18 tahun sejak mereka  berumur 7 tahun lagi /  contohnya istilah sekolah ialah school  dalam bahasa inggeris ini dan makan ialah eating food, Tak mau = tok ser = No Want  – he…he.  Mereka langsung tidak boleh membuat satu ayat yang baik dalam percakapan dengan pihak pemeriksa.  Sedihnya! Band 2 ialah kebolehannya  ialah ‘tidak mampu bercakap lancar dan penuh keyakinan dalam Bahasa Inggeris dan bila bercakap ada banyak kesilapan tatabahasanya.’  Band 3 = mampu bercakap lancar tetapi masih mengandungi beberapa ralat tata bahasa. Band 4 = he..he..  sila rujuk kepada paragraph permulaan antara pegawai kastam dan En X tadi.  Cukup lancar selepas seminggu berada di luar Negara shopping di Oxford Street, London. (laugh).  Band 5 ialah mungkin Tun Dr Mahathir Mohammad dan Band 6 ialah Gabenor Bank Negara  Tan Sri Zetti Akhtar binti Prof Ungku Azziz.  Alhamdulilah.  Syukur kepada tuhan semesta alam.

Oleh itu , selain dari WELCOMING THEM HOME .. to the campus ..  I would like to stress .. you must work harder to get MUET Band 3 please.  If you see me around at the food court, say Hello to me, will you?  He.he..  All the Best folks!

       

0 comments:

Post a Comment