Salam
Dalam musim cuti Raya Cina ini, jom, kita sambung sikit lagi. Maafkan saya ( sebenarnya saya tak mau cuti sangat .. kerana ini bukan perayaan raya orang mukmin tetapi dah kita rakyat malaysia.. depa raya/ kita cutilah) . Ada sebilangan bisnesman dibunuh kerana hasad dengki. Selalunya kerana masing masing cantas mencantas antara satu sama lain dalam selok belok perniagaan.
Dalam perebutan kontrak dari tahun ke tahun, sudah tentu ada sebilangan bisnesman berjaya mendapat kontrak itu dan ini dari pihak atasan/ dalaman dan luar negara. Kata lawan untuk si berjaya ialah mereka yg selalu gagal memperolehi kontrak itu dan ini .. walaupun mereka telah memberi kertas-kerja dan sebutharga yg terbaik. Kadang kadang ada elemen rasuah wang, betina, harta benda seperti satu bukit di Pahang/ Selangor / Pulau Pinang yg jadi habuan ). Mendiang Antan tuya pun ada orang gelarkan sebagai habuan juga dalam proses beli membeli kapal selam terbesar malaysia. Tetapi mengikut sepupu saya komando .. di Sabah.. dia kata .. kapalselam itu payah nak tenggelam. (ha..ha..). Entah saya pun confuse. Mungkin , ada hantu Antantuya kot? Apabila ini berlaku, maka akan timbul 3 perasaan dalam kalangan manusia bergelar bisnesman yg selalu gagal ini. Pertama cemburu, kedua hasad dengki dan ketiga berdendam/ busuk hati maklumlah maruah diri dan maruah company menjadi pertaruhan.
Jika sama sama melayu, cara cara penyakit di atas adalah kurang brutal dibandingkan jika perebutan kontrak dan duit berjuta-juta RM atau berbilion antara bisnesman melayu dengan cina atau bisnesman cina dengan india. Bukti: tontonlah filem Black Rain lakonan M. Douglas. Mengapa? Ini adalah kerana kalangan orang orang melayu, ramai antara mereka masih berpegang teguh kpd ajaran islam yg suci murni. Selagi mereka bersembahyang 5 kali sehari termasuk sembahyang asar diakhir akhir waktu matahari nak tenggelam pun 0715 ptg, selagi itulah penyakit hati itu dapat dibendung dgn baik. Tetapi kadang-kadang, iblis dan syaitan selalu menang bila ada perebutan melibatkan maruah diri, maruah company, wang, kuasa, status kekayaan, dan wanita. Syaitan dan iblis memasuki semua lubang-lubang darah pembuluh urat urat saraf manusia .. maka bila ini berlanjutan dari masa kesemasa .. terjadilah pembunuhan kontraktor A di hadapan rumahnya sendiri. Ini semua sempat dipertontonkan oleh anak bini si mati. Kenapa tergamak manusia berbuat demikian? Jawapan senang sahaja. Kita ini semua ada perasaan tersebut. Jika tak dikawal dgn baik, terjadilah pergaduhan dan klimaks kpd pergaduhan ialah satu pembunuhan yg dasyat. Cuba rujuk 4 profesional melayu dibakar hidup-hidup oleh pekerja-pekerja ladang india di Banting satu masa dahulu. Kes arwah Dato' Mazlan di Pahang pun .. ada sebab-sebab yg berkaitan dengan wang, kekuasaan, kekebalan dan status kekayaaan juga. Sekarang semua ini sudah jadi sejarah hitam dalam negara kita Malaysia. Dala erena politik, ada orang politik tembak lawannya .. rujuk Sejarah Politik Negeri Sembilan dari tahun 1970 ~ 1995. Saya tahu juga pasal benda alah ini. Maklumlah saya belajar sejarah dari Mr Hector John di TMS Besut, Terengganu satu masa dahulu. Saya skor A1 dalam History dengan Md Yazid Mustafa (Hakim Mahkamah Ggganu kito la ni) tetapi kerajaan paksa saya masuk aliran sains. Aduhai! jika tidak entah entah saya dah menjawat jawatan Hakim Negara. Tetapi tak apa lah .. dunia ini sementara sahaja. Tanya mantan Hakim Negara Tun Salleh Abas orang Besut saya jugak. Kasihan nasibnya?
2) Perasaan cemburu dan hasad dengki semakin menebal jika .. si anu bin si anu memperolehi kontrak kerana unsur-unsur kronism ( pilih bulu @ pilih kasih ) contohnya sesama satu parti politik seperti pro UMNO atau pro- BN di Malaysia ini. Oleh sebab yang demikian, di saat saat negara ini ingin memasuki musim PRU13 yg dijadualkan tak berapa lama lg .. kerajaan cuba menonjolkan satu sistem bahawa semua proses tender dan pembolotan kontrak adalah dibuat secara telus dan adil. Jika ada unsur-unsur rasuah, pihak SPRM akan bertindak walaupun yang bersalah itu terang-terang penyokong BN sejak tok-nenek mereka lagi. Konon-kononnyalah. Kadang-kadang kita nampak macam satu lakonan / tetapi siapalah kita nak tahu tahap kejujuran pihak kerajaan dlm isu isu sebegini.
3) Oleh itu, saya syorkan kita berwaspada. Kerana .. nasib baik/ nasib malang macam macam boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Orang orang yang nampak sihat pun ..jika masuk kawasan polis pun .. akhir cerita tiba-tiba mati dalam lokap polis. Ini arwah ayah saya ceritakan ini. Dia adalah bekas polis di Batu Pahat, Johor 1963-1965. Arwah ayah pencen tahun 1983. Payah nak faham benda benda begini. Ada seorang pegawai kastam , dalam proses dia ingin memberi kerjasama dgn SPRM pun .. penutup cerita ialah .. dia tiba-tiba .. mati membunuh diri sendiri. Lompat dari tingkat atas bangunan SPRM dan berdebukkkk .. dia bunuh diri. Confusing! macam cerita tamil hitam putih zaman 1960 - 1990 dahulu. Hero masuk .. kawasan kerajaan ..tiba-tiba .. dia lompat dari bangunan 4 tingkat dan diistiharkan bunuh diri. Adakah menasabah cerita tamil begini dalam era cyber/ you tube/ sms/ MSC Malaysia ini? Kan orang dah kata Malaysia ..semua boleh. Confuse bercampur baur dengan berbagi bagai version rekacipta cerita ceriti.
4) Tak lama lagi, kita akan menggundi. PRU 13 .. apa apa pun ..saya doakan kita orang melayu akan terselamat dari semua angkara buruk manusia ..tak kira dia dari parti kerajaan atau pun parti bukan kerajaan yg tak lepas dari perasaan cemburu, berdengki , khianat dan ..mungkin sangggup jadi pembunuh/ petualang negara. Kita mahu anak anak cucu cicit ciuttt .. cubit .. kita bangsa melayu islam terus selamat dunia dan akhirat. Sekarang pun ..banyak benda tak selamat bukan? Biarlah selepas PRU 13 ini ..kita semua kembali siuman dan terus selamat. Jom kita berpakat-pakat bersembahyang hajat setiap hari dan malam supaya negara ini Malaysia terus makmur dan rakyatnya hidup aman dan damai di bawah cinta kasih sayang Allah dengan anugerahnya iman dan taufik hidayah hendaknya. Ameen ya Roballl ala meen. Dan biarlah .. kaki kaki jahat berpenyakit hati busuk jika adalahhh .. Allah cepat cepat cabut nyawa mereka dengan semua cara yg bisa dilakukan oleh ALLAH PENCIPTA 7 petala langit dan 7 petala bumi. Allahhu Akbar! Takbir! azan sudah berkemumandang di udara. Saya gi solat maghrib 27 kali ganda lebihh baik dari sembahyang di rumah. Ayuh pak! jgn malas malas.
Sekian.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment