Salam
Today jom kita revisit topik tazkirah called 'hasad dengki' ini.
Bismillah hi rahma nir rohim
Hasad dengki adalah sejenis penyakit hati manusia/ binatang.
Dengki ini terbahagi kepada DUA jenis:
Tak leh tengok orang lebih; tak leh tengokjiran lebih dari
kita. Maka berdengkilah kita.
Budak kecil berdengki sesama adik beradik mereka dan dalam kalangan orang
pandai pun ada juga sifat dengki berdengki.
Dalam masyarakt polis pun ada juga sifat sebegini laghu. Why? Kita semua adalah manusia. Tahu tak .. Allah menciptakan neraka untuk tujuan :- melontar/ menghumbangkan
orang yg suka berdengki sejak dulu sampailah sekarang ke dalam neraka jahanam
di mana tahap kepanasan api dalam neraka ialah 70 kali ganda dari tahap
kepanasan api di atas muka bumi ini. Bahan neraka ialah manusia dan batu bata. See?
Cerita dengki berdengki terTOP sekali digambarkan dalam ayat
Al Quran sejak beribu-ribu tahun yg lalu.
Anak nabi Adam(a.s) itu sendiri bernama
Habil dan Kabil. Bila Nabi Adam padankan
anak anak mereka dgn pasangan adik adik perempuan mereka sendiri salah satu dari
anak lelaki Nabi Adam ini mula berdengki.
Klimaks dengkinya ialah
terjadinya pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi Allah ini sendiri. Qabil membunuh Habil kerana isteri habil tersangatlah
jelita dari isteri Qabil ini sendiri. Why? Hasad dengki. Jika dikupas, pembunuhan
berlaku kerana wanita. So wanita adalah fitnah
besar kepada manusia lelaki/
jantan. Allah hu Akbar! Oleh itu berwaspadalah mereka yang mempunyai ramai anak anak perempuan yg cantik jelita.
2) Bagaimana nak mengubat
hasad dengki?
Bacalah ayat ayat Al Quran ini. Mahfum makna “..Ayat ayat ini adalah penyembuh kpd sakit hati”. Surah Al-Isra’ Ayat 80. Maknanya: dalam al-quraan terdapat banyak ayat untuk mengubat hati jahat manusia.
Jom kita
Jom kita
Mulakan dari rumah kita dahulu, jom didik anak anak kita
sejak mereka kecil lagi supaya jangan
berdengki sama sama adik beradik. Kita kena
berlebih kurang. Bila mak ayah membeli
baju baru untuk menyambut hari raya , Hari Raya Cina, Deepavali , Krismas, Hari
Kemerdekaan .. biarlah mak ayah beli
untuk abang dan kakak-kaka kita pakaian
yg mahal mahal sedikit, kualiti kain yg leh baik sedikit dari kita kerana abang dan kakak akan belajar di
IPTA/IPTS selepas musim perayaan ini. Lagipun, selepas tamat pengajian mereka di
UTHM , mereka akan menolong mak ayah kau ..untuk membeli baju baju adik adik yg
lain pula. Bukankah begitu anak anak ku
sayang? Train mereka like this. Atau
next time .. round .. you bought better clothes for the adik adik yg kecil
pula. So all in all, the middle kids tak
merasa apa apalah. (laugh).
3) Kes kes hasad
dengki
Di alam university, hasad dengki tak kurang juga berlaku.
Ikutilah kesah kesah berikut:
Bila mendengar si anu bin anu berjaya memperolehi PhD dari
Harvard , USA.. ucapkanlahTahniah Mat.
Tahniah Fatimah! You make us feel
so proud of you. UTHM welcome you
home. Great Mat. Brilliant Fatimah! He..he..
( can you say that sincerely while you peluk peluk mereka macam adik
beradikmu sendiri?) jgn dok
haraplahhhhhhhhhhhhhhh.
Ada orang yang tak Berjaya mendapat PhD selepas 7 tahun di
luar Negara.. akan timbul hasad dengki bila mendengar Kassim , jiran opis
sebelah biliknya, berjaya mendapat skrol PhD nya dari UTHM. Mulalah..
aghhh ..PhD nya dari university kampungnya sendiri. Lagipun Kassim itu , anak ketua kampong. Sudah tentulah .. university ini wajib menganugerahkan PhD kepadanya. Aghh politik dalaman lah ini. Lagipun PhD Malaysia mudah
sedikit. Percaya tak?
Rumusan cerita:
Dia kata:
3.1 PhD Malaysia
lebih mudah dari PhD di London dahulu lagi pun di London terlalu
ramai Profesor berketurunan yahudi , kristian dan anti melayu Malaysia. Payahlah sedikit mereka nok we kat aku PhD
kerana nama aku ada Muhammad.
3.2 skop research
PhD dio terlalu sempit sedangkan aku dulu di London, itu selalu berubah seperti
cuaca di London jer. Sekejap panas bak
Summer dan sekejap lagi tiba-tiba sejuk macam Winter.
3.3 Alangkah bagusnya
..jika dia gi jupo Kassim dan ucapkanlah Tahniah Dr Kassim. MUga-muga Allah memberikan keberkatan dalam
sukses PhD mu ini. Ameen.
4.0 Orang
orang tino jealous menjealous
Kenapa yer?
4.1 tahap kejelitaan
anak anak perempuan jiran tetangga
4.2 tahap kepandaian
anak anak jiran dari MRSM, KYUEM, University London dan lain lain seterusnya
bilangan biasiswa yg Berjaya diperolehi anak anak jiran kita di sebelah rumah
jer
4.3 tahap / status
majlis perkahwinan anak anak jiran di hotel 5 bintang di Kuala Lumpur
4.4 tahap / standard
perabut di rumah jiran
4.5 tahap kehandsoman
suami jirannya Tijah bernama Faiz (ala Bangla + Pakistan + Kahsmiri)
4.6 tahap kereta Merx
E class dan M class orang sebelah sedangkan kita Proton Prevy jer. Aduh sakitnya hati …
4.7 tahap ekonomi
kedua dua pasangan jirannya yg bekerja di university sedangkan dia hanya
mempunyai kedai jahit dan mesin Singer yang sudah usang. Sakitnya betis aku tekan pedal mesin jahit
SINGER ini.
4.8 macam macam lagilah. Letih wehhhhh lok.
5.0 Orang politik pun jealous jugak jika
5.1 namanya tidak terpilih untuk menjadi calon Barisan Nasional di Batu Pahat atau .. mana mana lah yg sure menang punya calon BN. If namanya tidak dicalonkan, adalah unsur unsur sabotaj. Mengapa sabotaj? hasad dengkilah. tanya pulak?
5.2 ada orang orang itu kan.. kan... jealous bila PKR/ PAS/ DAP dapat menawan negeri negeri seperti Selangor, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang. Kalau difikir-fikirkan mengapa jadi tsunami politik 2008 di tanah air kita ini .. jawapannya tak jauh dari perasaan hasad dengki manusia itu sendiri. Tun Dr Mahathir tuduh bahawa ada ramai orang BN yg sabotaj parti mereka sendiri. Bukannya kerana kekuatan DSAI, Tok Guru Nik Aziz atau Lim Guan Eng pun.
5.3 bila orang jealous ..mulalah dari pukul 600 pg sampai 1200 tengah malam ... TV3/ TV2/TV1 buat berbagai bagai cerita .. orang orang Selangor kehausan air, susah nak basuh kain dan buat kenduri kendara kerana kerajaan Selangor .. tak pandai urus bekalan air 24/7 untuk rakyat Selangor itu sendiri. Sebelum itu, akhbar akhbar harian menceritakan kesengsaraan pelajar UNISEL hidup sebagai pelajar-pelajar di IPTS ini. Begitulah gara-gara orang orang berdengki ini. Apa boleh buat? Mintak mintaklah .. keputusan PRU13 ini dapat mengubat semua hati orang orang yg berpenyakit hati ini. Hairan jugak lah ..kenapa mufti mufti besar tidak bersuara sedikit pun ..berkenaan dgn trend busuk hati ini. Yang saya tahu .. pada satu hari itu di Temerloh, ada pak imam besar masjid .. ajak umat islam untuk bersatu padu. Diberinya 1001 hadith hadith pasal nikmat bersatu padu ini. Well ..what to say ..he was paid to read those hadith. Sepatunya dia baca jer .. akibat busuk hati ini. Ha..ha..
Penakut kot?

Sekian sahajalah .. tazkirah saya ini. Yang baik kita ambik sebagai teladan / dan yg buruk (jika ada) semua itu adalah kelemahan saya sendiri maklumlah .. arwah ayah saya bukan mufti besar besar pun .. hanya sekadar polis konstabel pada satu zaman dahulu kala. What do you expect?
Buatlah satu renungan wahai manusia semua termasuk penulis
blog ini sendiri.
Percaya tidak ayat saya ini:
Kita tidur lebih lena dan umur kita lebih panjang jika kita buang jauh
jauh sifat dengki - berdengki ini. A u zu bilah min zalik.
Al Fatihah.
Wallahu aklam.
0 comments:
Post a Comment