Gangguan Seri I

Posted by sazali

Salam

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca budiman blog ini.  Muga-muga membawa kebaikan kita bersama.  Ameen.  Tajuknya ialah:


Gangguan

Terdapat 2 jenis gangguan kepada kita sebagai insan di dunia  fana ini.  Gangguan ini boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini oleh banyak pihak.  Di sini saya turunkan dua jenis gangguan iaitu:

(1)     Gangguan fizikal dan
(2)    Gangguan emosi, fikiran dan perasaan

Huraian:
Gangguan fizikal:  ini adalah gangguan dari pihak luar seperti musuh-musuh seperti haiwan buas dan juga individu yang zalim seperti perompak, penyamun, perogol dan pengebom.

Haiwan seperti harimau dan ular membawa  ancaman serious   kepada ramai penoreh getah dan peneroka di FELDA Pahang.  Mengikut rekod, ramai yang telah menjadi mangsa dari gangguan binatang seperti di atas.  Gangguan ini semakin menjadi jika habitat haiwan ini diganggu disebabkan proses modenisasi.

Gangguan kedua ialah berita-berita yang tak perlu disalurkan kepada manusia melalui teknologi 4D.  Kadang-kadang gangguan ini    membawa kepada kehilangan nyawa.  Contoh :  seorang pemandu treler 40 tayar terbabas di Lebuh Raya PLUS kerana semasa memandu laju satu panggilan melalui telefon bimbitnya diterima.  Disebabkan beliau melayani berita dari pihak luar semasa pemanduan tersebut , satu kecelakaan berlaku yang membawa  banyak kehilangan nyawa penumpang bas, kereta dan dirinya sendiri di atas lebuh raya tersebut. 

Gangguan telefon bimbit juga banyak membawa kesan negative kepada pelajar-pelajar sekolah dari peringkat sekolah rendah kepada pelajar university.  Sepatutnya pelajar diberi peluang untuk menumpukan semua tenaganya untuk belajar , memikir dan mengingati formula matematik, fizik, periodic table dlm kimia  dan statistic tetapi oleh sebab  terlampau suka sangat melayani telefon bimbit ini ..  proses belajar banyak yang tidak membawa kesan paling optima.   Oleh sebab itu, ramai pelajar melayu lepasan sekolah elit tidak berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama dari university dalam pengajian mereka.

Oleh itu eloklah ibu bapa dan guru guru sekolah mengawal gangguan – gangguan di atas dengan cara terbaik tidak membeli langsung untuk anak-anaknya dan menutup telefon bimbit sepanjang waktu persekolahan dan kuliah dan kerja-kerja amali di politeknik dan universiti.

Saya cukup kagum dengan seorang dokto pakar di Kota Bharu, Kelantan yang tidak membeli pun sebuah telefon bimbit untuk anak daranya berumur 16 tahun di MRSM  dan Kolej Matrikulasi (KPTM) sehinggalah anaknya itu bergraduat dari USM , Kubang Kerian.  Sekarang anaknya adalah seorang doctor di Hospital Besar Kota Bharu.

Saya pernah bertanya secara tidak formal kepada sahabat saya ini … mengapa beliau sanggup berbuat demikian sedangkan semua lapisan masyarakat mengetahui kebaikan gadget ini.  Jawapan doctor pakar ini cukup menarik agar anaknya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran di sekolah.  Lagipun, tanpa gadget ini, tidak ada orang pun yang akan mati.  Cukup serious jawapan sahabatku ini!

Lagipun, anak daranya tidak perlu melayan berita berita yang tidak penting dari semua penjuru .  Contoh berita yang tidak perlu diketahui ialah berita sensasi tangkap khalwat, perkhawinan dan perceraian yang banyak berlaku di kalangan artis artis negara ini.  Berita lain ialah kekalahan yang dialami oleh pasukan Red Warriors dengan pasukan FELDA dan ATM.  He..he..

Oleh itu, dalam ruangan yang serba terhad ini, saya syorkan supaya kita menjaga anak anak kita dengan baik  sepanjang masa kerana sebagai seorang ibu bapa muslim.. kita akan disoal oleh Allah Pencipta Alam .. segala kemewahan yang kita berikan kepada diri sendiri dan anak-anak kita tercinta.  Soalan Allah kepada kita ialah:  wang yang kamu ada, apakah yang kamu buat?  Perlukah telefon bimbit kepada anak daramu di Darjah 4 Sekolah Rendah itu sedangkan kamu tahu ..anak dara mu itu sedang meningkat naik dari segi  fizikal , biologi dan emosi dan lain lain lagi? Itu sahajalah input dari saya.  Seelok-eloknya beli sampul surat dan setem sahaja.  Kita didik dia untuk berjimat cermat. Bersediakah kita berbuat demikian agar berita diperlambatkan sedikit?  Why?  untuk faedah bersama.  

Sekian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment