Salam
Tak lama lg, kampus universiti kembali sibuk. Pelajar-pelajar kembali ke kuliah, tutorial, makmal dan macam macam lagi lah. Riuh rendah lah suasana di sekeliling. Abang abang bas .. boleh senyum kembali dan mamak 25 jam restoran ... pun kembali bertenaga semula maklumlah .. bila ramai students , banyaklah wang yg dapat dipungut .. dari mereka. He..he..
Sebagai warga universiti kami mengucapkan SELAMAT PULANG KE TANAH AIR TERCINTA.
Mengapa saya sebut cinta ini?
* kalau tak cinta kpd kampus ini, sudah tentu mereka tak akan pulang ke sini selepas bercuti panjang sejak 11 Jan 2013 yg lepas terutama dari Sabah, Serawak dan Kelantan. He..he..
** tak kenal tak cinta , kata orang tua? Mesti mereka kenal seseorang , sekumpulan manusia yg mana mereka mesti mahu kembali belajar lagi dan lagi ..untuk maksud jitu memperolehi segulung diploma, ijazah, sarjana dan PhD. Jika benci pun, .. tahap kebencian jgn over over sangat ..kerana selepas kebencian .. datanglah kegembiraan itu. Begitu juga jgn jgn over the limit tahap suka kat orang .. after suka , then benci dan menyampah .. datang kembali. Saiz bibir pun bertambah tebal kerana 'benci' kpd subjek, PSM dan of course penyelia PSM2 itu. Aduhai.
*** saya yakin kat kampung mereka , tidak ada fasilitas seperti yg terdapat di sini contohnya library tertinggi di negeri Johor Darul Takzim di mana terkanduung beribu ribu jurnal, tesis, buku rujukan , CD bimbingan, majalah dan lain lain. Tak rugi ... pulang ke pangkuan universiti masing-masing bukan?
-------------
Dalam proses tersebut , kita kena banyakkan bersabar kerana sabar subur .... tak sabar masuk kubur. Itu pegangan saya sejak dahulu lagi. Kita kena banyakkan bersabar dengan kerenah guru (pensyarah) yg bercakap inggeris laju laju tetapi bau jawa aslinya tak leh disembunyikan lg, dan macam macam lagilah.
Tetapi kau jgn lupa .. universiti ini menawarkan fasilitas .. bas bas COLOR PLUS terbanyak di Malaysia .. dia ambik kau orang dari pagar asrama kau dan tanpa arahan , drebar sejati memandu bas itu menuju ke kawasan kuliah, library, padang kawat , stadium dan banyak lagi destinasi yg kau nak pergi. Sebenarnya .. abang-abang bas universiti ini kalau boleh nak hantar kau terus ke aras 4 library ini .. tapi apakan daya ..
kita kena exercise sedikit .. supaya badan kita jadi sihat dan aman.
faedah senaman , kau dah lupa ker?
* membawa peluh
** biar semua urat saraf kita dikejutkan dari zon tidur kpd zon .. ayuh ..kau mesti cergas punya ... aku nak jumpa penyelia PSM2 aku ini .. common cepat sikit .. dia jarang ada di biliknya dan
** boleh kenal kenal orang lain sedikit dari fakulti lain di universiti ini; bila ramai kawan .. maka ada lah satu penghidupan kelak ..
*** riadah membawa berkat/ tenaga/ awet muda/ kempiskan perut anda itu ..he..he..
BTW, welcome back my students. Target high and work hard for it, will you? If u work harder, we think better .. the sky is the limit!
Sekian.
Wallahuaklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment