Hidup tenang ada ke?

Posted by sazali

Salam.

Didoakan kalian sihat dan bergembira dgn ahli ahli keluarga tersayang.

Satu mlm tu, saya mendengar ustaz ada menyebut pasal ketenangan hidup.  Mcm mcm dia ceritakan dan disulami tazkirahnya dgn ayat ayat quraan yg mulia.  Bila dia baca jer ayat ayat al quraan, majoriti orang kita menggangguk angguk kepala mereka menandakan mereka setuju atau suka sangat mendengar bacaan al quraan itu.

he..he..

ini gelagat piawai orang kitalah.  Tak perlu diupah apa apa, mereka mengganguk tanda setuju.

2)  hari ni nak kupas hidup tenang. Mcm air tenang dalam kolam ikanatau air tenang dlm perigi.  Ada ke benda alah ini?

3)  bagi saya kehidupan ini tenang jika

3.1  anak isteri semua sihat
3.2 budget kewangan kita terkawal dan terjamin
3.3  rancangan kita berjalan lancar
3.4  harga barang yg ada, kita mampu beberlanja secara sederhana.  Ala kadar sahaja.

4)  tapi kita hidup dlm satu masyarakat.  Kita mengamalkan sikap tolak ansur, timbang rasa dgn jiran tetangga dan sahabat handai dan taulan siang dan malam.

kehidupan kita terganggu kerana banyak sebab seperti isu isu syiah dan orang orang asing terlalu ramai di luar sana.

sekrang pak pak guard rupa rupanya orang luar dari negara kita. Senang senang dapat pekerja9an dalam bank dan jika tak cukup wang mereka bunuh anak bini kita sesuka hati sahaja.

polis kita pun tak secekap mana dah. Senjata bahaya 44 laras telah hilang dan sedang berada di tangan or
g org jahat.

bom pun senang senang sahaja digunakan.  Ada kes tu, bertahun tahun cerita amoi mongolia diletupkan sampai badannya hancur berderai.  Ada polis ditangkap..ada kawan baik menteri pun ditangkap. Mereka dibicarakan tetapi ..pada satu hari semua terlepas. Dengan perkembangan ini, bolehkah kita hidup tenang lagi tuan hamba?

siapakah angkara semua ini?

adakah saya?  Adakah tuan hamba yg memasukkan budak budak iran dgn syiah mereka?  Oleh itu siapa yg bertanggungjawab dgn benda benda bahaya ini?

siapa?

jawapan objektif

a) kerajaan yg ada
b) angkara menteri dan anak anak bini mereka
c)  menteri dengan geng geng cina, india, melayu jahat mereka
d)  rakyat yg memilih kerajaan ini yg ada
e)  semua di atas adalah benar.

melihat contoh contoh jawapan di atas.. pokok besarnya ialah keraan kita punya angkara.

oleh itu adakah ketenangan hidup yg disebut sebut oleh ustaz tadi?  Jawapannya mana ada.  Ketenangan hidup saya dan kalian..banyak terhakis kerana dasar kerajaan yg terlalu taksub nak jadi negara maju, mewah dan binasa.  Bagus betul otak otak menteri kita ini? Bila kita dibunuh oleh pak guard, polis atau pembunuh upahan ..menteri akan dtg membaca yaseenan dan menyiram tanah kubur kita dgn air mawar.

tanda mereka cukup prihatin. Rakyat diutamakan, kesejahteraan rakyat didahulukan..

saya nampak banyak benda mcm cerita bodoh jer.

masjid baca khutbah pasal syiah.  Kau tahu apa syiah ini?

sebenarnya kerajaan nak alih otak kita dari masalah hidup, kos barang kepada isu syiah dan pompuan iran yg cantik lawa. Itu jer adik ooi.

mana ada hati yg tenang ini?

sekian.  Cuba fikir fikir.

walllahu aklam bis sawab


0 comments:

Post a Comment