Kepuasan hati

Posted by sazali

Salam

Semua orang atas muka bumi ini mahu hidupnya setiasa puas dengan bermacam-macam nikmat.
Di atas dasar kepuasanlah manusia sanggup:

(i) meninggalkan tanah air untuk mencari sesuap makan di negara orang

(ii)  meninggalkan anak isteri berhijrah ke Malaysia untuk menjual karpet, rokok kretek, dan macam macam lagi aktivitas manusia di kilang elektronik Jepun, Korea dan Taiwan

(iii)  meninggalkan kampus politeknik KPM dan berhijrah ke universiti universiti di bawah MTUN.  Di politeknik , gaji pensyarah tidak dibayar ikut tahap pengajiannya tetapi di universiti .. jika pensyarah universiti memperolehi PhD ..  otomatik dia  dapat DS52 walaupun umurnya belum menjangkau umur 42 tahun pun.  Oleh itu dia meninggalkan kampus politeknik menuju ke alam universiti dan SKTnya

(iv)  berkhawin lebih dari seorang isteri.

(v)  menukar kereta dari jenis Proton kepada VIOS, CAMBRY, Honda dan macam-macam lagi
(vi)  bergerak dari kampus universiti menuju ke kedai warung bawah pohon-pohon sawit semata mata menikmati roti canai terbaik buatan melayu (uli nya mesti bermutu punya)

(vii)  memakan berbagai-bagai jenis herba untuk 'power'.  Mungkin selama ini dia tidak yakin 'power' dia sendiri.  Malunya? So far .. tindak balas power ini, sang isteri kena 'sirimkan'.  Ada kesan ke kak?
he..he..

(viii)  memakan meminum di kedai mamak india kerana masakan sendiri tidak seberapa sedap dan banyak unsur-unsur malas

(ix)  memakai pakaian semakin hari semakin ketat, singkat, C-through kerana selama ini tidak gembira sangat memakai pakaian melayu (baju kurung, baju melayu, songkok hitam tinggi) dan pakaian arab ala mukmin(ah)

(x) tak puas hati bentuk badan yg slim ala-ala melayu ..  mahu slim lagi sampai jadi tengkorak berjalan sekeliling kampus di waktu siang panas trang ting ting (berkelit dahi)

(xi)  membaca , menonton bahan dari ASTRO kerana .. bahan bahan tanah air TV1, TV2 tidak ada kualiti (konon?)

Gitulah gelagat manusia.
Tidak pernah kenal titik kepuasan sebenar.


Mengikut hadith rasulullah Nabi Muhammad s.a.w.  di dunia ini tidak ada kepuasan sehinggalah mulut kita penuh dengan pasir semasa kita disemadikan di alam kubur.  Bila tiba waktu itu, barulah kita semua  kenal apakah ituu kepuasan.

Sebelum pasir kubur memasuki mulut kita yg selalu dibersihkan 3 kali sehari , dengan beranika jenis liquid , Nabi berpesan
simple sahaja iaitu

selalulah melihat orang yg lebih susah dari kita (baru kita tahu apa itu nikmat tuhan dan tanda kesyukuran)
dan Nabi melarang benar kita orang ..melihat / mengkagumi orang orang bangsawan , hartawan dan hutang(wang) kerana ..  mereka adalah mereka.  jangan bimbang wahai teman.

Kita hendaklah banyak banyak bersyukur belajar di universiti tanah air.  tak tinggi MUET pun .. tak lama lagi kita konvo.  He..he..

kalau kita belajar di United Kingdom .. mungkin tak ada konvo kat kita orang.
Oleh itu marilah kita bersyukur banyak banyak ke hadrat Allah ..yg memberikan kita peluang berkhidmat di sini.

Alhamdulilah , Subhanallah dan Allahu akbar.

Bila dah berjaya menjawat sesuatu pekerjaan ..orang pertama kita patut tolong ialah mak ayah kita dulu baru Court Mammoth dan BP Mall. Boleh tuan?

He..he..

Al Fatihah.

Wallahu aklam bis sawabbbb

0 comments:

Post a Comment