Teringat kat kawan kawan sekolah dulu dululah

Posted by sazali

Salam

Saya berpeluang berada dalam satu majlis 'Di ambang persaraan Ckg Gu BYH'.  Masa itu saya berumur 28 tahun.  Guru baru.  Keadaan dlm dewan sekolah agak suram .. maklumlah guru bakal bersara ini sudah banyak berjasa di sekolah tersebut.

2)  Dalam ucapannya yg terakhir sebagai guru sekolah .. nasihat-nasihatnya seperti mutiara bagi guru muda macam saya inilah.

2.1  beri khidmat secara ikhlas
2.2  bila bergelar guru siswazah, biarlah watak kita mencerminkan kita seorang gurusekolah
2.3  jgn maki hamun anak anak muridmu walaupun mereka tak sepandai cikgu
2.4  tulislah sebuah buku tanda perpisahan
2.5  kunjunglah ke sekolah ini lagi dan angggap sekolah , warga sekolah mcm keluargamu juga
2.6  tanda buku buku budak itu
2.7  jangan tak melawat rumah anak anak murid mu yg ada masalah
2.8  beri masa banyakkan bersolat di masjid jameek, surau
2.9  jaga kesihatan
2.10  jaga keterampilanmu ..  kamu itu guru sekolah

Selepas upacara  'Persaraan'  ramai guru guru berpeluk - peluk dan menangis.  Aghh..  what a feeling? (ada lagu Flash Dance)  Sad/ very sad /  very very sad.  Susah nak cari kata kata yg tepat bersesuaian dgn majlis persaraan guru tersebut.  Memang adat manusia - kita berjumpa dan berpisah ini adalah perkara biasa.  Masa berjumpa kita bina persahabatan. Kita bina satu titik/platform kesetaraan dari aspek kesamaan , kegemaran dan macam macam.  Tetapi .. sebagai pegawai kerajaan titik persaraan sentiasa menanti kita.  Bila kita sampai ke noktah persaraan, hendak tak nak ..kita kena bersara wajib dan patutlah air mata itu.  Peluklah guru mu itu .. mungkin kita tak akan bertemu lagi secara fizikal, rohani dan ...  lambaian selamat tinggal untuk kalian warga sekolah tercinta.

------------

3)  Saya rasa bagus nasihat-nasihat guru tersebut.

Dari senarai nasihat tersebut, saya rasa .... ada beberapa perkara yg saya telah lakukan seperti guru tersebut.  He..he..

Tetapi ..  waktu dia pencen 28 - 30 tahun yg sudah.  Dengar khabar .. dia sudah bergelar arwah ..  al fatihah.

Sekarang zaman I.T.  Ibu bapa ramai yg sudah bekerja.  Di waktu mesyurat PIBG .. ramai mereka datang dgn kereta mewah-mewah lebih bergaya dari guru guru itu sendiri.

Darjat guru/ ustaz/ustazah  tidak setinggi darjat guru pada tahun 1970 - 1980 'an yg lalu.  Mengapa?  Dulu boleh bilang dgn jari anak anak kampung yg ada degree.  Dulu kita melayu masih ada lg yg susah susah.  Guru dianggap idola mereka.  Tempat mereka bertanya itu dan ini.

Masyarakat sekarang ... tak serupa masyarakat zaman 1970 - 1980'an dahulu lagi.  Semua dah berlalu.  Sekarang tak ramai mahu dengar ucapan itu dan ini ..  mereka sibuk dgn gadget masing-masing surf internet dan tonton youtube.  Kalau guru lama sekarang terlintas di hadapan mata seorang murid, .. murid itu cepat cepat bermain gadget.  Dengan alasan .. ada call dari gadget.  Kurang sangat kita mahu bertanya khabar guru guru kita yg lama-lama.

Mengikut statistik tahun ini, saya sudah pun mempunyai 10,000 pelajar.  FB ada 250 lebih kawan kawan.  Tetapi ..kad raya 1 keping sahaja dari Politeknik Perlis.  Calling dari jauh dari anak anak murid ..  hanya 1 orang dari Milton Keynes, London jah.  Murid murid tua ..yg tinggal berdekatan .. berkereta bagus, beristeri bagus  .. tak jenguk jenguk guru mereka bang.    Bagus bukan?

Kawan kawan muda dari FB pun..  kita dulu yg kena mula bertanyakan khabar berita.  Dalam FB Mereka leka tayangkan anak anak mereka sekali dgn tali perutnya yg masih belum tertanggal, rumah besar, suami besar, isteri besar, kereta besar, kebun dusun durian luas luas , cincin permata besar, jari manis besar, pendek kata .. semua besarlah,  AIR Asia sana dan sini..., seminar online business rata riti    ..aghhhh kau namakan .. mereka ada semua itu bang.  Ha..ha..

Betullah kata orang orang .. sekarang .. feeling itu tak sama antara orang muda yg lahir 1975 ~ 2010 dgn anak anak zaman Zaba (al fatihah) lagi.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w dan para para sahabat yg hebat hebat .. feeling mereka terhadap islam dan keagungan tuhan tak sama ..dengan feeling kita orang islam zaman lani.  Ada satu hadish .. zaman dekat dekat nak khiamat ..  jumlah muslim terlalu ramai .. macam buih di lautan tetapi mereka tak strong mana punn ..walaupun mereka telan shaklee/ amway/ cosway dan lain lain bahan.

Dalam kitab .. ada banyak cerita .. org org dahulu ..  tak tidur malam .. sembahyang . mintak tolong dgn tuhan Robul Alameen.  Macam macam jenis solat hajat..  mereka jalankan.  Mereka menangis mintak ampun dari tuhan dalam jauh jauh malam yg pekat.  Zikir Fatimah .. mereka amalkan .. siang dan malam.

Sekarang bukan begitu lagi bang.  Orang kita feeling sudah berlainan ben0r.   Banyak malas .. org kata?

Kasihan kat Nabi Muhammad s.a.w  saat saat dia nak wafat ..  dia sebut 'umati umati ..   umat ku umat ku ..'  Why?  Baginda takut kita mati dalam kufur.  Amalan kita ..banyak ke arah kufur walaupun anak anak kita berlabel iman/ imaniah/ syukriah.  Meninggalkan sembahyang 5 waktu, sembahyang asar dekat dekat nak habis waktu, isteri lawan  suami dan suami lawan cakap isteri,  ..,  sekarang orang berlumba siapa banyak kredit kad dan kenal pegawai pegawai bank .. riba ? .. tahu tetapi .. masih terus isi borang nak hutang itu dan ini dari bank komersial .. banyak kes perceraian.  Ustaz ustazah digunakan setakat pakar motivasi saja di hadapan kaca TV.  Cakap sepatah benda agama ,  selepas itu ketawa berdekah-dekah.  Motivate banyak ..buat jer tidak ...mungkin?  Kasihan ..  feeling kita makin hari makin longgar.  Semua benda kita nak sedap.

Kita boleh kasi time time best best untuk kawan kawan bersembang dalam restoran  mamak india 24/7 . dan kita berikan tenaga paling lemah lemah longlai sekali untuk beribadat pd tuhan.  Bayangkan 2 minit solat asar dekat dekat nak maghrib .. nak doakan agar masuk syurga tuhan.  Mak datuk betul ke silibus .. P.I. ini.  Mana kau dapat ilmu ini wahai anak-anak ku ?  Al Quraan tak lagi dibaca sebagai amalan harian dekat dekat dgn maghrib.  Selepas membaca kitab suci Al Quraan, kita pakat pakat berdoa sebelum matahari tengelam di ufuk barat sana.

Main bola ..nak julang FA cup ..berbulan bulan kita main bola, practice bola, gaduh bola, mati bola .. tetapi nak julang syurga tuhan bergelar janatul firdaus .. berapa banyak masa kita berikan.  Jawab sayang ..soalan cikgu mu ini?

Betullah .. Nabi Muhammad sebut umati umati .. kita sudah jauh benar dari landasan yg Nabi Muhammad maksudkan.  Kalu abu jahal, abu lahab ..tengok corak amalan amalan agama yg kita buat saban hari ini .. anytime depa boleh masuk islam main main punya.  So simple.  Banyak benda larang kita buat ..  dan time puasa ramadhan  ..baru kita bertaubat ..  meraung meraung nak mintak tuhan ampunkan.  Ada orang cakap .. anytime abu lahab , abu jahal , perempuan kafir dlm zaman jahiliah dulu pun .. boleh practice islam macam ini punya islam sederhana ni.  Anytime .. tak susah ..islam ..  zaman DS Najib Tun Razak punya islam.  Pakai tudung jarang dan seluar ketat ketat .. nampak perut berlipat lipat.  Inikah  konsep kesederhanaan yg Nabi Muhamaad s.a.w.  maksudkan .. bang?  Sederhana ini maksudnya 'relatif' ke Cikgu?   Relatif kepada musim senang dan susahkah cikgu?

---
  Akhir kalam .. maaf ku pinta.  Elok juga .  kita fikirkan ..dan buat sesuatu yg tepat.  Kita mampu mengubahnya bukan?  Semua atas kita.  Mahu ataupun tidak kita pakat pakat lakukan secara total dan berkesan.
 Tahu banyak amalkan pun kena banyak.  Hanya lillahhi taala.
Saya nak buat sesuatu yg terbaik ke arah 'Allah reda pd kita',  tuan bagaimana?

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbbb.


0 comments:

Post a Comment