istilah Bahasa Inggeris dimelayukan

Posted by sazali

Salam

Hari tu.. saya dah tulis panjang lebar .. apakah maksud sebenar tugasan memelayukan istilah Inggeris.  Contoh: memulihkan penagih dadah =  koreksional penagih dadah.

2)  hari ni .. saya tak sihat.  Sambil sambil menunggu giliran dipanggil ke bilik doktor .. mata saya liar untuk mencari bahan untuk membaca.

Terpaku kpd satu iklan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan dengan orang yg murung/ sedih

Langkah langkah yg disyorkan ialah:

banyakkan relaksasi =   increase relaxation
fikiran positif           =   positive thinking  =  fikiran untuk berbaik sangka
reaksi positif            =  positive reaction     = tindakbalas yang baik

--------------

Saya berfikiran begini.

Iklan iklan kementerian ditujukan kpd orang ramai terutama golongan melayu , cina, dan india yg tidak ada peluang belajar di tahap menara gading.

Alangkah baiknya .. maklumat yg disampaikan itu ..dipermudahkan lagi dan lagi.

------------

Sekarang dalam akhbar ..sibuk dgn UMNO.  Eloklah buat sesuatu agar .. UMNO nampak berdaya saing untuk memertabatkan bangsa dan bahasa melayu yg sebenarnya.

Jika kita orang melayu tak sayang .. menggunakan istilah istilah lama bahasa melayu sepeninggalan Pak Sako dan Zaaba .. siapa lagi
 yg hendak kita harapkan.

Selama ini ..banyak iklan dari Kementerian kementerian mempunyai gaya .. inggerisan sehingga .. kita yg dah jauh belajar di luar negara rasa janggal ..

bila kami bercakap menggunakan bahasa inggeris , orang lain kata ..  berbau budulah demor, rasa tempe-lah  kamu.

Tetapi di papan iklan seluruh negara ..  mana ada  kandungan iklan yg 100% betul betul berasal dari Bahasa Melayu tulen kita.  Kadang-kadang pikir -  staf melayu staf melayu .. wat apa di opis tu .. tak prihatin ke benda yg ditulis ini?  Satu lagi istilah presint.  Gapo namo laghu ini?  peranchis atau ... gapo nih.  Malulah sikit dengan orang orang pandai Indonesia.  Walaupun peruntukan wang tahunan mereka tak sebanyak kita ..dlm memartabatkan bahasa ibunda ..  saya cukup menghormati mereka.  Contoh :  kepala sekolah =  ketua sekolah

SMP  =  sekolah menengah pertama
dosyen =  pensyarah universiti / maktab pengajian tinggi.

bukan mcm kita melayu malaysia -  asyik sebut 'myself' myself jer.  Setiap ayat secara perbualan mesti ada 'myself' myself ..jer.  kalu nak cakap inggeris .. cakaplah biar lengkap.  Bukankah itu lagi sedap bunyinya.  Contoh ..  1)))  Maaf myself tak biasa dengan budu.
Try this .. Budu is not my taste.  (atau my bread and butter ..  please).

2))) anak myself ada ngaji di England tu.
Try this:  My son is in England now furthering his study in Ph.D.

rasa rasa guano bunyi tu?  (laugh)

 

Sekian
Kita pakat-pakat renungkan bersama sama, boleh tuan?  Kita boleh permudahkan kandungan iklan itu.

Terima kasih.

Wasallam.

2 comments:

  1. Adellynn said...

    Sir, I like your statement: "kalu nak cakap inggeris .. cakaplah biar lengkap"
    I agree with you, Sir..

  2. Anonymous said...

    peroses

Post a Comment