Mutiara dari Persidangan COSMED 2015

Posted by sazali

Salam.

Semalam conference cosmed berakhir. COSMED adalah singkatan untuk conference science mathematics education.

Ada 2 3 mutiara mahal saya dapat dari persidangan ini.
Ingat nak kongsi dgn pembaca blog ini. Boleh tak?

Pertama, Profesor Mustaq al-Atabi (Taylors University, Malaysia)  ..menjentik minda kita bahawa sekarang dunia sudah menerima kenyataan bahawa dunia semakin gila. Ini semua kerana pertembungan antara barat dgn islam. Hendak tak hendak hanya dunia islam musuh barat.  Jika ada tragedi pembunuhan beramai-ramai ..  media barat meletakkan angkara militan Islam sahaja.  Asyik asyik Islammmmm.

Kedua Tan Sri Dzul ..mempromosikan kepentingan ilmu biologi. Bukan fizik dan bukan kimia. Nama nama alat alat komputer menonjolkan kesiknifikanan Biologi dan bukan Kimia dan Fizik. Contohnya mouse, thumbdrive, neural network, motherboard, fuzzylogic, virus, pennicilin, e cillin dan mcm mcm. Baguskan?  Ketiga, P.M.Dr. Wan Fatimah (UTP) menunjukkan perbezaan saiz manusia dan komputer sejak tahun 1960 hingga sekarang iaitu saiz komputer banyak berubah iaitu besar kepada fon bimbit dalam genggaman kita sedangkan dulu perut manusia bertukar bentuk dari nipis kepada buncit (potato coach). He he he. Mesej yg ingin disampaikan di sini ialah kepentingan kesihatan kerana banyak penyakit bermula dari perut manusia. Di samping itu juga .. FB bukan itu langkah terbaik cara bersosial. Kebahagiaan manusia adalah terletak kepada kebolehan kita berinteraksi dgn ahli masyarakat di sekeliling kita.

Selain dari itu Mr Nakano ..menunjukkan cara membina roket terbang menggunakan alat alat yg murah. Apa yg penting, guru guru mesti berfikir lebih kehadapan dari org lain.

Semasa saya membawa Prof Mustaq pulang ke airport, dia bertanya pasal kertas yg telah sy bentangkan. Saya maklumkan "..  yes paper HOT (KBAT) jer Prof".
Dia ketawa. Dia menanyakan kpd ku-. Berapa ramaikah Prof -prof di sini menggunakan HOT dlm PdP mereka? Payah nak jawab itu Prof.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kita semua cukup sibuk dengan isu "..  tidak boleh keluarkan barisan pelajar yg ada HOT sedangkan pelajar negara Jepun dan Finland sudah jauh ke depan".
Period!

Sekian, itu sahaja untuk kali ini.
Wa allahu aklam.

2 comments:

  1. Unknown said...

    Good points dr. Thanks for sharing..i really admire the third last paragraph...its a challenging question!!hehe

  2. Unknown said...

    Good points dr. Thanks for sharing..i really admire the third last paragraph...its a challenging question!!hehe

Post a Comment