tajuk tajuk mencipta tajuk

Posted by sazali

Salam,

Tajuk buku penting.
Jika tajuk tidak menarik, tidak ada org sudi membeli.

Jika tajuk hebat, isi buku tidak seberapa, pembeli mungkin memaki penulis buku tersebut. Org tua kata, jika 1000 org memaki kita, besar kemungkinan ..kita kena kesan maki hamun seseorang itu. Apa tah lagi, pemaki itu darah kerabat org org yg dekat dgn wali wali Allah. Nanti untung rm10,000 , kos berubat terkena maki hamun org lebih dari itu. Bahaya!


Oleh itu, mencari tajuk sesebuah buku, proposal phd dan tesis phd bukan sesuatu yg mudah. Ada org mabuk selama brrtahun tahun ..kes mencari tajuk.  Dasyat!

2) ada sedikit tips di sini..bagaimana mencari tajuk.

2.1 tulis dulu apa yg kamu tahu tentang penulisan mu.

2.2 kalau tak tahu apa apa atau blur ...tak yah tulislah tajuk itu. Menyusahkan sv kamu jer..
2.3 tajuk itu pendek atau panjang. Kalau pendek ... 'just B' mungkin bolehkah ini berdiri secara bersendirian sebagai tajuk? B mewakili blur atau binggung. Betul ke? (Ketawa)

Kalau anda suka tajuk yg panjang..cuba tanya ..panjang mana tajuk yg anda mahu. 10 perkataan atau 20? Mengapa panjang benor ni?

Bagus ke panjang panjang begini? Makin panjang .makin banyak anda kena tulis.  Jika tajuk buku ialah 'penentangan melayu ke atas penyelewengan duit rakyat ' ..tajuk ini taklah sesusah anda menulis tajuk berjudul ' ..penentangan rakyat malaysia ke atas penyelewengan duit rakyat '..yg mana ini mengundang lebih bnyk masalah kerana rakyat malaysia terdiri dari 3 bangsa , 3 agama, 3 budaya, 5 kasta penduduk di negara ini.

Payah bukan?

5 kasta ialah kumpulan bangsawan, kumpulan org org kaya dan terpengaruh, orang terpelajar, org miskin tanpa pelajaran .dan mcm mcm lg. Tebal tesis mu itu. Boleh?

He he he.

2.4 kena sabar ..mencari tajuk terbaik ni.

2.5 jangan ingat, 1 mlm dah dpt tajuk tesis mu. Sabarlah.

Untuk kes tesis sy, di akhir sesi viva phd ..baru pemeriksa mencadangkan tajuk tesis paling sesuai untuk kerja sy tersebut.

Syukur.

2.6 cuba tulis paper jurnal 1,2,3 hingga 10 sepanjang pengajianmu.  Tengok respond reviewers. Yg bagus, walaupun buat paper banyak..maintain beberapa kata kunci  tesis mu itu. Lama lama ..kita boleh perasan ..apakah tajuk paling sesuai dgn tesis anda.

2.7 bila dah tahu ..tajuk tersebut..cuba tampal besar besar atas dinding pintu bilik.

Setiap kali kita keluar dari bilik...tajuk itu akan kita fikir fikirkan lg dan lg. Semasa berada d dalam tandas pun..kita boleh fikir ..ok ke tajuk itu? Kalau tak ok ..mengapa?

2.8 cukuplah tu. Nanti sy sambung lagi.

Sekian.
Buatlah yg terbaik.  Rujuk " Jeneri Amir - tajuk menulis tajuk - DEWAN BAHASA keluaran November 2015".

Wasallam.
p/s: bila menulis ..sertakan rujukannya. jika dijadikan amalan ..  pembaca tahu ..kita serius bila menulis.
Sedikit stats -  penulisan saya yg santai  '  Jangan takut wahai anakku PhD  =  27,000 hits  &  Concluding Chapter 6 phd  = 7,000 hits'.  Jgn lupa cite nama saya tau? Budaya research, bukan?  ha..ha..ha....

0 comments:

Post a Comment