kekal

Posted by sazali

Salam.

Kita suka kerja yg pantas. Bila menjual, kita mahu keuntungan yg cepat.
Bila banyak untung, kita memikir untuk ibadat umrah dan haji. Itu sudah bagus tetapi kebanyakan orang, untung membawa kepada beberapa siri aktiviiti ekonomi yg lain seperti pusingan modal untuk kekal berniaga.

2) untuk maksud itu, saya menulis mengenai untung dan cara mendapat untung yg laju.

Selepas isyak, kita amalkan ini: solat 2 rakaat sunnat baada isyak. Jika dibuat, tuhan anggap kita telah menyempurnakan separuh malam dgn ibadat.

Sebelum subuh, buatlah solat sunnat subuh. Jika dilaksanakan, tuhan kita telah mengganggap kita solat sunnat sepanjang malam. Subhanallah.

Bagus kan?
Untung dunia sekejap sahaja. Rumah 50 tahun yg dibina banjir besar boleh hanyutkan sekelip mata sedangkan

Mahligai syurga kekal untuk kita selama lamanya.

Mana anda mahu?

Org cerdik mahukan yg kekal,
Syukurlah.

Doakan untuk saya dan kalian .terus kekal n istiqamah dlm zikirullah pd tuhan yg esa.
Sekian.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment