Kamu kata begitu, kamik kata begini

Posted by sazali

Salam

Manusia dikurniakan mulut.  Dengan mulut mereka bercakap , meluahkan perasaan dan kadang kadang mulut juga digunakan untuk memuji dan tidak kurang juga ada orang yang sanggup mencaci kawan dan lawan.  Begitulah manusia ini.

Atas dasar ini, saya menulis lagi.

2)  Seseorang pelajar berhadapan dengan 2 keadaan.  Pertama , dia dipuji kerana cemerlang dalam kertas peperiksaan dan dalam keadaan lain, dia dikutuk kerana melakukan sesuatu yang mengaibkan sesebuah sekolah atau universitinya.  Dan semua pujian dan kritikan, adalah datang dari mulut guru gurunya di sekolah.

Seseorang ayah pun berhadapan dengan situasi sedemikian  juga.  Saat hari di mana dia menerima gaji bulanan ..  semua ahli keluarga gembira dengannya maklumlah dari duit ini datangnya .. ayam, nasi, sayur-sayuran , buah-buahan dan .. banyak bil telah dilunaskan atas dasar ketanggungjawaban beliau.  Tetapi saat bahagia ini tidak bertahan lama.  Jika ayah buat hal kat luar rumah, siaplah ..engkau ayah.  Mampus dikerjakan oleh orang orang tersayang dan sekelilingnya.  Patutkah begini layanan yang diterima .. 90% bagus ..  selama kini ..tiba-tiba kerana 10% tersasar ..  dia juga yang menerima akibatnya.

Banyak pohon ditebang untuk menulis pasal ketidaktanggungjawabannya itu ..

Adilkah dunia kita sebelah sini?

Itu baru seorang ayah.

Belum lagi kita menyelami situasi seorang Pak Menteri.

Bertahun tahun dia cemerlang. Disebabkan terkelabu mata dengan sogokan wang , semua kebaikannya dilupakan orang.  Disebabkan sedikit miang di satu satu pagi, semua jasanya dilupakan orang.  Gilo bukan?

3)  Dalam alam sekolah,  markah 50% diistiharkan lulus.  Markah 80% dinobatkan cemerlang.  Dan markah 85% diistiharkan A+.  Boleh hubungi pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jika tuan/puan mahu detailnya.  (ketawa).

tetapi dalam keadaan bermuamalat ini, tamadun manusia berkeadaan tidak adil ..  masya allah.

Seorang ayah yang telah berkurban masa, tenaga dan nyawa ..  membesarkan anak anak dan membahagiakan isterinya yang pertama, kedua, ketiga, keempat ..  selama ini ...

pengurbanan dan susah payah ini tiba tiba dilupakan orang dengan satu perkara dilabelkan 'jahat, ganas, terkutuk dan .....  kata kata adjektif'.

Yang disebut sebut oleh mulut manusia ialah ..keburukannya sesaat , seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan , setahun , ...

adilkah mereka semua bila tidak langsung melihat kembali kebagusannya selama ini?  Bukankah tuhan menjanjikan kita syurga dan neraka.  Ada dua dunia menunggu kita semua.

Tidak adakah satu  skema pemarkahankah kita dalam konteks ini?

Atau bagaimana?  Bolehkah kita berkata ...

Pak Menteri sudah lulus ..dia berjasa 50% dan dia rasuah 50%,
Pak Abu sudah cemerlang , ..dia berjasa 80% dan dia dituduh meliwat 20%. Itupun s-s-suka. Ada orang kata (tengok sifat manusia semua ini) , cerita liwat ini direka reka orang.  Disebabkan selalu disebut sebut , lama kelamaan , benda itu menjadi ..satu kepercayaan.  Ini lah realitas satu lakonan di pentas dunia.
Pak Deeeen sudah terbaik A+ ..dia berkelakuan 85% tip top di segenap keadaan .... dan dia tiba tiba ditangkap berenang atas perut seseorang 15% .. itu jer

atau mu pikir guanor?

Itu alam matematik.  Ini alam logik, penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, berkomunikasi terbaik dan penaakulan terbilang.

Selagi manusia mempunyai mulut ..begitulah kita diadili.  Oleh itu berwaspadalah kita.  Rujuk iman, amal dan fikir kita dalam konteks keagamaan yg kita semua telah anuti secara langsung disebabkan keturunan.  Bukan kita pernah mencari pun.  Lainlah dengan orang kulit hitam di Amerika itu.  Mereka telah cukup dengan dunia penerokaannya sebelum islam menjengah mereka sekadar ikhsan dari Allah Maha Agung.

Ini semua dari ikhsan dan kasih sayang Allah.   Kalau tidak kerana ini, sudah tentu kita bertindak berskala melebihi sifat binatang, syaitan dan iblis.  Ibu sanggup membuang anaknya sendiri.  Tak cukup dengan buang , ibu telah membunuh si anaknya terlebih dahulu.  Tak cukup dengan tindakan liar ibu , si ayah turut membantu. Bayangkan 2 manusia dewasa berlawan dengan seorang bayi tidak ada apa apa kudrat atau kuasa melawan.  Ini lah gambaran manusia zaman la ni.

Astaghfirullah hal azeeem.

Bertaubatlah engkau wahai teman.  Mulut kena jaga.  Setiap benda keluar dari mulutmu ..akan diodit.  Betul ke?

Sekian.  Fikir itu satu benda yg mahal.  Orang berfikir, tinggilah darjatnya.  Tetapi berfikir ialah hadiahdari berkata kata secara senyap melalui satu hati.

Wallahu aklam.






5 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Trust is like glass..once broken, it'll never be the same again..

  2. suziana mohd tahir said...

    Rasanya lebih payah untuk menjaga lisan berbanding menjaga hati..cuma ada 2 pilihan untuk lidah..samada berkata yang baik-baik atau diam.

  3. sazali said...

    Penulis adalah seorang yg sedang berkata kata secara senyap. Agar dikurniakan tuhan idea yg sesuai untuk dikongsikan bersama. Ameen. Doakan taufiq dan hidayah? Ameen.

  4. suziana mohd tahir said...

    Saya percaya tuan menulis untuk kebaikan, hanya mencari redha Allah SWT. Keep up the good writing Sir! I always look forward to reading your latest..

  5. sazali said...

    Ameen. Ada satu ayat Surah Al Baqarah Ayat 8 mahfumnya (the nearest meaning) "dan di antara manusia ada yg berkata : kami telah beriman kpd Allah dan kepada hari akhirat ; padahal mereka sebenarnya tidak beriman"
    Rujukan: Muhammad Yusuf' Abdu(2011) -tanda tanda orang munafik dlm Al Quran. Batu Caves: Al Hidayah

Post a Comment