best punya anak

Posted by sazali

Salam.

Semua keluarga yg ada anak anak mempunyai cara tersendiri untuk menilai anak manakah yg berjaya mendapat kasih sayang tertinggi. Ramai ibu bapa sayang kpd anak paling sulung sekali, ada tu paling bongsu sekali. Jarang kita dgr, ibu bapa syg sangat anak anak tengah  tepi sana atau tepi sini. Mengapakah agaknya?

Dalam keluarga cina, anak lelaki cukup diambik berat lain sedikit dgn anak perempuan. Begitu juga keluarga dari benua India. Anak lelaki sulung mereka merupakan idola. Mengapa yer?

Kalau org interview saya, bagaimana saya sukat .. bagaimanakah saya memberi kasih sayang ?

Jawapan senang jer.

Anak paling banyak bersusah payah untuk ibubapalah yg berjaya menarik kasih syg ibu bapa. Selalunya, anak sulung kena bnyk berkurban duit dan tenaga untuk menjaga ibu ayah dan adik beradiknya.  Dalam filem hindustan, mcn mcm cara orang india tunjukkan betapa besar pengurbanan anak sulung untuk keluarganya terutama anak sulung kembar.  Satu inspektor polis dan se orang lagi ketua penyamun tersohor di India.  he..he..he..

Jika anak sulung tak terdaya.. ibu bapa melihat anak anaknya yg lain. Kadang-kadang si angah menjadi idola sebagai ganti si sulungnya.  Dalam blog ini , pernah saya menulis satu kesah ..semua anak besar relax tengok TV sedangkan adiknya berumur 5 tahun sibuk membasuh kereta ayahnya.  Bila mereka lihat kereta ayah terlalu comot .. besarlah kemurkaan semua ahli rumah.  Mengapa?  (tanyalah diri sendiri ..adik kau 5 tahun itu ..apalah yg dia tahu sngt pasal kaedah membasuh kereta ayahnya secara profesional.)

Jika semua anak tak mahu bersusah payah untuk ibu ayah ,siapa lg hah?  tak kan PM@MB  kita kot?

Rugi bukan ..mereka telah bersusah payah membesarkan anak anak seperti mengikat perut sewaktu bekerja sana dan sini .bila dah sampai tip top keadaan anak anak tercinta ..anak anak tak mampu menghulurkan serba serbi bantuan. Kasihan - maklumlah kos rumah RM300K ke atas sudah bah.

Tetapi satu hari di Putrajaya, saya terdengar Prof Muhaya berceramah ..pasal cermin.

Dia bilang 1-2-3 ...anak anak merupakan cermin kitalah.  Kalau kita bersusah payah untuk mak bapak kita sewaktu mak bapak engkau masih hidup dahulu di kampung halaman ,.. anak anakmu sekarang  akan mengambil peranan sedemikian dgn kita pula.  Ingat dunia hidup satu roda yg berpusing sakan.  Dulu kau di atas, sekarang kau di bawah.

Begitulah hakikat putaran alam dunia ini.  Terimalah.  Telanlah air liur mu itu walaupun pahit.

Jangan lepaskan peluang berbakti untuk ibu ayah ...terutama mereka sedangdalam zon yg sudah tua tua. Kerana ini sahajalah cara kita membalas  jasa mereka yg lampau lampau.  Ada orang ke universiti hasil duit menoreh getah dari jam 0400 pagi - 1100 tengah hari bertahun-tahun lamanya.  Kebangkalian di patuk ular berbisa setiap hari ada ..bah..  Duit dari sawah padi pun ada.  Kasihan mereka ..warna kulit mereka pun semacam kunta kinttii sahaja.  Hitam bin Legam di bawah sinaran matahari equatorial bnrtahun tahun lamanya Darjah 1 - degree, masters dan Ph.D dalam negeri.  Besar pahala orang yg berbuat - menjagga hal keadaan ibu ayah sedemikian. Tak rugi ..ustaz ustazah kata.

Sekian.  Saya dah sampaikan wahai anak anak ... di sana itu.

Wallahu aklam bis sawbbb.

0 comments:

Post a Comment