Salam
Semalam saya bercuti. Selalunya saya berbaring saja di atas katil bila badan tidak berapa sihat. Walaupun begitu saya sempat membaca beberapa majalah yang anak-anak telah belikan untuk bacaan ahli-keluarga. Salah sebuah ialah majalah 'iman'.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang telah saya telah faham dari pembacaan salah satu artikel dalam majalah tersebut. Salah satu ayat ialah 'fikir baik, cakap baik dan buat baik'. Memang betul saranan penulis ini. Sebagai seorang guru yang telah berkhidmat selama 30 tahun alangkah bagusnya saya cuba panjang-panjangkan isi / idea disebalik saranan penulis tersebut.
Jom ikutilah seterusnya.
Sekarang banyak pergaduhan berlaku antara jiran-jiran tetangga terutama masyarakat melayu amnya. Salah satu suka berlomba-lomba dalam banyak bidang. Contoh persiapan berhari raya.
Fikir baik : nak beli apa dekat hari raya ini? langsir, sofa, kabinet dapur, TV Astro sebuah lagi , kereta Swift ? pakaian tema hari raya bagaimana yer tahun ini, dulu merah pink plain tidak ada pattern boring tahun ini warna hijau pucuk pisanglah tapi duit abah dia banyak mana yer untuk persiapan hari raya ini... bagus! rujuk kepada poket seluar suami. Ini pun pahala besar juga .. kita pakai baju ikut saiz badan sendiri.
Cakap baik: Abang .. you tak nak kita beli sofa baru ker. Che Yah Kerani Pos itu dah tempah interior designer sendiri tahu .. serba baru rumahnya tahun ini raya bang.
Alah ..dia tak apalah suaminya bekerja di Saudi Arabia. Dah 5 tahun kerja kontrak di sana. Sekali korek minyak arab ..berapa wang amerika dia boleh hantar kat isteri muda dia tu.. kita ..tidak .. saya kerja guru jer..sekolah rendah Jerangau jer Che Mah ooi .. kau tidak tahu pendapatan aku ker? Kalau kau kemas-kemas rumah kita bahagian depan .. dan basuh balik langsir kita yang dah berkulat itu .. aku rasa ..ok dah berhari raya kali ni. Lagi pun Perdana Menteri mana nak datang beraya kat umah kau tu.. fikir-fikirkan lah. Setakat adik beradik kau jer .. saban tahun melawat kita .. tengah hari dia datang/ malam nanti kita pulak yang bertandang ke rumah-rumah mereka .. alah Che Moh .. jangan kita susah hati sangat jika jiran banyak modal tahun ini/ dah rezeki mereka melebihi kita .. kau untung tau! / aku ada kat kau sepanjang masa. Setiap kali kau ikut aku sembahyang terawih banyak mana dah ..kau dapat pahala menghidupkan amalan mulia ramadhan.. syukurlah Che Moh.
Buat baik: Tahun ini raya kita buat sendiri semua benda yang ok? Dari persiapan buat kueh raya 3 - 4 jenis hinggalah menjahit sendiri langsir rumah .. untuk menyambut 1 Syawal. Kalau tak sedap ..you jangan complain sudah lah. Selalunya mulut abah juga yang lebih .. itu tak sedap , kueh tak rasa kacanglah , .. kueh rasa banyak vanilla jer you ni .. banyak mana you masukkan vanilla tu .. ?
Kan aku dah bilang.. 1-2-3 - 4 .. ni I tak faham ni .. you kata jangan ikut orang disebelah rumah kita .. ini mesti you dah beraya rumah Che Yah Kerani Pos tadi .. selepas turun dari Masjid Besar Jerangau tu .. ni I sakit hati ni.. complian pulak ... belum lagi ..tengok ..langsir hijau pucuk pisang bercorakkan bulan Pas penuh purnama tu... aduh .. sakitnya hati saya.
Begitulah sedikit sebanyak ragam kita orang melayu bila musim nak raya ni. He..he.. ada apa apa tak feeling tuan hamba membaca .. sketsa filem .. fikir baik, cakap baik dan buat baik ini?
Sekian. Berhati-hati tuan hamba. Jangan belanja berlebih-lebihan ..kalau biskut Jacobs pun ok dah ..celup dengan air teh panas .. sure sedap punya. Biskut Raya Emporiu cina itu ..jangan-jangan ..1 botol kecil dah RM30 dik oooi.. patah pinggang cikgu jerangau tu...
Wallah hu aklam. (saya sampaikan jer ..sebagai renung-renungan kita bersama)
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I like this website
Please visit my website if can http://misssmartyoungcounselor.webs.com/
Thank You