aghh Sekolah Antarabangsa pulak ni

Posted by sazali

Salam

Semalam saya teramat seronok membaca satu artikel dari orang hebat juga pasal sekolah antarabangsa la ni lah.

Dulu orang berebut nak hantar anak anak bijak bestari ke sekolah asrama penuh seperti MCKK, STAR, TKC, Tun Fatimah, MRSM Pengkalan Chepa dan lain-lain.

Sekarang ibu bapa macam saya dalam kalangan guru kampung..dah mula rasa cukup seronok dapat menghantar anak ke Cluster Schools seperti KISAS, SIC, ..

tetapi kebelakangan ini trend ada ibubapa elit mula menghantar anak-anak nya ke sekolah antarabangsa pulak.

Tujuan asal sekolah antarabangsa ialah memberi kemudahan orang luar negara (expartriate) yang bekerja di sini menghantarkan anak anak mereka bersekolah di Malaysia yang mempunyai kurikulum bersukatan seperti GCE "O" levels dan GCE "A" levels.   Dalam paper semalam 40% pelajar adalah dari anak-anak tempatan. Separuh dari ini dari keluarga cina dan separuh lagi adalah keluarga melayu.

Mengapa yer?   Penulis artikel itu .. memberi andaian bahawa orang elit tak ada keyakinan dengan kemampuan sekolah sekolah di bawah  sistem KPM.  Mereka tak percaya kemampuan guru-guru pakar DG52 dan DG54 yg sedang mengajar subjek english, fizik, kimia dan biologi kerana isu Bahasa Inggeris.. apa lagi.  Satu lagi sebab - mereka ada duit lebih .. jadi jangan persoalkan mengapa mereka hendak anak mereka ke sana.

Saya sebagai seorang guru terasa cukup terkilan' kepada ibu-bapa elit ini kerana .. mereka lebih percaya kebolehan orang luar (english teachers dari UK , USA dan Australia) dari anak watan sendiri. Yang menghairankan ..bila time interview biasiswa luar negara .. keluarga keluarga elit ini jugalah yg  berebut-rebut meletakkan anak  mereka  dengan anak-anak kita orang kampung untuk mendapat seperti biasiswa Petronas, Sime Darby, .. , dan macam-macam lagi.  Sepatutnya bila mereka dah mampu sangat menyekolahkan anak mereka di sekolah antarabangsa ..mengapa nak cuba rampas hak biasiswa yg dikhaskan untuk anak anak melayu dari kampung seperti Manik Urai, Dabong, Kuala Krai dan sebagainya.  Pergilah ke amerika tu dgn tajaan mereka sendiri FAMA?  father mother's money?

Korek punya korek dari research sana sini ..orang orang elit ini ialah ..tak lain dari pak menteri , sedara mereka dan kroninya juga.  Kalau tak pak menteri, orang-orang korporat dari .. Sime Darby, TNB, dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan yg lain .. siapa lagi.  Tak kan guru Sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu pulak?  So .. selama ini mereka berucap di sana sini dalam ceramah ..di kampung seperi di Kelantan, Terengganu, pendalaman Kedah bahawa sekolah kita di Malaysia  bertaraf dunia kelas pertama lah ..itu dan ini .. .rupa-rupanya hanya  pura-pura sahaja belako. Sayangnya mereka cuba mengelentong kat orang kampung yg tak tahu sangat membezakan antara intan dan berlian dalam sistem pendidikan.

Saya rasa dan saya fikir- Sekolah antarabangsa tidak mempunyai sukatan pengajian islam yg mendalam.  Maklumlah ..sekolah begini ..fokus utama ialah ..subjek-subjek dan ko kurikulum beroreintasikan bahasa inggeris/ budaya antarabangsa .  Ustaz atau ustazah di sekolah ini ..  susah nak bersuara atau aturkan sembahyang hajat, sembahyang bagi mendapat keredhaan ibu bapa dan malam penghayatan  mauludur rasul ..  Jadi kalau ada kes di mana anak anak didik ini ..mengkhianati  kepentingan / ekonomi bangsa sendiri pada satu hari nanti .. kita harus faham .. keluaran sekolah antarabangsa ini .. mungkin tidak mempunyai sikap jati diri dan penghayatan tinggi dalam amalan agama islam yg secukupnya.

Jadi kita kena berwaspadalah sedikit jika ada big boss anak kita nanti .. alumni sekolah antarabangsa dari pinggir-pinggir metropolitan kuala lumpur .. itu macamlah.

Semua ini ..dapat dibaca dari satu artikel Star Sunday  22 july 2012.

sekian.
wallahu aklam


0 comments:

Post a Comment