Halalkan ilmu cikgu .. ya?

Posted by sazali

Salam

Saat paling gembira seorang guru ialah melihat langkah-langkah terakhir seorang pelajarnya keluar dari biliknya, banguanan fakulti dan dia terus menuju ke keretanya.  Tak lama selepas itu, kereta tersebut hilang dari matanya.. entah .. jika ada umur yang panjang ..kita akan berjumpa lagi.  Insyallah.

2)  Selalunya .. seorang pelajar akan memberi kata terakhir kepada saya gurunya seperti"  Terima kasih Dr .  Halalkan semua ilmu Dr yang Dr berikan kepada saya selama ini .....".  Aghh ..  sudah tentu saya halalkan semua .. dan maaf juga ..jika pun kadang-kadang tersalah bahasa.  Menyakitkan hati dan telinga kalian.  Well.. aku manusia biasa.  Kalau Nabi Muhammad s.a.w.  hati baginda .. dibasuh oleh Allah .. supaya menjadi contoh .. terbaik untuk semua umat dari masanya hingga ke hari kiamah .aku?  tidak. Aku seperti kalian juga.  Ada bagus dan ada kalanya .. aku tersilap itu dan ini.

3)  Tetapi jangan risau .. Allah kurniakan kita ..solat sunat Tasbih.  Jika kita buat solat ini sekali sahajapun seumur hidup ..  insyallah Allah akan ampunkan kita ..walaupun dosa kita melebihi buih di lautan dan pasir pasir di seluruh tebing pantai ..  7 lautan dunia sekalipun.  Asalkan kita tidak melakukan 'syirik' kepada Allah .. Pencipta seluruh alam .

4)  balik kepada ..halal ..ilmu cikgu ..

memang aku halalkan.  Muga-muga ..kalian akan menjadi manusia beriman , solehah, soleh, mukminin, mukmin dan .. jadi dai agama Allah keseluruh dunia.

Jika kalian nak ingat kepada guru-gurumu .. hadiahkan lah al-fatihah .. kepada kami semua. Doakan kita akan berjumpa di syurga .. kejayaaan yang tertinggi .. Ameen.

Go my boy go.  Fly my girl fly.  The sky is the limit but ..remember .. Allah is always with you.

Wallahu aklam.    

0 comments:

Post a Comment