Kata orang tua ok pasal anak berkualiti (juruh punyo anok)

Posted by sazali

Salam

Anak berjuruh ( kelantanese word =  budak baik punya akhlak , budi pekerti) mempunyai beberapa sifat terbilang seperti:

(i)  suka bertanya khabar ibu bapa di kampung.. sihatkah mereka?  ada pitih lagikah mereka?  tanya lah

(ii)  bila pulang menjenguk ibu bapa .. bawa-bawalah buah tangan seperti buah anggur (1 kilogram),  oren sunkist (1 kilogram), durian 101  ( 2 - 3 biji pun dah ok punya),  jangan berleggang kangkung jer

(iii) dekat nak raya hari rayo aidil fitri ..  hadiahkan mereka satu set pakaian tradisional atau moden ( ikutlah ..asal beli ..deh?).  I would love songket trengganu .if u can lah

(iv)  ringan untuk menghulurkan tangan (duit) .. sekali sekala bila berjumpa.  If ayah adalah nelayan, I think RM200 good;  if ayahmu guru maths di MRSM  i think RM 202  also good;  if ayah busniess man  ..  i think RM1000 so good;  and if ayah mu seorang Profesor -  feeling so goooooooooood seghoti if u hulurkan RM1010 ..sejuk hati mu ?   ok tak?


(v)  setiap selepas sembahhyang .. bila berdoa ..sebutlah nama ayahanda bonda mu secara khususi .. every time 5 times  a day/  mintak Allah ampunkan dosa org tua mu yg telah dilakukan secara sengaja/ tidak sengaja

(vi)    selepas baca Al Quraan ..berdoalah ..dan sebutlah nama org tua mu.

(vii)  jika mereka dah mati .. melawatlah kubur mereka/ hadiahkan bacaan Al Fatihah n Surah Yassen untuk mereka
(viii)  jenguk kawan kawan lama mereka
(ix)  sedekahkan sesuatu atas nama arwah ibu ayahmu lilllah hi taala
(x)  sebut benda-benda yg baik ..yg pernah arwah ibu dan ayah mu pernah amalkan ..dan lupakan lah kesilapan ibu ayah mu walaupun sebesar bukit uhud atau sekecil biji sawi pun

(xi)  tahu makanan kegemaran ibu dan ayah mu semenjak dia muda sampailah sekarang ini
(xii)  tahu apa yg mak n ayah tak suka//  contoh:  buat bising after jam 1000 mlm .  Ayah nak tidur dah.  Dok diam wehhhh

(xiii)  bercakap dgn mereka dgn nada yg lemah lembut. Seperti .. abah sihat bah?  abah nak makan apa?  abah nak tambah lagi nasi bah?  abah tok ser gi London bah?


Bercakap dgn baik dgn ibu bapa .. memang senang sya tuliskan tetapi cukup payah.. untuk di amalkan. terutama .. Time abah dan mak .. kuasa mereka mendengar dgn baik ..sudah lama ..hilang beransur  ansur hilang dan hilang ..sound sytemnya sudah OUT , outer and pupus.

Berkurban untuk mak dan ayah ..  bukan senang anak anak ku ..

Yg kalian tahu ..  apa ayah dan mak kurbankan untuk kamu selama ini sejak kau berumur 1 hari hinggalah . umur kau sekarang. Bayi, budakumur 5 tahun, kau umur 15 tahun,  kau umur 25 tahun .. after graduation ..  kereta sudah tersedia untuk kalian? 

Tetapi cuba .. buat reverse role .. tanya pulak ..apa yg patut anakanda kurbankan untuk ayahanda bonda pula pada waktu ini/
aghhh payah bukan?

Nak kurbankan .. buat lah sekarang.  Jgn tunggu tunggu.
Ingat wajah / muka abah dan mak mu ..tak ada di Caffoure;  Jaya Jusco; Parkson; KLCC; KLIA;  UIA; UTM; Bandung, Hanoi, London mau pun Di Mekah Mukaramah.

Tak rugi kau susah susah payah untuk mak dan ayah mu .. wahai si penulis /  si pembaca yg budiman.

Jika dah lama kita selalu bercakap kasar ..  ubahlah sikit ..  mak dan abah kau masih ada ..mintak maaf dgn mereka.  soft talk sikit dgn mereka. Contoh:  mak , abah.. saya nak mintak maaf lah..  saya selalu cakap kasar dgn mak abah selama ini// maaf banyak2 lah.. saya akan berubah mulai saat ini.  Mak dan abah ..ampunkan saya banyak2 pleaseeeeee.  If can, cium mak kau.  Abahmu ..tak nak cium?  Buruk sangatkah abahmu ini?  Bukankah dia yg susah susah basahkan rambut kepalanya .. kejar mu .. bermain hujan lebat di padang ..takut takut kau akan demammmm nanti.  Aghh kau tak ingat ini semua.

So far .. apa yg abah lihat // kawan kawan abah yg selalu berbuat baik/ bersopan santun dgn mak dan ayah mereka .. rezeki mereka tersangatlah luas.  Pangkat darjat kedudukan ..semua mereka dapat di dunia ini lagi.  Belum habuan mereka di akhirat kelak.  Tentulah lebih lebih lagi. Janji Allah tetap benar.

PerCayolah wahai anak-anak ku.

Wallah hu aklam.  p/S: yg baik dari Allah , yang tak baik ini semua dari kelemahan diri saya (penulis) ini sendiri.

0 comments:

Post a Comment