Tak famous tak apa yang penting maksud tercapai

Posted by sazali

Salam

Untuk makluman semua .. saya menulis blog bukan untuk mencari nama atau populariti. kalau nak popular .. sudah tentu saya dah lama masuk politik.

2) Saya menulis sedikit sebanyak perkara dari pengalaman saya yang sedikit dan pergaulan dengan orang ramai dari beberapa buah negara.

Saya mahu pengalaman ini dikongsi bersama. Yang baik dari Allah dan yang tak baik ..ambik sebagai sempadan.

3) Artikel saya kebanyakan berkisar kepada 3 perkara pokok. Pertama kehidupan rumah tangga seorang muslim, mukmin dan "melayu sejati"; kedua sebagai guru matematik dari sekolah, politeknik, kolej universiti dan Universiti IPTA yg ke lapan belas di Parit Raja, Johor bukan Harvard , USA. Mengapa tak Harvard? Jawapan simple jer ..rezeki saya dah ada di sini.

4) Saya cuba menulis yg terbaik. Tak ada niat nak buat duit. Saya ingat ..jika Allah tanya nanti ..kau buat apa dgn ilmu mu wahai manusia .. maka insyallah aku menjawab (insyallah) .. aku mengajar matematik sambil sambil itu aku menulis dalam blog. Tak banyak hits Ya Allah .. kerana aku tak ada niat nak jadi celebriti, politikus, Ketua Negara atau Ketua Pembangkang .. aku sekadar .. menulis supaya aku terlepas dari siksa api neraka. Ya ..aku sebar sedikit ilmu mu .. bagaikan setitik dakwat hitam dari sebatang pena BIG .. kalau nak dibandingkan dengan ilmu mu Ya Allah yg seluas 7 lautan di dunia ini. Tetapi aku tetap menulis.

Apa yang saya tahu .. karya seseorang akan mula meletup sejurus selepas penulis itu mati. Ya .. harga populariti seorang penulis ialah .. kena mati dahulu baru orang pandang tulisan kita hebat itu dan ini.

Tengok sahaja Munshi Abdullah, tengok Pak Sako, Sukarno (Indonesia), Sudirman .. dan P.Ramlee. Di waktu mereka hidup tidak ramai orang pandang apa apa pun kehebatan mereka. Bila nama mereka disebut dalam warta berita - bahawa mereka sudah meninggal dunia di ICU, UKM Hospital contohnya / Berita Perdana menayangkan itu dan ini pasal arwah // keesokan harinya .. wajah wajah arwah P.Ramlee; Sudirman ; ..(Al-Fatihah) barulah orang mula berkata kata .. P.Ramlee tak boleh dicari ganti. Stail lagu Sudirman 'Balik Kampung ' pun tak boleh dicari ganti .. memang betul ..mana leh cari balik arwah Sudirman naik basikal tua dengan Noor Kumalasari - kayuh basikal atas bendang. Now dia famous ..why? sebab dia dah meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya.

5) Seorang guru pun sama jugak ..dari banyak bacaan akhbar saya dari STAR Malaysia.. bila ada seorang Pengetua, Guru Besar, guru lama , tokoh guru meninggal dunia .. maka adalah ruangan Abituary .. Al Fatihah untuk si arwah dan sebagainya. Tengok orang mula appreciate arwah berkenaaan .. bila dia dah jauh meninggalkan kita. Yes. mati baru ..nama kita disebut-sebut orang. Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang. Bukan? He..he.. sekarang ramai orang berhutang seperti seseorang yg tak akan mati sampai bila bila. Kalau kita menulis buku yg hebat .. jualan buku akan mula mendapat sambutan .. sejurus selepas kita 'bye-bye' kat semua murid-murid kita/ pelajar-pelajar kita jauh dan dekat di dunia ini.

Jauh = pelajar dari Yaman, Nigeria, Iraq, Iran, Bangladesh, Pakistan, English ( * saya ada juga mengajar di England ..tau ..he..he.. *)

Dekat = Thailand, Kelantan, Trengganu, ... , Parit Raja. Di Thailand saya mengajar diri saya dan orang lain (makmum masjid) adab tidur dan makan dalam majlis taklim dan taklum di sebuah masjid di Satun. Jika adalah orang amalkan apa yang saya cakapkan itu..sudah tentu dah ada akaun saham akhirat untuk saya di sana.

Begitulah ragam hidup wahai tuan hamba. Sebarkan walaupun sepatah yg baik baik.

Wasallam.

p/s: saya menulis .. untuk berkongsi sahaja. Kita buat yg terbaik. Allah lah tempat kembalinya kita. Di sana , kita kutip apa apa yg terbaik untuk kita. Di dunia , kita jgn cemburu apa apa kerana .. semua nikmat ini akan disoal oleh PENCIPTA kita dari nikmat paling kecil kepada nikmat paling besar. Bagi saya .. nikmat paling kecil ialah 'boleh kencing bila sudah terjaga dari tidur' dan nikmat terbesar ialah berada dalam usaha dakwah. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment