Menanda kertas matematik Ujian 1

Posted by sazali

salam.

Entah kenapa pelajar-pelajar ni tak boleh jawab betul-betul ni?

2) Nak kata Power Point ..semua nota kuliah telah di Power Pointkan. Di universiti ini , kita pakai sistem Author pulak. Very up-to-date. Kertas tutorial ..pun .bukan setakat beri sahaja.. tetapi pensyarah telah bincangkan cara penyelesaiannya. Satu per satu. Ada tutor lain pulak yang membantu dalam sesi tutorial. Tutor diberi arahan .. walk the notes with the students and solve the maths problem with them. Don't rush. make sure they can follow the lessons.

Kenapa tak leh jawab lagi soalan matematik Ujian 1?

3) Apa yg mereka buat sebagai persiapan Ujian 1 ini? Tak baca buku teks kah? Mungkin. Tetapi saya rasa ..kebanyakan mereka sibuk sedikit nak balik kampung yg jauh dari sini kot. Banyak masa beli kerepek kering dari sini nak bawak balik ke keluarga masing-masing. Lagipun murah kerepek ni ..jika dibandingkan dgn coklat bar CADBURY itu.

4) Selepas mengambil random 20 skrip kertas jawapan dari 150 org pelajar tahap ijazah tahun 1 semester 2, dari 20 skrip kertas jawapan hanya 1 orang sahaja yg dapat skor 13/20. Majoriti mereka asyik main di paras bahaya iaitu kurang dari 8/20.

5) Nak kata saya mengajar all English dalam matematik ini / tak mungkin. Saya selalu menggunakan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Mungkin mereka tak faham apa apa pun. Di peringkat ini, tak kan lah saya nak mengajar how to factorize, how to simplify things, arithmetic and geometric progression, indices and many more algebra .. but i found they are very weak in these foundation maths. But surprisingly , some of them scored A dalam maths di banyak ujian - UPSR, PMR, SPM , politeknik dan ... banyak lagi .

6) Ataupun ..universiti pungut pelajar yg belum betul-betul ready - may be they are lemah, semi lemah, super lemah dalam matematik dari bakul KPTM iaitu graduan politeknik, kolej komuniti, ILP, kolej politech-mara, dan banyak lagi. Betul kata .. org-org tua .. nafsu tinggi ..tenaga tak ada/ hajat hati nak buat degree , .. tenaga nak pikir matematik tak adaaaaa. He..he.. macam mana lagi nak ajar mereka matematik ala universiti bertaraf dunia ini. Semua silibus matematik diskrit kita ikut Cambridge/ Harvard/ BOmbay/ Hong KOng City Politeknik dan Singapura NUS. Tetapi tengoklah prestasi mereka - anak anak buah aku - 1 org sahaja yg lulus 13/20 markah. Atau kita ambik mat salleh dari United KIngdom, United States of America atau Delhi, Shanghai, Tokyo dan Jakarta? KPM ambik mat salleh ajar english kpd budak budak kampung di Trengganu. Now Trengganu selalu skor - SPM tertinggi 5 tahun berturut-turut. Syabas! ambik lah lecturer mat salleh ajar maths pulak. Then ambik mat salleh ajar FIZIK, KIMIA .. may be better our students' to understand these subjects. May be?

Geram botoi! Adakah saya tak layak nak ajar mereka matematik ini atau mereka tak layak nak belajar matematik ini atau kedua-dua pihak tak layak langsung berada dalam universiti ini? Entahlah. SBPA pun tak dapat jugak. Ramai prof prof di APEX univ geram jugak disebabkan SBPA itu. Adakah kita mengejar bayang-bayang jer?

2 comments:

  1. Anonymous said...

    dulu masa saye belajar, ramai yg xpercaye biler saye BACA buku teks math..kawan2 saye kate kerja giler..sebab math tu penuh dengan simbol2 pelik je..tp saye percaye kalau nak skor dgn baik dlm math, powerpoint saje xkan cukup susah nak paham akar umbi.

  2. Anonymous said...

    x pernah tny student knp mrk x lulus math??

Post a Comment