Adab melawat pusara ayahanda, nenekanda tersayang

Posted by sazali

Salam

Semua kita mempunyai ramai orang-orang teristimewa termasuk ayahanda, bonda dan nenekanda.

Sebagai manusia berbaka ' ..insan yg mati'..  selepas satu proses kehidupan di dunia yg sementara ..ini ..ramailah orang tersayang di atas pulang ke rahmatullah seorang demi seorang.  Yang tinggal hanya kenangan abadi dan air mata.

2)  sebagai seorang anak, cucu yg mukmin ..kita cuba mengamalkan ..  tradisi melawat pusara mereka yg tersayang ini.

3)  Oleh sebab , tanah pusara bukan sebuah stadium bolasepak atau KB Mall ..eloklah kita bincangkan beberapa adab ..  cara cara melawat tempat yg sangat sangat istemewa ini.

3.1  pasang niat nak melawat pusara ayah
3.2  pakai pakaian yg sesuai ..seperti baju melayu , berkopiah (bersongkok) .. jika kita perempuan ..  pakailah tudung sedikit ..tutup jambul itu
3.3  masuk jer ..kawasan pusara ..berikanlah salam kpd semua ahli kubur .. Assalamu alaikum ahli ahli kubur ..
3.4  hadiahkan Al-Fatihah kpd mereka dengan tenang
3.5  sampai jer ke tempat adddress ayahanda .berikan salam .. Assalamualaikum Ayahanda
3.6  hadiahkan Al Fatihah , Bacakan Surah Al-Ikhlas (3x), Surah Al Falaq, Surah An Nasss
3.7  hadiahkan 1 bacaan Surah Yaseen
3.8  selamat tamat bacaan Surah Yaseen ... buatlah doa untuk ayahanda supaya dia selamat sejahtera di alam kubur,  padang masyar, seterusnya ke syurga
3.9  kalau ada masa ( feeling kita berani sedikit ..konon konon ..) elok lah bersihkan sedikit kawasan pusara itu.

3.10  sambil sambil mencabut rumput, lalang, dan .. tumbuh-tumbuhan ..  yg liar ..  bertahlil lah sedikit dan hadiahkan semua itu kpd ayahanda dan orang orang tersayang. Tahlil  subhanallah, alhamdulilah, allah hu akbar,astahghfirullah, Salawat kpd Nabi Muhammad s.a.w.  ( 30 x setiap satu ..).. by the time habis .. hari sudah mula malam/  larii

----

JIka tak salah saya .. satu hadith nabi ..marfumnya ..  orang yg berkunjung ke pusara ..  Allah akan ampunkan semua dosanya.. insyallah.

Jika kita hadiahkan AL Fatihah .. dan Surah Yaseen kpd si mati ..  Allah akan lindungi si mati dari azab kubur dan ..  macam macam lagi.

----------------

Sebagai anak ..sebagai insan bergelar mukmin .. luangkanlah sedikit masa untuk ..bersama-sama .. dgn mereka di tanah pusara ayahnada, nenekanda dan ..banyak lagi 'da'.

-------------------------

Jika saya pulang ke KB..  saya rasa lawatan saya tak sempurna jika tak memberi sedikit masa ..melawat pusara ayahanda tersayang.

-------------  lagi pun dgn berbuat demikian .. kita akan merasa .. bahawa tak lama lagi ..giliran kita pula. Insyallah.  Tak lama dah?

Dalam satu hadith yg sohehhhh..  Orang terbaik di antara kamu ialah org yg selalu ingat ..MATI.

See?  jom kita amalkan benda di atas ..muga muga ..kita dirahmati Allah Taalla sepanjang masa.

Sekian.  Yg baik dari mu Ya Allah .. dan yang tak kemahhhh ..  semua kesilapan hamba mu ini.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment